24

15.7K 887 12
                                    

DOKTOR perempuan yang sedang memeriksa dirinya dipandang bersahaja, sempat suhu badannya diambil bersama beberapa soalan ditanyakan kepada Nadirah.

Doktor perempuan itu mencatit sesuatu pada kertas yang dipegangnya sebelum memanggil Azman untuk masuk ke dalam bilik.

"Nanti suruh Khalid datang klinik I and ambil ubat mengikut senarai yang I bagi." Ujarnya sambil menghulurkan surat preskripsi ubat-ubatan untuk Nadirah.

"Baik doktor. Kalau doktor tak keberatan boleh doktor bagitahu saya, puan sakit apa ya?" Soal Azman penuh hormat. Masakan tidak hormat, orang yang berada di hadapannya ini merupakan doktor peribadi Tengku Khalid. Tambahan lagi, wanita di hadapannya ini jauh lebih tinggi martabatnya berbanding dirinya. Dirinya hanyalah seorang pemandu manakala wanita ini seorang doktor, lebih tepat lagi orang yang berkerjaya besar dan hebat.

"Oh kalau mengikut dari apa yang I check. She's fine. Puan Nadirah okey sahaja cuma suhu badan puan tinggi sedikit dan puan macam sedikit stress. Kalau boleh, puan Nadirah digalakkan berehat buat sementara waktu. Kurangkan fikirkan perkara-perkara yang boleh stresskan kepala. Itu sahaja," stetoskop yang menyangkut di leher dibetulkan, bibirnya tidak lekang dari mengukir senyuman.

"Baiklah, terima kasih doktor Aini." Azman menunduk hormat sehingga ditahan oleh doktor bernama Aini itu memandangkan dia sudah mengenali Azman sejak pertama kali dia dilantik menjadi doktor peribadi keluarga Tengku Khalid tetapi tetap sahaja layanan Azman seakan mereka baru sahaja bertemu.

Azman terlalu memandang tinggi kerjayanya sebagai seorang doktor.

"You should stop doing this kind of things Azman. You dengan I dah kenal bertahun, takkan masih nak gelar I with formal way? I jadi rimas tau," segala peralatannya diangkat. Wajah Azman dipandang sekilas, sempat dijeling lelaki itu geram.

"I minta diri dulu puan Nadirah. If you rasa demam semakin teruk, please tell your husband untuk call I secepat mungkin. Also, tolong ambil ubat mengikut waktunya ditetapkan. I minta diri dulu," Nadirah sekadar mengangguk. Sempat dia berbalas senyuman dengan doktor wanita itu sebelum doktor itu hilang dari pandangannya.

Azman yang terlihat sedang gelisah dipandang sekilas.

"Azman, pergilah teman doktor Aini sehingga ke pintu. Saya okey je," Azman yang mendapat arahan sebegitu segera menunduk akur. Langkah doktor jelita itu dikejar. Manakala Nadirah yang mulai merasakan tidak enak badan sekadar menarik selimut tebal sehingga menutup seluruh tubuhnya.

Awalnya dia sekadar menipu mengatakan bahawa dia sedang tidak enak badan memandangkan dia tidak mahu Azman bertanya lebih kepadanya berkaitan perihal dia menangis di dalam kereta tadi. Namun kerana mulutnya masin, sekarang dia benar-benar sudah tidak sihat. Suhu badannya terasa sedikit panas berbanding tadi.

Tanpa disedari, kelopak matanya mulai memberat di saat bantal panjang dibawa ke dalam pelukan. Dengkuran halus kedengaran tidak lama selepas itu menandakan Nadirah sudah berkunjung ke alam mimpi.

Di sisi lain, Azman mengejar langkah wanita bercoat panjang berwarna putih yang sedang melangkah menuju ke kereta Perodua Alza miliknya.

"Saya tak berniat nak buat doktor Aini terasa, saya minta maaf doktor." Kata-kata Azman mematikan langkah Aini. Dengan kadar segera tubuhnya berpaling memandang lelaki itu lalu dia berdecit perlahan.

"I tak terasa Azman, I cuma muak. Muak dengan sikap you yang terlalu rendah diri. Please! Kita berdua ni sama-sama manusia biasa, you dengan I tiada beza. So, please stop panggil I with gelaran doktor and call me by my name." Balasnya kesal, cahaya matahari yang terik mengenai wajahnya semakin menyerlahkan kecantikan wajah yang dimilikinya.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now