7

17.9K 925 10
                                    

(Ilustrasi pakaian Tengku Khalid)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Ilustrasi pakaian Tengku Khalid)

(Ilustrasi pakaian Tengku Khalid)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Ilustrasi pakaian Nadirah)

NADIRAH sekadar mengenakan jubah Abaya berwarna biru laut memandangkan pakaian tersebut mudah dipakai dan cantik. Di tambah pula, sejak dua tahun lalu dia memang menyukai jubah Abaya memandangkan kainnya mudah digosok dan sangat lembut serta memberikan keselesaan kepadanya.

Jubah Abaya tersebut turut digayakan bersama cardigan labuh jenis lace berwarna putih dan turut dipadankan dengan selendang putih. Pantulan dirinya di cermin dipandang berulang kali, tatkala sudah berpuas hati, Nadirah melorek senyuman senang. Beg tangan kecil berwarna putih turut dibawa bagi memadankan dengan pakaiannya malam itu. Dek kerana terlalu bersemangat untuk keluar malam itu bersama Tengku Khalid membuatkan dia bersiap cantik.

Ketukan di pintu menyedarkan Nadirah dari dunianya sendiri.

"Puan dah bersiap ke? Tuan Khalid sudah menunggu di bawah." Soal Katheline dari balik daun pintu, Nadirah pantas menutup lampu yang terletak di meja soleknya berserta lampu yang menerangi seluruh bilik tersebut sebelum daun pintu dibuka.

"Saya dah siap."

Katheline tidak berkedip melihat figura isteri kepada majikannya. Wajah Nadirah yang menawan bertambah menawan kerana solekan yang dikenakan oleh Nadirah.

"Kenapa Kat? Muka saya ada apa-apa ke?" Soal Nadirah sedikit gusar, pipinya disentuh mengunakan jari-jemarinya.

"Puan nampak cantik sangat.. pasti tuan terkelu lidah kalau nampak puan macam ini." Pujian Katheline membuatkan Nadirah merona malu, kepalanya diggeleng menafikan kata-kata Katheline sebentar tadi. Dia sekadar bersiap biasa sahaja, tidak mungkin mampu membuatkan Tengku Khalid sehingga terkelu lidah.

Ada sahaja Katheline ni, bisik hati kecilnya.

Langkah Katheline segera diikuti dari belakang. Sebenarnya dia merasakan gelisah sedari tadi, dia risau jika pakaian yang dipakainya tidak setanding untuk memegang gelaran sebagai isteri kepada Tengku Khalid.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now