55 !

17.1K 933 51
                                    

[THIS CHAPTER CONTAINS SPICY READING! YOU CAN SKIP THIS PART IF YOU WANT.]

TENGKU DAHLIA menekan butang merah saat suara operator kedengaran dari hujung corong sebelum telefon pintarnya itu dicampak kesal ke dalam beg tangan jenama Chanel miliknya. Rambut yang jatuh mengurai ke hadapan segera diselak ke belakang telinga sebelum gelas kaca diambil lalu isinya diteguk sehingga hanya tinggal sedikit bakinya.

Bunyi musik yang kuat membuatkan suasana terasa hiruk-pikuk namun itu tidak mampu membuatkan suasana hati Tengku Dahlia menjadi tenang. Matanya meliar memandang ke arah kerumunan orang ramai yang sedang rancak menarik seakan mereka langsung tidak memiliki masalah.

Keluhan dilepaskan. Tujuan dia datang ke klub ini adalah untuk melupakan rasa kesalnya terhadap Tengku Khalid. Sudah sebulan berlalu sejak kejadian di mana lelaki itu menolaknya secara mentah-mentah meskipun begitu tetap sahaja Tengku Dahlia tidak mengalah namun lelaki itu benar-benar memaksudkan setiap ucapannya.

Selama sebulan ini, pelbagai usaha Tengku Dahlia sudah lakukan namun tetap sahaja lelaki itu tidak melayannya. Kehadirannya benar-benar seakan orang yang tidak wujud.

Sakit? Iya. Tengku Dahlia merasakan rasa sakit yang teramat.

Saat rasa kesal kembali mencengkam hatinya, gelas kaca diambil lalu diteguk sehingga isinya habis lalu dipanggil bartender sekali lagi.

"Same," gelas kaca dihulurkan, bartender lelaki itu sekadar akur. Sebotol whiskey dikeluarkan lalu dituangkan ke dalam gelas kaca Tengku Dahlia sehingga separuh.

"Thank you." Tanpa menunggu, diteguk rakus sehingga licin. Sejak pulang ke Malaysia, dia sudah lama meninggalkan tabiat minum minuman haram ini cuma sejak kebelakangan ini fikirannya terlalu stress memikirkan perihal Tengku Khalid. Pelbagai cara sudah digunakan untuk menghilangkan rasa stress namun tetap sahaja tidak mampu membantunya seperti arak membantunya.

Kerana itu, Tengku Dahlia menapak juga ke tempat sebegini. Dia ingin minum sehingga mabuk, dia ingin melupakan segala masalah yang sedang berlegar-legar di dalam fikirannya ini.

"Hey you, give me the bottle." Bottle whiskey yang di dalam kaunter ditunjuk, lelaki itu sekadar akur memandang tugasnya adalah menghidangkan air. Orang itu mabuk atau tidak, bukan masalah padanya.

Saat botol bertukar tangan, segera Tengku Dahlia menuang sehingga penuh gelasnya. Dia sudah tidak peduli bagaimana kesannya nanti, yang dia tahu dia mahu segala bebanan yang dirasakan ini terbang menjauh.

Beberapa mata memandang ke arahnya yang meneguk arak bagai hilang kewarasan sudah tidak dia pedulikan. Yang penting hatinya puas, jiwanya tenang.

TELEFON pintar diambil sambil tersedu kecil kemudian tawa dilepaskan saat merasakan perkara itu lucu. Mata digosok perlahan tika dirasakan bahawa pandangannya kabur, dia tidak nampak begitu jelas apa yang tertulis di skrin telefonnya.

Lama dia menekan-nekan skrin telefonnya sehingga akhirnya dia menekan nombor seseorang. Tengku Dahlia mencarik senyuman senang, usahanya dari tadi akhirnya berjaya juga.

Telefon dilekapkan ke telinga, tidak sampai sesaat panggilannya bersambung. Terdengar suara garau sedang berdehem kecil dari hujung corong.

"Dahlia.. first time you call I after everything. So, you rindu I dah ke?" Suara garau itu bersuara selepas lama sepi memenuhi mereka, suasana latar musik yang kuat membuatkan lelaki itu sempat berkerut kecil sebelum dapat mengagak di mana Tengku Dahlia berada sekarang ini.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now