4

21.1K 976 17
                                    

NADIRAH mengigit kukunya gelisah, ini merupakan malam pertamanya bersama seorang lelaki di dalam bilik. Hatinya tidak usah ditanya, sejak tadi ritma jantungnya berdetak kencang.

Adakah Tengku Khalid akan meminta haknya sebagai suami? Tetapi mereka tidak mengenali satu sama lain, bagaimana dia ingin melayani lelaki itu dengan ikhlas sebagai suami? Pelbagai soalan berlegar di fikiran Nadirah sehingga membuatkan dia tidak bisa melelapkan diri. Jiwanya terasa tidak tenang.

Klak!

Bunyi pintu bilik mandinya terbuka, Nadirah segera membetulkan kedudukannya. Sedaya-upaya bayangan Tengku Khalid yang sedang melangkah keluar dari bilik mandi tidak dipandang.

"Kenapa kau tak tidur lagi?" Suara garau yang secara tiba-tiba menyapa telinganya membuatkan Nadirah sedikit tersentak. Dia berdehem kecil sebelum memandang ke arah Tengku Khalid yang sedang mengelap rambutnya yang terlihat basah.

"Uhmm saya..."

"Kau takut dengan aku ke?" Nadirah laju menggeleng menafikan meskipun jawapannya adalah benar sekali. Dia takut jika dia tertidur, Tengku Khalid akan berbuat perkara yang tidak diingini tanpa disedarinya.

Tengku Khalid berdecit perlahan lalu kakinya melangkah mendekati Nadirah. Detak jantung Nadirah semakin laju di saat wajah Tengku Khalid hanya berjarak seinci darinya, kedua belah pipi terasa memanas.

"Aku tak sentuh orang tanpa persetujuan. Jadi, jangan takut. Ke kau nak aku sentuh kau?" Soal Tengku Khalid bersama pandangan nakal, laju Nadirah menggeleng tidak mahu. Dia belum bersedia hendak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Tengku Khalid.

"Aku tidur dekat lantai kalau macam itu," bantal di sisi Nadirah yang tidak bertuan segera digapai lalu dicampak ke atas lantai, tuala yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya tadi disangkutkan ke salah satu penyangkut yang terdapat di dinding bilik isterinya.

Nadirah menghela nafas lega.

Dia bersyukur kerana Tengku Khalid sangat memahami situasi hatinya saat ini.

Tengku Khalid yang berura-ura ingin melelapkan mata selepas badannya dibaringkan ke atas lantai segera ditahan oleh Nadirah.

"Maaf.. sebagai tanda maaf, awak ambil lah selimut ni. Awak pakai, tidur dekat atas lantai tu sejuk. Nanti awak kesejukan pula." Selimut berwarna merah jambu bercorak bunga kepunyaannya diberikan kepada Tengku Khalid. Melihat wajah Nadirah yang bersungguh-sungguh ingin dia mengambilnya membuatkan dia pantas menyambut huluran gadis tersebut.

"Thanks,"

"Sama-sama awak."

Selimut kepunyaan sang isteri segera digunakan bagi menutup tubuhnya lalu sebelah lengannya digunakan untuk menutup matanya. Haruman minyak wangi milik Nadirah yang melekat di selimut tersebut membuatkan Tengku Khalid menahan senyum, terasa baunya begitu mendamaikan hati lelaki tersebut. Tidak sampai sesaat, dengkuran halus kedengaran.

Nadirah pantas mengintai Tengku Khalid yang sudah terlena, senyuman tipis segera terlakar di bibirnya tanpa disedari.

Dek kerana takut mengganggu lena Tengku Khalid, perlahan-lahan dia menuruni katil lalu menuju ke almari pakaiannya. Selimut baru yang belum digunakan segera digapai untuk dijadikan selimutnya malam itu. Bilik tidurnya memang akan terasa sejuk ketika malam tiba, dia sendiri tidak mengerti mengapa.

Tubuhnya dibaringkan kembali di atas katil, pandangan dibuang pada syiling kosong tanpa sebarang warna. Keluhan kecil dilepaskan. Meskipun Tengku Khalid dingin terhadapnya, sekurang-kurangnya lelaki itu mengerti dirinya. Layanan Tengku Khalid juga tidak sekasar mana, Nadirah rasa dia boleh perlahan-lahan mencuba mengenali hati budi Tengku Khalid.

MRS TENGKU KHALIDWo Geschichten leben. Entdecke jetzt