27

17.7K 1K 37
                                    

TENGKU KHALID berkerut kecil saat mencari kelibat isterinya di kebun namun langsung tidak kelihatan sedangkan seluruh pelusuk kebun itu sudah dimasuki. Lengan kemeja yang dipakainya disingsingkan sehingga paras siku lalu tali leher dilonggarkan sehingga udara sedikit mengenai tulang selangkanya.

Susan yang sedang menunggu di pintu gerbang belakang segera dirapati.

"Isteri saya mana? Selalunya ada di ruang tamu, tak pun di kebun." Kakinya diatur kembali memasuki rumah, terasa peluh yang sedikit merenik bahagian dahi dikesat sekilas. Boleh dijadikan aktiviti bersenam jika mencari sosok isterinya sebegini.

"Lepas sahaja puan turun makan petang, puan tak turun lagi dah lepas itu. Saya ada panggil tadi tapi puan cakap sebentar lagi dia akan turun tapi tiada. Kalau tuan nak, saya boleh panggilkan puan." Tengku Khalid pantas menegah pembantu rumahnya, kerutan kecil terlihat semakin jelas di wajah tampannya.

Husna masih tidak sihat ke? Bisik hati kecilnya.

"Ada Azman belikan barangan seperti saya arahkan?" Soal Tengku Khalid sedikit serius, dia pantang jika pekerjanya tidak melakukan perkara yang sudah diarahkan.

"Ada tuan. Azman sudah berikan kepada puan semasa puan turun makan petang tadi." Balasan Susan membuatkan Tengku Khalid terdiam. Terbayang wajah Nadirah yang pucat ketika dijaga semalam membuatkan dirinya tidak senang. Kaki diatur meninggalkan Susan termangu sendiri, gadis itu sekadar memandang majikannya berlalu pergi.

Tengku Khalid merapati daun pintu Nadirah lalu diketuk sekali. Namun, hanya sepi yang membalas.

"Husna," serunya, suaranya sedikit kuat. Namun hasilnya masih sama. Tiada tanda-tanda pergerakan Nadirah di dalam bilik membuatkan Tengku Khalid membuka paksa daun pintu bilik isterinya tanpa berfikir panjang. Terlihat sang isteri sedang terbaring kaku di atas sejadah membuatkan Tengku Khalid berlari kecil mendapatkan isterinya.

Segera kepala isterinya yang masih tersarung telekung dipangku.

"Husna," pipi Nadirah ditepuk perlahan. Jarinya diletakkan di lubang hidungnya untuk memeriksa pergerakan nafas isterinya. Normal cuma nafasnya terasa sedikit hangat.

"Husna─" seruan kali kedua darinya membuahkan pergerakan dari Nadirah. Tanpa disangka, Nadirah menarik Tengku Khalid lalu leher lelaki itu dipeluk. Sempat dia membaringkan kepalanya di dada bidang lelaki itu.

Tengku Khalid tersenyum kecil. Kepalanya digeleng perlahan.

"Hampir sahaja buat jantung aku luruh dari tempatnya Husna. Sebaik kau isteri aku." Tubuh genit sang isteri dibawa ke dalam dukungan lalu dibaringkan ke atas tilam empuk milik gadis itu. Meskipun pelukan sang isteri terlalu erat di lehernya namun Tengku Khalid berjaya merungkaikannya. Keadaan Nadirah yang masih lengkap berpakaian telekung mencuit hatinya.

Isterinya benar-benar mudah terlelap di mana pun gadis itu berada. Tidak kira masa, jikalau sudah mengantuk. Di situ juga dia melenakan matanya.

Tulang punggung dilabuhkan di birai katil isterinya, sempat jarinya naik dan ingin membelai pipi Nadirah namun niatnya terhenti di tengah jalan saat dia bagaikan tersedar dengan perbuatannya. Kepala digeleng perlahan, sempat tepukan halus diberikan di bahagian pipinya.

"Gather youself Tengku Khalid." Ucapnya perlahan. Selimut tebal segera ditarik menutupi tubuh isterinya, sempat dipandang wajah isterinya sebelum tulang punggung diangkat. Berniat hendak keluar supaya tidak menganggu lena Nadirah lagi namun langkahnya terhenti tatkala Nadirah terlebih dahulu memegang tangannya.

MRS TENGKU KHALIDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang