11

16.5K 887 40
                                    

NADIRAH sekadar mendengar coleteh Elliana yang berceritakan pengalamannya di luar negera semasa sedang model di sana sambil menikmati cheesy wedges miliknya. Sekali-sekala air coca cola disisip sedikit.

"Kau tahu masa aku tengah ada petunjukkan.. waktu tulah kasut aku nak tertanggal tapak dia. Memang aku berang gila dekat Michael. Aku dah cakap banyak kali check kasut aku, dia cakap dah. Hasilnya aku menanggung malu dekat atas stage." Ceritanya bersama wajah yang jelas kesal.

Syaqira sudah terkekeh perlahan mendengar cerita Elliana. Makin kesal gadis itu dibuatnya.

"Kau gelak pula Syaq. Malu tau aku," tambahnya lagi. Cawan berisi air sprite miliknya diangkat lalu disedut sedikit airnya, kentang goreng diangkat lalu disumbat ke dalam mulutnya.

"Kesian Elly kita ni." Nadirah pantas mengosok perlahan lengan Elliana, gadis itu sekadar menjuihkan bibir manja sambil kepalanya dilentokkan ke bahu Syaqira.

"Sebaik ada Nad untuk faham aku." Syaqira menggulingkan mata ke atas, burger ayam digigit sedikit. Elliana yang masih bersandar padanya dibiarkan.

"Eh tapikan tutup cerita pasal aku. Sekarang aku nak dengar cerita pasal kehidupan kau pula selepas kahwin?" Termati perbuatan Nadirah yang sedang mengapai kentang goreng milik Elliana. Wajah kedua sahabat baiknya yang sedang merenung wajahnya dalam dipandang.

Jari ditunjukkan ke arah dirinya sendiri.

"A-aku?"

Kedua-dua mereka serentak mengangguk.

"Dah hampir 2 jam kita lepak KFC tapi asyik cerita Syaq tak pun cerita aku. Cerita kau takde pun Nad." Balas Elliana yang disetujui oleh Syaqira. Meskipun mereka kerap berbalah tetapi jikalau sama-sama menginginkan sesuatu, sikap toleransi antara satu sama lain tidak boleh berbincang.

Nadirah mengigit bibir perlahan.

Sebenarnya dia mengelak hendak menceritakan hubungan pasang surutnya bersama Tengku Khalid kerana dia sendiri tidak mengerti sifat sebenar lelaki itu. Sekejap dingin, sekejap prihatin.

"Jangan nak mengelat eh... kalau kau taknak cerita, aku dengan Syaq nak merajuk seminit." Tambah Elliana sedikit mengugutnya, Syaqira sekali lagi mengangguk. Nadirah mengeluh perlahan, kening digaru perlahan.

"Uhmmm sebelum tu.. aku nak tanya satu soalan dulu." Kedua-dua mereka merapatkan tubuh ke meja, wajah Nadirah dipandang fokus.

"Apa?"

"Uhmm a-aku ni pendek sangat ke kalau bagi korang?" Perlahan sahaja nadanya kedengaran, awalnya Elliana dan Syaqira berkerut tidak mengerti sebelum tawa kedua-dua mereka pecah yang menarik pandangan beberapa pelanggan berdekatan meja mereka.

Nadirah pantas memuncungkan bibirnya.

"Apa gelak-gelak korang ni. Aku tanya betul-betul ni." Air coca-cola disisip kesal, sempat kentang goreng Elliana digapai lalu dikunyah.

"Tak... asal tiba-tiba soalan ni?" Balas Syaqira selepas menenangkan dirinya, sakit ususnya kerana mentertawakan Nadirah. Rasanya soalan gadis itu benar-benar tidak masuk akal.

"Saja. Cepat lah jawab soalan aku." Desak Nadirah. Kedua-dua tangan sahabatnya dipegang bersama matanya yang penuh pengharapan.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now