57

16.2K 1K 49
                                    

SEMPENA usia kandungan Nadirah genap lima bulan, Tengku Khalid ingin mengadakan majlis kesyukuran buat anaknya. Majlis dibuat di rumah agamnya, tiada terlalu besar. Cukup sekadar menjemput keluarga, saudara-mara terdekat serta kawan-kawan rapat.

Selesai sahaja bacaan Yassin dan doa kesyukuran, Tengku Khalid segera menjemput kaum kerabatnya yang hadir untuk menjamu selera manakala Nadirah dibiarkan berbual dengan sahabat-sahabat baiknya.

"Abang pergi uruskan tetamu sekejap, sayang berbual dengan kawan-kawan dulu." Pipi isterinya dielus kasih, Nadirah sekadar mengangguk akur bersama senyuman kecil. Kepergian suaminya dipandang sehingga menghilang sebelum pandangan dihala ke arah Elliana dan Syaqira yang sudah tersenyum penuh makna.

"Untungnya kawan kita dapat suami penyayang macam Tengku Khalid tu. Sudahlah penyayang, lemah lembut sangat bicaranya. Serius tak sangka dibalik rupa yang susah nak senyum, dalam hati ada taman suami kau, Nad." Elliana membuka bicara, Syaqira laju mengangguk bersetuju.

"Aku sokong sangat cakap Elly. Tengoklah, sejak kau mengandung ni, kasih sayang dia semakin terserlah. Sekarang senang je nampak dia senyum, kalau tak dulu, ketat je muka." Sokong Syaqira. Nadirah tersenyum malu mendengar.

"Alhamdulilah, rezeki aku dapat husband sebaik dia. Korang pula? Bila nak cari bakal suami, kita tak lama lagi nak masuk 23 dah. Aku tak lama lagi nak jadikan korang aunty dah, takkan tak nak cari suami lagi." Soal Nadirah pula ke arah dua sahabatnya.

Syaqira menjungkit bahu perlahan.

Elliana pula sudah tergaru-garu kening seakan memikirkan sesuatu.

"Syaq.. kau takkan tak jumpa pengganti Zack lagi?" Soal Nadirah lagi membuatkan gadis berambut pirang itu mengeluh perlahan.

"Siapa je nak perempuan macam aku ni Nad? Dahlah susah, broken family, hidup cuma bergantung pada gaji, tak menarik dan paling penting sekali, perempuan liar." Nadirah segera merapati Syaqira sebelum bahu gadis itu ditepuk perlahan.

"Siapa cakap kau perempuan macam itu Syaq? Tak semua lelaki buta macam Zack tu. Aku yakin ada lelaki lain yang pandang kau macam permata." Elliana laju mengangguk bersetuju dengan ucapan Nadirah. Dia turut merasakan tidak senang dengan rasa rendah diri Syaqira yang terlalu besar.

Sedangkan gadis itu cantik, memiliki hati dan jiwa yang besar. Nampak sahaja kasar di luar tetapi siapa sangka, di sebalik kekasaran itu, semut pun gadis itu tidak berani bunuh. Katanya mereka juga merupakan hidupan bernyawa yang memiliki keluarga dan kehidupan.

"Believe in yourself, Tuhan sedang kirimkan the best man in the world for you." Ujar Elliana membuatkan Syaqira tertawa kecil, kepala diangguk-angguk kecil.

"Fine, aku tunggu the best man tu datang."

"Ha macam itulah, confident itu yang terbaik. Kau pula Elly? Masih tak jumpa calon suami?" Elliana terdiam sebelum mengeluh.

"Ada seorang lelaki selalu try aku cuma aku tak percayakan dia." Kini semua kepala terarah kepada Elliana saat gadis itu bersuara mengenai dirinya pula.

"Maksud?"

"He looks like a playboy to me so, aku tak percayakan dia." Ujar Elliana, sejak beberapa bulan ini, dirinya sudah beberapa kali diajak keluar oleh lelaki itu cumanya dia sukar hendak percaya memandangkan lelaki itu terlihat seakan buaya darat di matanya. Yang menambahkan buaya darat pada pandangannya adalah kerana lelaki itu gemar mengunakan ayat-ayat manis kepadanya.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now