20

17.2K 1K 41
                                    

TENGKU KHALID mengelap rambutnya yang masih basah mengunakan tuala kecil yang sering dipakainya untuk mengeringkan rambut lalu tulang punggungnya dilabuhkan di birai katil. Fokusnya terganggu di saat matanya menangkap gambar yang terletak kemas di atas meja tempat dia meletakkan segala minyak wangi yang seringkali dipakainya.

Saat matanya merenung dalam gambar yang terdapat dalam bingkai gambar tersebut, tanpa disedari tubuhnya bangkit dan mengapai bingkai gambar tersebut lalu gadis yang sedang memakai pakaian seragam sekolah lengkap sambil tersenyum manis dipandang lama sebelum keluhan dilepaskan.

Kenangan 8 tahun bagaikan terputar kembali di memorinya. Memorinya yang baginya adalah indah bercampur pahit, di mana pertama kali dia mengenal apa itu erti cinta. Pertama kali dia juga bertentangan mata dengan gadis yang berjaya mencuri hatinya dengan sekali pandang sahaja.

Tahun 2015,

Tengku Khalid mengeluh memandang bangunan yang sedang berdiri megah di hadapannya, kaca mata segi empat yang dipakainya sempat ditolak agar merapat dengan batang hidungnya memandangkan kaca mata yang dipakai terasa ingin jatuh dari hidungnya.

Hari ini merupakan hari pertama dia berpindah ke Sekolah Menengah Sri Bakti selepas sahaja berhenti bersekolah di sekolah berasrama penuh di Terangganu. Tengku Khalid sejak kecil telah dididik oleh arwah ibunya iaitu Tengku Juwita untuk bersekolah berasrama penuh memandangkan wanita itu mahukan Tengku Khalid untuk belajar berdikari.

Tetapi tidak diduga, pada usianya meningkat 13 tahun. Tengku Juwita telah dijemput ilahi kerana penyakit kanser yang dihidapi sejak Tengku Khalid berusia 11 tahun. Selepas tiga bulan kematian mamanya, Tengku Karim segera menikahi Tengku Farina iaitu anak kepada sahabat baik papanya sendiri kerana memikirkan perihal Tengku Khalid yang memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Sekarang usianya sudah meningkat 17 tahun, tahun di mana dia akan mengambil peperiksaan besar. Tengku Karim malah memintanya untuk berpindah ke Kuala Lumpur dan bersekolah harian biasa seperti anak tirinya memandangkan atas permintaan Tengku Farina sendiri yang tidak mahu berpisah dengan Tengku Khalid.

Hasilnya, Tengku Khalid dihantar ke sekolah yang sama dengan Tengku Farid dek kerana Tengku Farina mahu mereka merapatkan lagi hubungan mereka sebagai adik-beradik tiri memandangkan hubungan Tengku Khalid dan Tengku Farid tidak lah mesra mana tetapi tidak lah dingin juga. Cukup sekadar bertegur biasa sahaja. Sekadar itu. Mungkin masing-masing masih belum boleh menerima kehadiran keluarga baru di dalam hidup mereka.

Jam tangan yang terbalut kemas di pergelangan tangan diperhatikan, jam hampir menuju pukul 7 suku namun kelibat Tengku Farid tidak lagi kelihatan. Tengku Farina menyuruhnya untuk mengikuti Tengku Farid sahaja tatkala tiba di sekolah kerana wanita jelita itu sudah memesan kepada anak lelakinya untuk membantu Tengku Khalid pada hari pertamanya di sekolah.

Saat loceng sekolah berdering kuat, Tengku Khalid pantas memasuki pagar sekolah meskipun dia tidak tahu harus kemana. Sekolah ini terlalu baru untuk dirinya.

Hendak menegur seseorang tetapi dia malu. Akhirnya dia sekadar berjalan bagai tiada hala tuju. Tambahan lagi, tapak berhimpun pelajar sekolah tersebut langsung tidak kelihatan sedari tadi. Sedang Tengku Khalid fokus sendiri, tubuhnya merempuh satu tubuh sehingga gadis itu terduduk jatuh di atas jalan tar sambil meringis kesakitan.

Tengku Khalid panik. Baru hari pertama dia sudah mencari masalah. Segera gadis itu dibantu bangun.

"M-maaf aku tak sengaja." Ucap Tengku Khalid serba salah. Terlihat gadis itu sedang membuang batu-batuan kecil yang melekat di telapak tangannya.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now