41

17.7K 1.1K 53
                                    

(Ilustrasi pakaian Nadirah)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Ilustrasi pakaian Nadirah)

(Ilustrasi tempat makan malam)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Ilustrasi tempat makan malam)

✧─── ・ 。゚★: *.✦ .* :★. ───✧

T H E M E S O N G

Christina Perri - A thousand years.

✩.・*:。≻───── ⋆♡⋆ ─────.•*:。✩

***

NADIRAH mengoleskan gincu yang berubah mengikut warna darah sebelum memastikan bahawa solekannya terlihat sempurna dan kemas. Tatkala selesai menyimpan semula segala barang soleknya, Nadirah pantas mengatur langkah menuju cermin besar yang terletak di hujung sudut bersebelahan dengan almari baju. Gaun yang tersarung kemas di batang tubuhnya diperhatikan, sekali-sekala badannya berpusing di hadapan cermin tersebut bagi memastikan gaun tersebut sesuai dengan badannya.

Bibir bawah digigit perlahan.

Dia risau sekiranya penampilannya tidak menarik meskipun Rose mengatakan bahawa gaun tersebut terlihat sangat cantik padanya namun tetap sahaja dia gusar jika tidak mampu menarik minat Tengku Khalid.

Pelbagai fikiran negatif timbul di benak Nadirah. Antara bagaimana jika makan malam ini tidak berlaku seperti rancangannya? Bagaimana jika reaksi Tengku Khalid tidak seperti yang dia harapkan? Bagaimana jika keadaan tidak berlaku sesuai harapannya? Bagaimana jika suaminya tidak menyukai ideanya ini?

Keluhan dilepaskan.

Jam di dinding sempat ditoleh, waktu baru menginjak ke pukul 11 malam. Masih ada 15 minit sebelum suaminya tiba di rumah memandangkan lelaki itu ada memberikan pesanan kepadanya siang tadi bahawa lelaki itu dijangka akan tiba pada pukul 11:15 malam.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now