52

15.7K 1K 96
                                    

TENGKU KHALID mendaki menaiki tangga selepas sahaja kelibat isterinya dicari namun tidak dijumpai di mana-mana sehingga Rose mengabarkan bahawa Nadirah tidak turun sejak tengahari lagi. Seketika hatinya dihambat rasa risau, risau sekiranya Nadirah tidak sihat.

Daun pintu bilik dibuka lalu matanya menangkap isterinya sedang duduk di birai katil. Tiada sambutan mesra seperti selalu, wanita jelita itu terlihat berbeza. Perlahan-lahan kakinya menapak menuju sang isteri.

"Sayang." Panggilnya lembut, namun langkahnya mati saat matanya tertancap pada buku yang dipegang oleh wanita itu, buku yang sudah lama tidak muncul di kornea matanya.

Serta-merta wajahnya berubah.

Nadirah menatapnya tajam, pandangan yang sama seperti lapan tahun dahulu. Jantung Tengku Khalid mulai berubah detik, rahsianya sudah terbongkar?

"S-sayang aku boleh explain─"

"Apa maksud semua ni Tengku Khalid?" Buku diari miliknya dicampak sehingga berhenti tepat di hadapan kaki lelaki itu. Wajahnya terlihat merah padam menahan marah dan sebak yang sedang bergabung di dalam hatinya tika ini.

"A-aku,"

"Awak apa? Awak nak cakap awak sengaja nak bodohkan saya lagi macam lapan tahun dulu? Tak puas ke lagi lapan tahun dulu awak malukan saya depan orang ramai, awak suruh orang hina saya depan orang ramai. Sekarang awak gunakan perkahwinan pula untuk hina saya pula ke? Itu ke rancangan awak." Tuduhnya melulu tanpa membiarkan sang suami menjelaskan perkara sebenar.

Air mata kelihatan mengalir perlahan dari tubir sang isteri. Tengku Khalid pantas mendekati tubuh genit itu sebelum ditarik ke dalam pelukan erat.

Nadirah berusaha melepaskan pelukan tersebut, hatinya sedang kecewa sekarang ini. Selama hampir setahun mereka berkahwin, lelaki itu merahsiakan perkara itu daripadanya.

Berulang kali dada bidang Tengku Khalid dipukul kuat sehingga pukulannya semakin perlahan namun tetap sahaja lelaki itu berkeras tidak mahu melepaskan pelukan mereka.

"Tolong dengar aku terangkan segalanya sayang. Aku merayu," ubun-ubun wanita itu dikucup lama mengharapkan Nadirah akan berlembut hati dengannya.

"Apa? Apa awak nak terangkan? Yang awak buat semua ini kerana nak bodohkan saya ke? Itu ke maksud awak Tengku Khalid." Suaranya melengking kuat memenuhi bilik tersebut, tangannya kembali memukul kuat dada bidang tersebut bagai menghamburkan segala rasa kecewa yang dirasakan saat ini.

"Tak. Aku tak buat semua ini sebab aku nak bodohkan kau." Pelukan dilepaskan lalu kedua tangannya naik memeluk kedua belah pipi sang isteri, dipaksa menatap wajahnya. Mata isterinya yang terlihat berair membuatkan separuh jiwa Tengku Khalid hancur.

Ini hari paling dia takutkan, hari di mana Nadirah mengetahui segalanya dan wanita itu akan membencinya seperti dahulu.

"Habistu? Awak buat semua ini untuk apa? Untuk puaskan diri awak sendiri ke? Puas ke tengok saya jilat semula ludah saya? Puas tengok saya tergila-gilakan awak lepas apa yang berlaku. Puas ke hati awak." Ucapan itu dituturkan bersama tatapan tepat pada anak mata berwarna hitam pekat tersebut.

"Aku buat semua ini sebab aku cintakan kau, aku sayangkan kau separuh jiwa aku, Husna. Hati aku mati sejak dari hari kau kata kau bencikan aku, hati aku mati sejak itu Husna. Aku cuba pergi Spain untuk lupakan kau, untuk sembuhkan rasa kecewa aku, untuk hidupkan semula hati aku yang dah mati sebab kau tapi aku gagal. Aku tak mampu lupakan kau walau berganti tempat dan tahun sekalipun. Tolong percayakan aku, aku sayangkan kau. Aku cintakan kau, Husna. K-kau mawar putih aku, selamanya mawar aku. Tolong aku merayu, maafkan aku Husna. Maafkan aku sebab tak jujur dengan kau selama ini." Ungkapan cinta yang selama ini cuma mampu dipendam ditutur dengan mudah sekali. Rasa cinta yang dirasakan terhadap Nadirah tidak mampu lagi diselindungkan.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now