29

16.1K 971 27
                                    

AWAL pagi Nadirah sudah bersedia di hadapan daun pintu Tengku Khalid. Tubuhnya sudah siap bersarung telekung memandangkan dia ingin melakukan tips yang keempat iaitu menunaikan solat bersama. Lama dia mengetap bibir, berkira-kira hendak mengetuk memandangkan selama beberapa bulan mereka bersama. Tidak pernah sekalipun dia menunaikan solat bersama Tengku Khalid.

Nafas ditarik lalu dihembus.

Dengan ucapan basmalah, Nadirah mengetuk daun pintu bilik suaminya. Sementara menunggu, matanya meliar memandang kawasan sekeliling. Memandangkan waktu masih awal pagi, kawasan rumahnya sedikit suram memandangkan Tengku Khalid hanya menyalakan lampu di tangga.

Tatkala sepi menyambut, sekali lagi daun pintu bilik suaminya diketuk.

"Awak," tidak sampai seminit, muncul Tengku Khalid lengkap berpakaian kurta bersama kain pelikat. Terlihat lelaki itu mengurut dadanya perlahan seakan-akan terkejut melihatnya.

Sempat Nadirah memuji ketampanan suaminya berpakaian sebegitu memandangkan selama ini Tengku Khalid tidak pernah berpakaian sebegini di hadapannya. Kacak! Bisik hati kecilnya.

"Kenapa pula terpacak depan bilik aku pakai telekung ni." Nadirah menayangkan sengihan.

"Saya nak ajak awak solat sekali." Jawapan sang isteri membuatkan Tengku Khalid berkerut. Sejak dua tiga hari ini, isterinya bertingkah pelik.

"Solat sekali?" Soalannya mendapat anggukan dari Nadirah.

"Boleh ke? Selama kita jadi suami isteri, kita tak pernah solat sama-sama. Jadi, hari ini saya nak solat dengan awak. Dapat pahala lebih." Lama Tengku Khalid terdiam sebelum akur. Tidak baik menolak isteri mengajak solat bersama.

"Tapi kejap─" daun pintu ditutup. Nadirah sekadar menunggu dengan sabar memandangkan dia yakin lelaki itu ada hal privasi sendiri. Sempat sejadah yang dibawa diperiksa sementara menunggu suaminya selesai.

Tengku Khalid muncul semula selepas beberapa minit. Pintu bilik dibuka bagi memberi ruang untuk Nadirah melangkah masuk manakala Nadirah sudah terkedu melihat ruangan suaminya yang terlihat sangat kemas dan teratur. Bilik lelaki itu sangat berbeza dari apa yang dia sangkakan. Cat di dinding yang berwarna biru laut membuatkan bilik lelaki itu terlihat menarik.

Tidak berkelip matanya memandang segenap ruangan milik Tengku Khalid.

"Bentanglah sejadah kau, kita boleh mula solat sekarang." Sejadahnya segera dibentangkan tidak jauh dari suaminya. Pertama kali dia akan diimamkan oleh lelaki selain dari ayahnya sendiri. Nadirah menahan senyuman senang tatkala melihat belakang tubuh suaminya yang sedang bersedia hendak mengangkat takbir.

Wujud satu perasaan bahagia.

Adakah ini rasanya cinta selepas berkahwin? Begini ke rasanya solat bersama orang yang kita sayangi? Pelbagai soalan dibisik oleh hati kecil Nadirah.

SALAM terakhir diberikan lalu kedua mereka mulai duduk bersila. Tengku Khalid fokus membasahkan lidahnya dengan zikir-zikir mudah. Sudah terbiasa memuji yang Maha Esa sebelum doa dipanjatkan.

Sama seperti suaminya, Nadirah turut berzikir perlahan sebelum Tengku Khalid mulai mengangkat tangan untuk berdoa. Setiap doa yang dibaca oleh suaminya didengar dengan teliti. Dalam diam Nadirah memuji bagaimana khusyuknya dan lancarnya suaminya membaca doa dan surah-surah yang dihafal lelaki itu.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now