40

18.2K 991 51
                                    

NADIRAH segera mempelawa wanita yang memakai cermin mata bulat tersebut untuk melabuhkan punggung ke sofa sambil meminta Susan untuk menyediakan minuman buat wanita tersebut.

"Maaf lambat sangat saya datang puan Nadirah. Sebelum ke sini tadi, saya nak uruskan seorang customer tadi. Risau kalau ada masalah di kemudian hari." Beg tangan bersama beberapa majalah diletakkan di sisinya. Nadirah menggeleng bersama senyuman manis.

"Takpe cik Adiela,"

Wanita bernama Adiela itu segera mengambil semula beberapa majalah di sisinya lalu diberikan kepada Nadirah.

"Ini ada beberapa contoh event yang kami pernah hiaskan dan buat seperti yang diminta oleh pelanggan. Puan boleh tengok-tengok dulu design, mana tahu ada yang puan berkenan di hati." Buku nota bersaiz sederhana sudah bersedia dipegang bagi mencatit segala keinginan Nadirah.

Nadirah sekadar akur.

Fokus dibuang pada majalah yang dipegang.

Sekali-sekala kepalanya terangguk-angguk. Sejujurnya setiap gambar yang dilihatnya begitu cantik sehinggakan dirinya tidak dapat untuk membuat keputusan.

"Semuanya cantik sangat hasil design cik Adelia." Puji Nadirah membuatkan Adiela tersenyum bangga. Meskipun dia sudah acapkali menerima pujian dari semua pelanggan yang pernah mengupahnya namun dia tidak mampu menutup rasa bangga dan bahagianya tatkala dipuji. Rasa seakan kerja kerasnya dihargai.

"Alhamdulilah kalau puan berminat dengan hasil kerja saya bersama anak-anak buah saya. Puan dah jumpa mana yang menarik hati?" Lama Nadirah terdiam sebelum pandangan diangkat ke arah wanita yang masih setia menunggunya.

"Saya tak tahu nak pilih mana satu. Saya takut pilihan saya tak dapat hasilkan makan malam romantik." Luahnya. Adiela mencarik senyuman kecil.

"Kalau boleh saya tahu, rancangan puan untuk makan malam romantik ni di mana?" Sebagai seorang perancang majlis, sudah semestinya dia harus mengetahui dahulu di mana tempat yang akan dihiasinya nanti. Jadi, senang untuk mencari idea yang sesuai untuk mereka tempat tersebut sehingga tepat seperti minat pelanggannya.

"Saya rancang nak buat di kebun di belakang kerana tempat itu merupakan hadiah pertama suami saya kepada saya." Nadirah tidak mampu menahan senyuman tatkala kenangan kali pertama Tengku Khalid memberikan kebun tersebut kepadanya bagai terlayar kembali di fikirannya.

"Kalau macam itu, puan boleh tunjukkan kepada saya?"

"Boleh-boleh." Kedua mereka sama-sama mengangkat punggung lalu menapak menuju ke kebun belakang milik Nadirah. Tatkala pintu gerbang di belakang dibuka, Adiela tidak mampu untuk tidak terpanar melihat suasana kebun tersebut. Jujur dia katakan, rupanya bukan seperti kebun tetapi lebih kepada taman. Bunga-bunga yang mekar tumbuh terutamanya bunga mawar pelbagai warna, rumput yang kemas berjaga serta keadaan yang terlihat sangat tenang dan damai jika melihatnya lama.

"Wah puan, tak macam kebun. Ini macam taman bunga. Cantik sangat." Puji Adiela ikhlas.

Nadirah tersenyum segan. Iya, kebun yang diberikan suaminya sememengnya dijaga sehingga baik. Berbeza sungguh dengan rupanya ketika pertama kali Tengku Khalid berikan kepadanya. Dia sendiri tidak sangka hasil bunga yang ditanamnya hidup dengan baik.

"Terima kasih cik Adiela."

"Kalau mengikut dari keadaan tempat ini puan. Saya cadangkan kalau kita guna tema ini." Salah satu gambar dari majalahnya ditunjuk. Lama Nadirah menatap gambar tersebut sebelum mengangguk setuju. Semakin lama dia melihat, semakin jatuh minat dia pada pilihan Adiela.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now