56

16.2K 1K 79
                                    

TENGKU KHALID sudah gelisah saat Nadirah tiada di sebelahnya tika dia bangkit dari tidur, tanpa menunggu, kaki segera diatur turun dari katil bersaiz king tersebut sebelum t-shirt lengan pendek berwarna putih diambil lalu disarungkan ke tubuh sasanya.

"Sayang." Serunya saat kakinya menapak menuruni tangga, matanya meliar memandang kawasan sekeliling rumah agam tersebut. Sunyi sepi di ruang tamu membuatkan dia yakin isterinya tiada di situ.

"Sayang." Serunya lagi. Kali ini nadanya terdengar sedikit khuatir.


Sudahlah sekarang waktu baru menginjak pukul tiga pagi tetapi isterinya tiada di sisi. Kemana wanita jelita itu pergi? Dia sendiri tidak sedar bila Nadirah memboloskan diri dari pelukan eratnya.

"Sayang."

"Baby, saya dekat dapur ni." Suara lunak yang menyambut membuatkan Tengku Khalid segera menghela nafas lega. Tanpa menunggu, langkah kakinya dipercepatkan menuju ke dapur. Terlihat Nadirah sedang mengoreng sesuatu, di atas kabinet terlihat plastik roti bersama mangkuk aiskrim vanila yang dibelinya semalam.

Segera isterinya dirapati sebelum pinggang ramping Nadirah dipeluk erat dari belakang. Rasa gelisah yang mengulit sekeping hatinya seakan terusir pergi selepas sahaja dia menghidu haruman dari tubuh isterinya. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, dia seakan tidak bisa berpisah dengan Nadirah.

Meskipun hanya berpisah sekejap, jiwanya seakan gelisah dan resah. Malah, dia sanggup menyiapkan kerjanya dari rumah sahaja kebelakangan ini. Hanya pergi ke pejabat jika dia memiliki urusan penting dan mesyuarat yang terpaksa dihadiri.

Awalnya Nadirah sendiri aneh dengan sikap suaminya namun dia lebih seronok jika dapat meluangkan masa bersama suaminya lebih kerap dari sebelumnya.

Bahu Nadirah yang berlapik dengan baju tidur berwarna merah jambu dikucup lembut sebelum dagunya disangkutkan ke bahu wanita itu.

"Sayang.. kenapa tak kejut abang? Sayang tahukan abang gelisah kalau sayang tiba-tiba tiada dari pandangan abang." Ujarnya sedikit merengek, tingkah Nadirah yang sedang memusingkan bebola berwarna keemasan di dalam kuali sekadar diperhatikan.

Nadirah mencarik senyuman kecil. Ayat yang sama meniti di bibir suaminya sejak kebelakangan ini. Entah apa yang dikhuatiri Tengku Khalid, dia pun tidak mengerti.

"Saya tiba-tiba teringin nak makan aiskrim goreng." Sempat wajah suaminya dipandang sekilas sebelum bebola keemasan yang sudah siap diangkat dari kuali. Sempat dia meneguk air liur saat matanya memandang ke arah makanan yang digorengnya sebentar tadi.

"Aiskrim goreng?" Soal Tengku Khalid pelik.

"Baby tak pernah makan ke?" Tengku Khalid menggeleng. Awalnya Nadirah ingin menyoal lebih mengenai suaminya tidak tahu makanan yang barusan sahaja disebutnya namun selepas itu dia teringat, suaminya memiliki sifat yang kurang mengemari makanan manis. Malah, coklat yang merupakan makanan kegemarannya adalah makanan yang paling dibenci oleh Tengku Khalid.

Nadirah segera membalikkan badan ke arah suaminya. Pinggan ditunjukkan ke hadapan Tengku Khalid.

"Baby kena rasa, sedap tau." Pelawa Nadirah. Lama Tengku Khalid merenung pinggan tersebut sebelum dia menggeleng menolak.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now