60

23.6K 1.2K 192
                                    

TENGKU KHALID mengemas beberapa barang milik Nadirah yang akan dibawanya ke hospital bersamanya nanti. Selepas sahaja isterinya selamat dimasukkan ke dalam ruangan wad, Tengku Khalid hanya menemani isterinya sebentar sebelum pulang untuk mengemas beberapa barang buat isterinya. Itu pun setelah berulang kali dipujuk Tengku Karim akhirnya Tengku Khalid akur.

Beg diperiksa buat kali terakhir memandangkan dia ingin memastikan segala keperluan buat isterinya cukup. Saat menyedari tuala yang ingin digunakan buat mengelap tubuh isterinya tidak ada, Tengku Khalid segera melangkah menuju almari yang menempatkan beberapa helai tuala bersih. Saat dibuka almari tersebut, matanya tertangkap ke arah test kehamilan yang diberikan Nadirah kepadanya beberapa bulan yang lalu.

Tubuh Tengku Khalid seketika mematung. Air mata yang awalnya sudah mengering tiba-tiba sahaja kembali membanjiri kelopak matanya. Perlahan-lahan tangannya bergerak mengambil ujian kehamilan yang terletak rapi di dalam almari tersebut sebelum dibawa ke dalam pelukan.

Setelah lama sepi, akhirnya bunyi tangisannya pecah. Tengku Khalid teresak-esak sendirian. Kenangan saat mengetahui bahawa sang isteri sedang mengandungkan anak sulung mereka kembali bermain di memorinya, wajah bahagia isterinya membuatkan rasa sakit yang dirasakan saat ini semakin bercambah.

Tuhan sahaja tahu betapa luluhnya hati dia kerana telah gagal menjaga Nadirah dan anak mereka sebaik mungkin.

"Maafkan b-baba, sayang."

"Baba gagal jaga baby dan mama." Wajah tampannya sudah dibasahi dengan air mata.

"Tuan," Azman muncul lalu mendapatkan majikannya, segera bahu Tengku Khalid dipegang bagi menyalurkan semangat. Dia faham dengan situasi yang menimpa lelaki itu saat ini. Kehilangan orang yang benar kita sayangi secara tiba-tiba itu benar-benar menyakitkan.

"Anak saya Azman. A-anak saya.. saya pasti isteri saya akan sedih dengan berita ni. M-macam mana saya nak jawab dengan dia? Saya dah gagal jadi suami yang baik. Saya gagal melindungi isteri dan anak saya, Azman." Suara garau itu terdengar benar-benar sayu, air mata kelakiannya semakin galak mengalir.

Pertama kali, Azman menyaksikan majikannya mengalirkan air mata. Selama ini belum pernah sekalipun Tengku Khalid menunjukkan sikap lemah pada mana-mana pekerjanya.

Azman mengangguk mengerti sambil mengosok perlahan belakang Tengku Khalid.

"Semua yang berlaku ini adalah takdir Allah, tuan. Bukan salah tuan. Saya pasti ada sebab kenapa Allah uji tuan dan puan sebegini. Tuan kena banyak bersabar dan kuat menghadapi ujian ini. Puan sedang perlukan tuan sekarang ni." Nasihat Azman, tangannya tidak berhenti dari mengosok belakang majikannya bagi menyalurkan kekuatan.

Tengku Khalid tidak membalas, sebaliknya sekadar menatap ujian kehamilan yang masih kemas di dalam pegangannya. Air matanya masih tidak kunjung berhenti. Dia tidak berdaya untuk menghalangnya dari mengalir saat ini.

Bantulah hamba Ya Allah, bisik hati kecilnya.

SURAH yassin dihabiskan dengan bacaan sadaqallahul azim sebelum buku yassin ditutup lalu diletakkan di atas meja bersebelahan dengannya. Isterinya masih tidak kunjung bangun walaupun sudah tiga hari berlalu sejak anak mereka disahkan sudah tiada. Doktor mengesahkan Nadirah koma sementara waktu, tidak tahu bila wanita itu sedar.

Telapak tangan Nadirah yang bercucuk dengan wayar infus diangkat penuh berhati-hati memandangkan risau sekiranya mengundang luka pada jarum yang terletak selamat di dalam kulit isterinya.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now