13

16.3K 868 16
                                    

SEJAMBAK bunga mawar putih bersama dua coklat cadbury bersaiz besar terletak kemas di atas meja di saat Nadirah tiba di meja makan. Jambak bunga tersebut diangkat lalu dicium baunya membuatkan bibirnya mencarik senyuman kecil. Harum! Bisik hatinya. Hati kecilnya tertanya-tanya milik siapa bunga ini?

Semalam lepas sahaja dia terlelap, dia sedar-sedar sudah berada di biliknya. Awalnya dia fikir Tengku Khalid mengangkatnya tetapi tidak mungkin. Dia sendiri tidak sedar bila lelaki itu pulang memandangkan dia sudah nyenyak di dalam lenanya semalam.

Muncul Rose bersama Katherine yang sedang menyusun lauk-pauk semalam semula di atas meja makan.

"Puan.. tuan cakap dia ada urusan hari ini di luar negeri. Terpaksa pergi awal tanpa bagitahu puan." Rose berbicara selepas meletakkan lauk terakhir di atas meja. Kedua-dua mereka segera menunduk hormat ke arah Nadirah.

Nadirah terangguk-angguk kecil.

"Terima kasih sebab bagitahu Rose." Balasnya bersama senyuman manis. Tulang punggung dilabuhkan ke atas kerusi dek kerana perutnya sudah menjerit meminta diisi memandangkan malam semalam dia tidak menjamah satu bentuk makanan pun. Sudah lah dia menunggu Tengku Khalid sehingga terlelap tetapi akhirnya dia tertidur sehingga ke pagi.

"Tuan juga pesan.. bunga dan coklat ini khas untuk puan." Termati perbuatan Nadirah hendak mengapai senduk nasi. Wajah Rose dipandang lama.

"Tengku Khalid beri pada saya? S-saya fikir awak punya." Rose menggeleng menafikan. Tidak mungkin dia akan bertindak ikut suka hati meletakkan barangnya di dalam rumah agam majikannya memandangkan peraturan di dalam rumah itu ketat.

"Bunga ini milik puan.." jambak bunga diambil lalu matanya memandang ke arah nota yang terselit di sebalik bunga tersebut. Kenapa dia tidak perasan nota ini tadi? Nota tersebut digapai.

Sorry for making you wait and that I couldn't make it to see you this morning. So, ambil bunga ni as apologies.

Selesai membaca nota tersebut, bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman senang. Entah mengapa Nadirah rasakan perutnya seakan berbunga-bunga, kedua belah pipinya merona malu membaca nota pujukan dari Tengku Khalid. Dia tidak menyangka akan menerima bunga dari lelaki dingin seperti Tengku Khalid.

Haruman bunga mawar putih tersebut dihidu lagi. Wangi! Macam mana Tengku Khalid tahu bahawa bunga kegemarannya adalah bunga mawar putih kerana selepas sahaja arwah ibunya meninggal, dia sering kali meletakkan bunga mawar putih di kubur ibunya setiap kali hari lahir wanita itu tiba. Sudah seakan menjadi tabiatnya setiap tahun.

Rasa laparnya seakan menghilang. Fokusnya tepat jambakan bunga mawar putih dari Tengku Khalid. Entah mengapa, dia rasa sangat senang saat ini.

"Kalau puan sayangkan bunga mawar tersebut, saya boleh letakkan ke dalam vase dan puan boleh letak di dalam bilik puan." Katherine bersuara tatkala melihat isteri majikannya seakan-akan benar-benar menyukai bunga tersebut.

"Uhmmm boleh juga Kat." Jambakan bunga tersebut dihulurkan kepada Katherine, gadis itu menyambut dengan baik lalu berlalu melakukan perkara yang barusan diberitahunya.

Coklat cadbury pula diambil bersama hati yang gembira. Dia tidak pernah bosan makan coklat meskipun baru beberapa hari lalu dia menikmati coklat. Tekak tidak pernah muak dengan namanya coklat.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now