28

17.6K 988 31
                                    

NADIRAH merenung bosan nasi yang berada di dalam pinggannya, wajahnya jelas kelihatan muram. Kesal dengan Tengku Khalid tentang hal pagi tadi masih terasa memandangkan lelaki itu langsung tidak mempedulikan dirinya malah pergi ke kerja tanpa memujuknya. Tengku Khalid betul-betul tidak peduli tentangnya?

Keluhan berat dihela.

Sudu digunakan untuk menguis-guis nasi di pinggan tanpa berniat untuk memakannya. Katheline yang memandang tingkah istreri majikannya hanya mampu mengukir senyuman kecil. Sudah tiga puluh minit berlalu namun Nadirah masih merenung nasi tersebut tanpa menyentuhnya.

"Puan," muncul Azman dari arah ruang tamu. Sempat tundukan hormat diberikan buat Nadirah sebelum tangannya meletakkan sejambak bunga mawar putih di atas meja makan. Nadirah berkerut kecil.

"Bunga untuk siapa?" Soal Nadirah tidak mengerti. Jambakan tersebut dipandang sambil berkerut. Tidak mungkin Azman ingin memberinya bunga?

"Tuan suruh saya bagi bunga ni." Nadirah tersentak, wajah Azman dipandang tidak percaya. Tengku Khalid memberikannya bunga? Perlahan-lahan jambakan bunga tersebut diambil lalu kad ucapan yang terselit di tepi bunga tersebut dicapai.

Take these white roses as an apology.

Nadirah tidak mampu menahan senyuman tatkala membaca kad tersebut sebelum dia berdehem kecil. Jadi, Tengku Khalid masih pedulikan dirinya?

Azman dipandang lama sebelum jambakan bunga tersebut diberikan semula kepada lelaki itu. Azman berkerut tidak mengerti namun menyambut baik jambakan bunga tersebut dari isteri majikannya.

"Kenapa puan beri semula kepada saya? Puan nak saya masukkan ke dalam pasu bunga ke?" Nadirah menggeleng. Tulang punggung diangkat dari kerusi meja makan.

"Cakap dengan Tengku Khalid. Saya tak terima bunga ni jadi saya tak terima permintaan maaf dia." Balas Nadirah tenang membuatkan Azman mengaru kening perlahan. Mati kutu lelaki itu dibuatnya. Bagaimana dia hendak mengadap Tengku Khalid berkenaan bunga ini?

"T-tapi puan─"

"Saya tetap taknak terima bunga ni. Kalau Tengku Khalid nak minta maaf, cakap pada saya secara terus terang." Nadirah masih berkeras. Azman mengangguk akur. Sempat direnung jambakan bunga mawar putih tersebut sejenak sebelum dipandang semula wajah jelita isteri majikannya.

"Baik puan. Kalau macam itu, saya minta diri dahulu. Puan sambunglah makan." Azman dihantar pergi dengan sorotan mata sebelum pandangan matanya dihala ke arah Katheline yang masih setia menunggunya di sisi.

"Awak boleh kemas Kat." Katheline mengangguk akur, sisa Nadirah segera dikemaskan. Namun perbuatannya mati tatkala menyedari lauk masakannya langsung tidak bersentuh. Itu menandakan gadis itu tidak makan lagi.

"Puan tak makan ke?" Langkah Nadirah mati. Tubuhnya dibalik mengadap Katheline lalu kepala digeleng perlahan.

"Saya tak selera. Nanti lauk tu awak makan dengan Susan dan Rose. Jangan risau, saya tak sentuh jadi bukan sisa. Elok lagi untuk dimakan." Katheline mengetap bibir perlahan. Tengku Khalid sentiasa berpesan untuk memastikan Nadirah makan meskipun dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, dia sedikit ragu-ragu untuk melepaskan Nadirah pergi dalam keadaan perut yang kosong. Sudahlah pagi tadi, gadis itu hanya menikmati sedikit sahaja sarapan yang dibuat.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now