Part 36

1.8K 117 1
                                    

[Eka POV]

"I'm in! See you tonight, muah! Bye sayang!"

"Whatever... Bye." Aku menamatkan panggilan dengan segera.

Aku menyampah dengan diri aku. Menyampah sebab hati aku semakin lembut. Kerana hati aku semakin lama semakin menerima Firdausi Azeeq semula.

Aku memandang background wallpaper iPhone milikku. Gambar yang tak pernah berubah sejak 4 tahun lalu. Gambar aku dan Aqeez berdua. Gambar yang berlatar belakangkan jambatan di Sungai Thames yang berdekatan dengan Big Ben. Aku sengaja menyuruh Ad mengambil sebegitu. Supaya terdapat ruang kosong di bahagian atas gambar untuk dibuat wallpaper.

Aku merenung gambar Aqeez lama. Muka tampannya. Gaya rambutnya yang kemas. Anak mata chocolatenya. Senyuman kacaknya.

Senyuman aku. Hanya untuk aku.

Aku menundukkan muka sambil meletakkan iPhone di atas meja semula. Menutup kedua kelopak mata supaya aku dapat menahan air mata daripada keluar.

Hampir 6 bulan sejak perkara tu berlaku. Sejak 'Qairina Camilla' berlaku.

Ya, Qairina Camilla.

Gadis berwajah orang barat itu. Gadis yang membuatkan hubungan aku dan Aqeez menjadi kekok.

Setelah lama menatap kesemua wajah bekas teman wanita Aqeez, baru aku perasan wajah slut tu sama dengan gambar Qairina Camilla. Sebabnya ialah, semua gambar yang aku ada dia memakai tudung. Jadi, aku tak perasan wajahnya yang langsung bukan Melayu itu.

"Miss Eka?"

Aku memandang pintu aku yang terbuka sedikit.

"Sorry, but Dato' nak jumpa."

"Ouh, okay. Thank you, Laila." Aku tersenyum nipis ke arah secretary aku.

"Welcome." Dia membalas senyuman aku dan terus menutup pintu.

Aku mengeluh kasar. iPhone yang berada di atas meja aku ambil semula bersama-sama dengan beg tangan dan fail aku.

Laju aku keluar dari bilikku dan masuk ke bilik mesyuarat yang sememangnya berada berdepan dengan bilik aku.

"Yes, Dato'?" Aku jalan menyusuri meja panjang yang berbentuk oval itu. Kaki aku berhenti kaku apabila berada bersebelahan dengan Papa.

"How's the building?" Papa hanya membelek fail projek Hotel Golden Riches. Hotel milik syarikat keluarga kami di Malaysia.

Disebabkan hotel ini adalah hotel pertama di Malaysia, semuanya mesti sempurna. Tidak seperti di United Kingdom. Dia sana kami sudah ada lima buah hotel.

"Fine. Macam yang kita dah planned, Grand Opening akan dibuat pada hujung minggu ni." Aku berkata lembut.

"Mm, that's good to hear." Papa mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan.

Kami berdua mendiamkan diri lama. Walaupun Papa masih ayahku, aku mesti melayannya secara profesional dalam hal bussiness.

"You're not telling me something?" Papa menutup fail di hadapannya dan memusingkan kerusi menghadap aku.

"Dato'?" Aku bertanya semula minta kepastian.

"Duduk." Laju aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Your wedding. It's next week."

Aku menelan liur. Aku taknak dengar pasal benda ni. Tolonglah, Papa.

"Papa kamu yang lagi satu, tu. Zainul ada bagitau tentang perubahan Daus sejak lebih kurang 6 bulan kebelakangan ni."

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now