Epilog

3.8K 133 20
                                    

[Third Person POV]

Bunyi enjin kereta kedengaran di luar rumah. Seorang wanita yang duduk di ruang tamu menuju ke arah pintu utama untuk menyambut kepulangan suaminya.

"Kan Aqeez dah kata tak perlu bukakan pintu? Aqeez bawa kunci rumahlah, sayang." Firdausi keluar daripada kereta dan menuju ke arah Adreeka yang hanya tersenyum manja.

"Biarlah, nak bukakan pintu untuk suami pun salah ke?" Adreeka tersengih. Firdausi hanya menggeleng sambil tersenyum melihat isterinya yang degil itu. Dia menarik bahu isterinya sedikit untuk mencium dahi putih wanita itu.

Sementara itu, mereka berdua terdengar bunyi tapak kaki menuju ke arah mereka berdua. Spontan, mereka memandang ke arah pemilik tapak kaki iitu yang mulai berlari ke arah pintu utama.

"Daddy dah balik!" Seorang kanak-kanak lelaki tersenyum dengan gigi rongaknya. Dia laju memeluk kaki Firdausi erat.

"Eh, anak Daddy dah balik rupanya! Hafiez buat apa tadi?" Firdausi melutut untuk memeluk anaknya. Kemudian, dia mendukung Ayman Hafiez yang berusia 5 tahun itu.

"Hafiez buat homework! Tapi dah siap dah! Daddy nak tengok?" Hafiez tersenyum gembira apabila didukung bapanya.

"Nanti daddy tengok. Ni ada naughty-naughty tak kat rumah? Hafiez jaga mummy untuk daddy tak?" Firdausi mula mencuit hidung anaknya dan mencium pipi gebu Hafiez itu.

Adreeka yang sedari tadi memerhati telatah dua beranak itu duduk di atas sofa sambil menukar rancangan televisyen.

"Mestilah Hafiez jaga mummy! Tadi Hafiez ada cakap-cakap dengan adik tau! Adik bergerak!" Kini, Firdausi dudukkan Hafiez di antara dirinya dengan Adreeka.

"Yeke? Adik gerak macam-mana?" Firdausi mengerling ke arah isterinya yang tertawa melihat muka Hafiez yang gembira sedari tadi.

"Tengok ni." Hafiez mula meletakkan tangan kanannya di atas perut Adreeka yang sudah memboyot itu.

"Assalammualakum, adik! Adik ingat abang lagi tak? Tadi abang main dengan adik. Ingat tak? Ingat tak?"

Spontan, perut Adreeka bergerak sedikit seperti ditendang dari dalam. Muka Hafiez berubah lebih ceria daripada tadi dan dia menoleh ke arah bapanya yang terkejut.

"Nampak tak, daddy? Adik bergerak! Tapi bila mummy buat, adik tak gerak pun." Hafiez dengan bangganya bercerita dengan mata yang tertutup. Adreeka hanya mengusap kepala anak sulungnya itu.

"Tulah. Mummy nak jeles dengan Hafiezlah macam ni. Adik sayang abang Hafiez je. Tak sayang mummy pun." Adreeka membuat muka sedih sebelum Hafiez memeluk ibunya.

"Mana ada, Mummy. Adik sayang mummy jugak. Tapi, adik sayang Hafiez lebih lagi!" Dia tersenyum sambil dicubit lembut ibunya. Laju sahaja Hafiez terkekek ketawa.

Firdausi hanya mendengar perbualan mereka berdua sebelum dia meminta diri untuk mandi dan bersiap untuk rehat. Adreeka dan Hafiez hanya mengangguk sebelum Firdausi bergerak ke tingkat atas.

iPhone milik Adreeka berbunyi dan Hafiez awal lagi sudah mencapainya untuk diberikan kepada ibunya yang sedang duduk. Adreeka mengucapkan terima kasih dan mencium ubun-ubun anaknya sebelum mengangkat telefon.

"Jadi tak family day geng kita bulan depan ni?" Suara Puteri kedengaran di hujung talian. Adreeka hanya tersenyum. Dengan salam tidak diberi, lepastu main terjah sahaja.

"Aku tak tau lagilah, Put. Due date aku dua minggu lagi and aku takut aku tengah sibuk berpantang je." Adreeka mengeluh lembut.

"Kita nak kena postpone lah maksudnya?"

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now