Part 41

1.7K 119 1
                                    

[Daus POV]

"Abang cari apa?" Seseorang menarik belakang baju aku dengan perlahan. Langkah aku terus mati.

"Err, Ad? Hehehehhe." Aku gelak kekok sambil melarikan anak mata daripada memandang empunya suara itu.

"Abang cari apa?" Dia memandang aku dengan kerlipan mata.

Sedikit janggal melihat dirinya yang hanya kurang 2 sm daripada aku. Sewaktu dulu, biasanya aku akan menundukkan sedikit kepala untuk memandangnya.

"Abang okay tak?" Dia memandang belakang aku. Cuba melihat apa yang ada di hadapan.

"O—okay. Abang okay." Aku mengangguk tanda mengiyakan pertanyaannya. Tapi peluh aku mulai terasa di dahi.

"Abang cari akak ye?" Dia memandang aku dengan senyuman pula kali ni.

Mata aku bulat sebentar. Aku berkira-kira untuk menipu, namun, Ad lebih mengenali kakaknya, jadi aku membuat keputusan untuk jujur sahaja.

"Ye, abang cari kakak Ad." Aku mengangguk lagi. Namun aku tidak dapat menyembunyikan ekspresi gelisah aku.

"Kenapa? Sebab akak bawa sorang lelaki dengan dia ke?" Ad bertanya lagi.

Aku mengangguk.

"Abang risau?"

Aku mengangguk lebih laju.

"Tapi, takkan kakak tak bagitau kakak nak jumpa dengan lelaki tu?" Dia mula meletakkan tangan ke dagunya.

"Ada. Tapi,.." Aku berkira-kira semula untuk memberitahunya kebenaran di sebalik kerisauan aku atau terus menipu.

Kalau aku bagitahu kebenarannya, panjang pula nak buka buku lama, tetapi, kalau aku tipu, bukankah dia akan hilang kepercayaan terhadap aku?

Aku meraup rambut kasar. Pening dengan situasi ni.

"Kalau Ad ikut abang, abang janji abang akan ceritakan semuanya, okay?" Aku memegang kuat kedua lengannya.

Ad yang terkejut membesarkan matanya. Perlahan-lahan dia mengangguk lembut sambil menelan liur.

"Jom." Aku menepuk belakangnya tanda dia perlu ikut aku ke bilik pejabat Reeka.

Mula-mula dia berjalan di belakang aku, namun, lambat laun dia mula menyaingi langkah aku. Kadang-kala dia akan memandang wajah aku. Tanda dia tidak pasti dengan apa yang aku lakukan.

Namun aku hanya meletakkan jari telunjukku ke mulut supaya dia mengikut segala arahan aku.

"Encik cari siapa?" Seorang pekerja wanita memandang aku dengan terkebil-kebil apabila aku berdiri kaku di hadapan pintu pejabat Reeka. Namun, bila dilihat semula, dia nampak muda. Mungkin dalam lingkungan 20 tahun atau kurang.

Aku memandangnya, namun, tiba-tiba dia terkejut melihat Ad yang berada di sebelahku, menyandar di dinding.

"Ad! I mean, Sir Adreek. Sir nak jumpa dengan Miss Eka ke? Tapi Miss Eka ada guest. I'll tell her that you—"

"It's okay, Alyah. Saya boleh tunggu dekat luar." Ad memberikan senyuman nipis.

"Are you sure? Saya bole—"

"I'm fine. Thank you, by the way." Ad mengangguk.

"Ok, Sir Adreek. Sorry." Dia menundukkan wajahnya.

"Ad is fine." Dia mengangkat tangan.

Gadis itu mula mengangkat mukanya semula. Dia tersenyum gembira.

"Ad. Okay." Dia melambai kepada kami, atau Ad sebenarnya, dan terus pergi sambil memandang Ad sekali lagi sebelum dia menuju ke satu sudut bilik.

"Girlfriend?" Aku menyiku lengannya. Sengihan aku tunjukkan.

Annoying PrefectWhere stories live. Discover now