36

17.6K 1K 43
                                    

TENGKU KHALID berkerut tatkala Rose yang sedang menunggu di pintu gerbang rumah terlihat seakan sedang gelisah. Di tambah lagi, gadis itu tidak berhenti berpusing sambil mengigit kukunya. Kaki diatur menuju ke Rose, sempat diberikan briefcase miliknya lalu dipandang dalam wajah gadis itu meminta jawapan.

Sempat dia memikirkan perihal sang isteri. Ada apa-apa ke berlaku kepada isterinya?

"Kenapa Rose? Wife saya kenapa-kenapa ke?" Soalnya dengan nada serius. Sudahlah beberapa hari yang lalu Nadirah terlihat seakan lebih banyak menghabiskan waktu sendiri di dalam biliknya berbanding selalu. Selalunya gadis itu akan menghabiskan masa di kebun atau ruang tamu. Dia sendiri hairan dengan perubahan sang isteri selepas sahaja pulang dari majlis pertunangan Tengku Hana bersama sahabat baiknya.

"Puan baik-baik sahaja c-cuma," Rose mengetap bibir kuat. Dia takut untuk memberitahu kebenaran kepada Tengku Khalid memandangkan lelaki itu sudah berkeras memberinya arahannya sebelum ini. Namun tetap sahaja dia gagal untuk mengikuti arahan lelaki itu.

Tengku Khalid melangkah tanpa menunggu. Rasa risaunya tidak mampu dibendung lagi.

"Husna," serunya lantang sehingga suara garaunya memenuhi seisi rumah. Sudahlah dia masih penat kerana baru sahaja pulang dari kerja. Di tambah pula dengan rasa risau terhadap Nadirah.

"Hus─"

"Saya dekat dapur, awak." Wajah yang awalnya terlihat risau berubah riak. Tanpa berlengah, kaki diatur menuju ke dapur. Terlihat sang isteri sedang memakai apron, di hadapan gadis itu terlihat ada beberapa bahan kering.

Jam di pergelangan tangan dikerling.

Sudah hampir tiba pukul 11 malam tetapi kenapa isterinya berpakaian seakan hendak memasak.

"Rose," tergesa gadis yang diseru untuk mendapatkan majikannya. Dia sudah diambang rasa seram tatkala wajah Tengku Khalid sudah kelihatan tegang.

"Ye tuan?"

"Sekarang pukul berapa? Ke─"

"Ish Tengku Khalid. Jangan marah Rose. Rose, awak boleh pergi tidur dulu. Dan awak Tengku Khalid─" potong Nadirah selamba. Kaki diatur menuju ke arah suaminya bersama satu apron yang tidak bertuan lalu langkahnya dimatikan di hadapan Tengku Khalid. Kaki dijengket agar dia sampai untuk menyarungkan kain apron tersebut ke tubuh suaminya yang masih lengkap memakai coat.

Tengku Khalid masih terkesima dengan tindakan sang isteri. Tambahan lagi, wajah jelita Nadirah yang terlalu rapat dengannya membuatkan dirinya terpaku.

"Okey nice," tidak sedar dengan reaksi suaminya, Nadirah masih fokus melihat Tengku Khalid yang kelihatan masih tampan meskipun mengenakan apron. Untung jadi suaminya, pakailah macam mana sekalipun tetap sahaja kacak.

Dada bidang Tengku Khalid ditepuk perlahan bersama anggukan serta senyuman kecil.

"Hus─"

"Awak tahu tak ini apa?" Satu biji ubi diangkat lalu ditunjukkan ke hadapan Tengku Khalid membuatkan lelaki itu terdiam sejenak. Sebenarnya dia masih tidak mengerti dengan Nadirah. Tiba-tiba sahaja memakaikannya apron tanpa mengatakan tujuannya sebenar.

"Ubi tapi," sekali lagi kata dipotong selamba oleh Nadirah.

"Pandai betul awak ni Tengku Khalid." Tangannya naik dan mencubit perlahan pipi suaminya. Kali ini tidak seperti biasa, Nadirah sekadar menayangkan senyuman manis. Seakan-akan tidak terkesan dengan tindakan sebentar tadi. Manakala Tengku Khalid semakin bertambah kerutan di dahi. Sempat dia mengaru keningnya. Hairan dengan perangai Nadirah malam ini.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now