48

16.1K 943 45
                                    

TENGKU FARINA sudah mendongkol geram tatkala matanya memandang ke arah anak lelakinya bersama wanita yang tidak dia akui sebagai menantu menapak menuju ke arahnya, segera dibuat-buat dirinya sedang sibuk berbual dengan ahli keluarga belah suaminya.

Manakala Tengku Karim menarik anak lelakinya ke dalam pelukan selepas sahaja mereka tiba, rindu kerana sudah lama tidak bersua muka.

Nadirah segera menyalami tangan bapa mertua namun hulurannya dibiarkan sepi oleh Tengku Farina. Huluran ditarik semula tatkala tidak disambut, rasa segan dan terasa hati mulai mengulit sekeping hati. Entah di mana silapnya, wanita jelita itu seakan tidak menyukai kehadirannya.

Tengku Khalid sekadar memerhatikan tindak tanduk mamanya, dipendam hasratnya hendak bersoal dengan wanita jelita itu. Sangkanya mungkin Tengku Farina tidak perasan dengan huluran isterinya.

"Papa dengan mama apa khabar?" Tengku Khalid bersuara, cuba memeriahkan suasana yang tiba-tiba menjadi janggal antara mereka. Sekali-sekala wajah suram isterinya dipandang sebelum tangan wanita itu disatukan dengan tangannya. Nadirah sekadar mencarik senyuman kecil dengan tindakan suaminya. Sekurang-kurangnya lelaki itu bersamanya, jadi kuranglah rasa janggal dia berada berdekatan dengan Tengku Farina.

"Papa khabar baik. Khalid dengan Nadirah macam mana? Bahagia semacam muka kamu ni," soalan Tengku Karim mengundang tawa kecil dari Tengku Khalid. Manakala Tengku Farina sudah menayang wajah jengkel. Kata-kata suaminya tidak dapat disangkal kerana hari ini pertama kalinya wanita elegan itu bisa melihat Tengku Khalid tersenyum bahagia sedangkan selama ini, anak lelakinya itu susah sekali hendak mencarik senyuman.

"Khabar baik papa."

Tengku Karim menatap wajah menantunya sebelum dia bersuara.

"Berseri je muka menantu papa ni. Kamu dah berisi ke?" Soalan lelaki separuh baya itu mengundang senyuman malu dari Nadirah. Berona kedua belah pipinya.

"In Sya Allah, ada papa rezekinya nanti." Jawab Tengku Khalid, tangannya naik dan mengelus perlahan pipi Nadirah membuatkan wanita itu semakin malu. Tengku Karim tersenyum lebar melihat hubungan mesra di antara anak lelakinya bersama menantunya. Dari hubungan mereka, dia yakin pasangan itu bahagia tika ini.

Tengku Farina merengus perlahan.

Dia tidak mahu wanita di hadapannya ini mengandungkan cucunya. Dia mahukan cucu dari rahim wanita pilihannya.

"Rina, kenapa awak diam je? Layanlah menantu dengan anak kita. Diorang bukan selalu dapat datang ke sini." Tegur Tengku Karim lembut, wajah tegang isterinya dipandang.

Tengku Farina mencarik senyum tipis.

Segera dibawa anak lelakinya ke dalam pelukan.

"Mama rindu Khalid."

"Khalid juga rindu mama. Mama macam mana sihat? Khalid minta maaf sangat jarang balik sini. Sibuk sangat dengan kerja," balasan anak lelakinya membuatkan Tengku Farina berdecit di dalam hatinya. Dia yakin anaknya jarang pulang bukan kerana kerja tetapi kerana wanita yang tidak diakui sebagai menantunya ini.

"Mama faham. Khalid kena jaga juga kesihatan." Bahu anaknya ditepuk perlahan, lelaki itu sekadar mengangguk akur.

"Eh mana Farid ni? Orang dah ramai berkumpul, dia masih tak muncul-muncul." Tengku Karim bersuara sambil kelibat anak keduanya dicari di dalam kerumunan orang ramai. Dek kerana orang sudah ramai tika ini membuatkan susah untuknya mencari bayangan anak lelakinya.

MRS TENGKU KHALIDWo Geschichten leben. Entdecke jetzt