8

18.2K 955 8
                                    

TENGKU KHALID menarik lengan jubah Abaya yang dipakai isterinya tatkala selesai membayar bil makanan mereka malam itu. Nadirah sekadar membiarkan perbuatan suaminya, langkah Tengku Khalid diikuti.

"Kau ada nak pergi mana-mana tak?" Soal Tengku Khalid selepas sahaja mereka selamat memasuki lif. Butang tingkat 1 ditekan. Wajah jelita Nadirah dipandang lama untuk mendapatkan jawapan.

Nadirah mengigit bibir pelan. Hendak meluah tetapi takut pula akan menyusahkan Tengku Khalid.

"Uhmm.. saya ikut awak je."

Keluhan perlahan kedengaran dari bibir merah jambu bersih tanpa sebarang celaan milik Tengku Khalid.

Ting!

Tengku Khalid melepaskan pegangannya pada jubah Abaya milik isterinya, kaki diatur keluar dari lif tersebut. Terkedek-kedek Nadirah mengejarnya dari belakang. Beberapa pelayan yang terserempak dengan mereka sempat memberikan tunduk hormat, Nadirah sekadar membalas dengan senyuman tipis.

Mentang-mentang lah kaki lelaki itu panjang. Laju sahaja jalannya. Bebel hatinya geram.

Nadirah berkerut pelik saat Tengku Khalid mengambil kunci keretanya dari orang yang diupah untuk menjaga keretanya tetapi tidak memasuki kereta malah Tengku Khalid melangkah menuju ke jalan raya.

"Nadirah Husna.. cepat sikit." Tengku Khalid bersuara tegas membuatkan Nadirah mengatur langkah menuju ke lelaki itu dengan kadar segera. Sudah lah mood Tengku Khalid tidak boleh dijangka, sekejap garang, sekejap baik, sekejap dingin, sekejap tiada perasaan. Nadirah sendiri hairan dengan sifat sebenar suaminya.

"Jalan macam anak itik. Lambat betul," Nadirah mengetap bibir geram mendengar kata-kata suaminya.

Baru sahaja hendak dibidas seperti biasa, Tengku Khalid terlebih dahulu menggengam tangannya lalu ditarik Nadirah untuk melintasi jalan sementara jalan raya sedang tidak berpenghuni. Nadirah terkedu, jantungnya mulai bertukar ritma. Ini pertama kali mereka berpegangan tangan selama mereka sudah sah menjadi suami isteri. Pegangan Tengku Khalid terasa hangat di kulitnya. Entah mengapa Nadirah merasakan kedua belah pipinya memanas.

Nadirah sangkakan Tengku Khalid akan melepaskan pegangan mereka selepas sahaja selamat melintas tetapi tidak. Malah Tengku Khalid masih menariknya sehingga mereka tiba di salah satu taman reakreasi yang terdapat di situ. Di tengah-tengah taman tersebut, terdapat satu pancuran air yang besar. Tanpa disedari, bibirnya mencarik senyuman lebar. Baru dia sedar, di kawasan sini ada tempat menarik sebegini.

"Saya tak tahu pula sini ada taman macam ni. Cantiknya," Nadirah bersuara, pegangan mereka masih bertaut kemas. Nadirah mahupun Tengku Khalid masing-masing tidak terfikir untuk melepaskan pegangan tersebut.

Tengku Khalid sekadar mendengar tetapi tidak membalas. Langkah mereka diatur menuju ke salah satu bangku batu yang terletak berdekatan dengan pancuran air tersebut memandangkan isterinya terlihat teruja melihat pancuran air tersebut.

"Suka?" Soal Tengku Khalid sepatah.

Kedua-dua mereka membuang pandangan ke arah sekeliling. Dek kerana suasana malam, di tambah lagi dengan langit yang disinari cahaya dari bintang-bintang yang berkelipan membuatkan taman tersebut memiliki pemandangan yang indah. Angin malam menambahkan kedamaian yang dirasakan Nadirah saat itu.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now