14

15.9K 875 28
                                    

SYAQIRA terpaksa memberhentikan motor EX5 yang diboncengnya ke bahu jalan di saat seorang pengawai polis menyuruhnya untuk ke tepi. Helmet ditanggalkan, rambut yang sudah berantakan dibetulkan. Sudah lah dia sudah lambat sekarang ini untuk ke tempat kerja memandangkan Zack tidak datang menjemputnya seperti janji lelaki itu malam tadi.

Pengawai polis yang menahannya tadi pantas mengatur langkah ke arah Syaqira. Di saat mata mereka bertembung, Syaqira sudah menggulingkan mata ke atas. Lelaki ini lagi.

"Nampaknya muka kau sahaja yang bonceng motor pagi-pagi buta macam tiada peraturan." Sinis sekali sindiran lelaki itu sambil mencatit sesuatu pada buku di tangannya. Pasti surat saman akan datang pada dirinya dalam beberapa hari lagi akan datang.

Syaqira berpeluk tubuh. Riak wajahnya dikawal tenang.

"Hello tuan Inspektor Zafril.. bukan aku seorang je yang bawa motor laju pagi-pagi buta ni. Ramai je lagi tapi kau yang sengaja suka sangat nak serang aku. Sengaja nak suruh aku bayar saman setiap minggu." Wajah lelaki yang lengkap berseragam putih itu dipandang jengkel. Geram dengan sikap lelaki itu. Bukan sekali-sekala lelaki itu menahannya tetapi berkali-kali.

Pengawai polis itu menarik senyuman mengejek.

"Tugas aku saman orang yang tak hormat peraturan macam kau. Lagipula, kau yang tak reti nak ikut peraturan.. kau bayar lah saman tiap-tiap minggu. Kau kan kaya," wajah Syaqira yang sudah kelihatan kesal membuatkan hatinya semakin seronok mengenakan gadis berambut perang itu.

"Lain kali, aku taknak nampak lagi kau bawa motor macam orang takde akhlak tengah jalan ni. Jangan lupa, check rekod saman kau and please bayar mengikut waktu yang ditetapkan kalau taknak kena tindakan lebih lanjut. Belajar lah jadi masyarakat yang berdisplin sedikit lain kali. Semalam kekasih kau, hari ini kau pula. Dua-dua bermasalah." Sempat diberikan perlian kepada Syaqira sebelum meninggalkan gadis itu sendiri di bahu jalan.

Syaqira mengetap gigi geram.

Tengku Zafril Idham, sebaris nama yang benar-benar membuatkan sekeping hatinya yang tenang diamuk api kemarahan. Sejak pertama kali bertemu dengan lelaki itu lagi, Tengku Zafril sudah berjaya menyakitkan hatinya. Setiap kali lelaki itu menangkap dirinya kerana membawa motor laju, setiap kali itu Tengku Zafril akan menyindir dirinya sehabis mungkin.

Helmet dipukul bagi melepaskan geram.

Ini semua kerana dia sudah lambat ke tempat kerja jadi dia terpaksa membonceng laju dan melanggar lampu isyarat. Malang sungguh nasibnya kerana terserempak dengan Tengku Zafril.

Enjin dimulai kembali. Syaqira terpaksa bersiap sedia menerima surat saman dari Tengku Zafril dua hari akan datang. Haih terpaksa guna duit simpanannya nampaknya. Bisik hati kecilnya.

Dengan hati kesal, motor kembali dibonceng menuju ke Pizza Hut memandangkan Syaqira berkerja di sana sebagai penghantar pizza.

Sedaya-upaya wajah menjengkelkan Tengku Zafril cuba dilupakan. Sakit hatinya bila memikirkan wajah seronok lelaki itu dapat mengenakan dirinya.

BACKPACK berisi pakaiannya untuk hari keluarga yang diadakan oleh keluarga Tengku Khalid pada hari esok diberikan kepada Rose untuk dimasukkan ke dalam bonet. Memandangkan mereka sekadar pergi selama dua hari, Nadirah membawa sedikit sahaja pakaian. Cukup untuk dua hari.

Awalnya Nadirah berkira-kira hendak pergi memandangkan dia takut jika kehadirannya menganggu keluarga Tengku Khalid namun memikirkan hati bapa mertuanya, Nadirah padamkan sahaja niatnya untuk tidak mengikut. Sebagai menantu, dia seharusnya menunjukkan sikap yang baik pada bapa dan ibu mertuanya.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now