6

17.7K 913 13
                                    

KEPULANGAN Tengku Khalid ditunggu meskipun rasa mengantuk sudah menguasai dirinya. Beberapa kali sudah Rose memintanya untuk masuk dahulu ke dalam bilik memandangkan itu arahan daripada tuannya tetapi tetap sahaja mendapat tolakan dari Nadirah.

Nadirah menguap kecil, siaran Didi and friends yang sedang dilihat tidak lagi mendapat fokusnya seperti mula-mula dia membuka cerita kartun tersebut. Hampir sepuluh kali dia tersentak kerana terlelap di atas sofa tersebut.

"Puan.. tuan dah arahkan untuk puan masuk tidur dahulu." Ujar Rose buat kesekian kali namun jawapan Nadirah masih sama. Kepalanya diggelengkan lalu menguap kecil. Tubir matanya sudah sedikit berair dek kerana masih dipaksa matanya untuk tetap berjaga.

"Rose dengan yang lain boleh tidur dahulu. Saya nak tunggu Tengku Khalid." Arah Nadirah pula, gelengan juga diberikan. Tidak mungkin mereka akan meninggalkan Nadirah sendiri di ruang tamu, siapa akan yang menjawab Tengku Khalid esok? Sudahlah angin lelaki itu boleh tahan juga.

"Tapi.."

Enjin kereta yang terdengar berhenti di luar rumah membuatkan Nadirah pantas bangkit, saat pintu gerbang terbuka luas, pandangan mereka bersatu. Wajah Tengku Khalid berubah tegang. Ketiga-tiga gadis yang disuruh untuk menjaga isterinya dipandang bersama pandangan tajam, mereka segera menekur memandang lantai. Tahu majikan mereka sedang marah.

"Kenapa kau tak tidur lagi? Bukan ke saya dah pesan supaya suruh isteri saya tidur dahulu?" Soal Tengku Khalid tegas, wajah-wajah yang sedang menunduk memandang lantai dipandang. Nadirah pantas mendapatkan suaminya.

"Saya yang taknak tidur, awak tak perlu marah diorang." Jujur Nadirah, membela nasib gadis-gadis yang tidak bersalah. Kini perasaan bersalah menggunung kerana dia, pembantu yang disuruh melayaninya pula dimarahi.

Tengku Khalid mengeluh.

"Korang boleh pergi dulu." Arah Tengku Khalid. Ketiga-tiga mereka menunduk hormat lalu langkah diatur pergi. Wajah manis Nadirah dipandang sebelum kakinya diatur menuju ke dapur. Tekaknya terasa haus.

"Kenapa kau degil sangat? Aku dah suruh tidur, tidur lah dahulu." Nada suaranya jelas kedengaran sedikit garang. Nadirah menarik wajah cemberut, dia ingin menunggu pun salah. Salah ke nak tunggu suami sendiri? Lagipun, dia bosan. Seharian ini hanya sekadar menonton televisyen sahaja. Langsung tiada kerja yang dibenarkan untuk dia buat. Semuanya kerana perintah Tengku Khalid.

"Saya bosan. Awak tinggalkan saya seharian, dari petang sampai sekarang. Dah lah saya nak buat kerja pun, diorang taknak bagi. Tengok televisyen je sepanjang hari. Aktiviti tak sihat tau." Sejak bila Nadirah berubah menjadi banyak bicara dengan Tengku Khalid pun dia sendiri tidak tahu. Yang penting dapat meluahkan apa yang terpendam.

"Baru sehari duduk rumah dah merengek macam budak kecik." Sindir Tengku Khalid, air sejuk diteguk bagi menghilangkan haus. Membulat besar mata Nadirah mendengar kata-kata Tengku Khalid. Segera lelaki yang lebih tinggi darinya itu dipandang sambil mendongak, jelas wajahnya terlihat kesal sekarang itu.

Manakala Tengku Khalid sekadar beriak biasa, langsung tidak peduli Nadirah yang sedang menahan geram terhadapnya.

"Tadi siang panggil saya budak kekurangan gizi lepastu malam ni, panggil saya budak kecik pula. Awak ni memang jealous dengan badan saya ke!" Tengku Khalid berdecit perlahan, tubuh genit isterinya dipandang atas sampai ke bawah.

"Aku nak jealous dengan budak kekurangan zat macam kau ni? Lambat lagi. Nak suruh angkat buku pun entah-entah tak larat." Perli Tengku Khalid lagi membuatkan rasa geram Nadirah semakin bertambah.

Gelas yang sudah kosong diletakkan ke dalam singki. Langkah diatur meninggalkan Nadirah sendiri di dapur, terkedek-kedek dia mengejar langkah suaminya.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now