1

42.6K 1.3K 19
                                    

NADIRAH mencabut kasut nike berwarna putih yang dipakainya, serentak itu dahinya mengerut pelik. Kenapa banyak sangat kasut ni? Soalnya sendiri. Namun dek kerana malas hendak berfikir lebih, dia hanya menganggap bahawa kasut-kasut itu kepunyaan sahabat-sahabat sepejabat dengan ayahnya.

Daun pintu ditolak.

Suara riuh-rendah kedengaran kuat dari arah ruang tamu membuat Nadirah tersenyum kecil, sudah dia agak pasti rakan sepejabat ayahnya.

Kunci kereta Waja milik ayahnya diletakkan kembali ke tempat asalnya.

"Nad dah balik?" Soal Mak jah, pembantu rumah keluarganya.

Nadirah tersenyum seraya mengangguk, Mak Jah memandang ke arah ruang tamu sebelum memandang kembali ke arah Nadirah.

"Kenapa Mak Jah? Macam riuh je ruang tamu tu? Kawan abah datang ke?" Soal Nadirah sambil mendekati Mak Jah lalu dipeluk lembut lengan pejal milik Mak Jah. Mak Jah mengangguk membenarkan kata-kata Nadirah.

"Nad disuruh abah ke ruang tamu, katanya ada hal yang hendak dibincangkan dengan Nad," ujar Mak Jah membuatkan Nadirah berkerut seribu. Hal? Dia ada melakukan kesalahan ke? Bisik hati kecilnya.

"Baiklah Mak Jah, terima kasih." Mak Jah mengangguk sebelum meminta diri, tanpa membuang masa Nadirah segera menapak mendekati ruang tamu. Tawa mereka semua terhenti tatkala melihat kehadiran Nadirah.

Pertama sekali pandangan mata Nadirah terjatuh pada lelaki yang sedang duduk di atas sofa sambil memandang mukanya tanpa riak, wajahnya dingin tanpa sebaris senyuman.

"Abah.. hal apa yang abah nak bincangkan dengan Nad?" Bisiknya perlahan, Encik Nazmi segera mengukir senyuman pendek. Wajah anak dipandang lalu segera diarahkan duduk bersebelahan dengan ibu tirinya, Puan Aisyah.

"Ada lah urusannya, Nad duduk dulu sebelah umi." Bisik Encik Nazmi perlahan, senyuman tidak mati dari bibirnya. Melihat semua tetamu sedang memandang ke arahnya, Nadirah segera mengangguk akur. Tempat di sebelah Puan Aisyah diambil meskipun hubungannya tidaklah baik sangat dengan ibu tirinya.

Encik Nazmi segera berdehem perlahan selepas anak daranya melabuhkan punggung di sebelah isteri keduanya. Tujuan dia menyuruh Nadirah kerana ada urusan penting yang harus dibincangkan hari ini berkenaan Nadirah dan tetamu yang hadir.

"Sebelum aku memulakan bicara, aku nak perkenalkan dengan kau, Karim. Inilah anak dara aku, Nadirah Husna namanya. Nadirah, ini pula Tengku Karim dan Tengku Farina dan anak mereka, Tengku Khalid." Nadirah sekadar mengangguk dan mengukirkan senyuman, sempat dia bangkit dan menyalami tangan Tengku Farina dengan hormat namun Tengku Farina seakan tidak menyukai dirinya. Wajah wanita jelita itu kelihatan tegang tanpa sebaris senyuman.

"Cantik tuan badan macam namanya," Tengku Karim bersuara membuatkan Nadirah terkedu mendengar. Kedua wajahnya sudah memanas mendengar pujian tersebut padahal dirinya tidaklah secantik mana.

"Hehe kau ni kalau memuji Karim boleh cemburu Farina dibuatnya." Seloroh Encik Nazmi yang membuatkan kedua mereka sama tertawa rancak. Berbeza dengan reaksi Tengku Farina, wanita itu seakan merasa kesal dengan gurauan tersebut. Nadirah tidak mengerti, adakah cuma prasangkanya sahaja atau Tengku Farina memang tidak menyukai dirinya.

"Sudah kita berdua ni kalau gelak terus lupa kewujudan orang lain kan," Tengku Karim segera mengangguk menyetujui kata-kata sahabat rapatnya. Segera dia berdehem perlahan.

"Sebenarnya Nad, tujuan abah suruh Nad duduk sekali sebab abah nak bagitahu khabar baik." Nadirah semakin tidak mengerti dengan kata-kata abahnya, perasaannya semakin tidak enak sekarang ini.

"Maksud abah? Berita baik?"

"Biar aku sahaja yang cakap, Mi." Potong Tengku Karim disaat Encik Nazmi ingin bersuara.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now