62

21.4K 877 40
                                    

TENGKU KHALID yang baru sahaja selesai menghantar kepemergian kedua-dua ibu bapa serta mertuanya pulang terhenti langkahnya saat melihat wajah ceria isteri sebentar tadi sudah berubah. Diganti dengan wajah sugul, tubir matanya juga terlihat ada cecair hangat yang sedang menumpuk.

Tengku Khalid tahu isterinya hanya berpura-pura kuat di hadapan keluarga mereka. Jauh di sudut hati, Nadirah masih mengenang pemergian anak sulung mereka.

Segera kaki diatur mendekati sang isteri yang masih jauh termenung lalu telapak tangan Nadirah diangkat dengan berhati-hati sebelum kucupan hangat dilabuhkan pada kekura tangan Nadirah. Wanita itu yang tersentak dengan perbuatan suaminya segera mencarik senyuman tipis. Air matanya laju sahaja dikesat.

"Abang ni... terkejut saya," suaranya dipaksa ceria seakan tiada apa-apa masalah. Jari-jemari Tengku Khalid naik mengelus wajah jelita Nadirah. Bibir merah jambu itu masih terlihat pucat.

"Sayang fikirkan apa? Jauh sangat termenung tu." Soal Tengku Khalid, Nadirah menggeleng bersama senyuman. Sentuhan Tengku Khalid di wajahnya dibalas kembali.

"Saya bosan duduk hospital. Nak balik, bila saya boleh balik abang?" Topik diubah. Tengku Khalid yang mengerti sekadar akur. Hidung Nadirah dicuit manja.

"Sayang masih perlukan pemantauan dari doktor jadi sayang masih kena stay hospital untuk beberapa hari ni. Bila sayang dah sihat, abang janji... first thing kita buat adalah balik rumah." Nadirah tertawa perlahan, kepala dianggukan setuju. Dia benar-benar rindukan rumahnya.

Tengku Khalid menghela nafas lega saat sang isteri tertawa meski dia tahu masih berbaki rasa sedih isterinya.

"Umi ada bawa bubur untuk sayang. Bubur ayam, bau dia sedap sangat. Sayang nak rasa tak?" Mangkuk tingkat pemberian ibu mertuanya tadi diambil lalu ditunjukkan ke hadapan Nadirah. Laju sahaja Nadirah mengangguk. Meskipun hubungannya dia dengan Puan Aisyah tidak terlalu mesra namun dia sering kali merindukan masakan wanita itu.

"Kalau sayang nak... abang suapkan."

Segera tangannya membuka mangkuk tingkat tersebut. Saat tingkat pertama diambil, bau harum bubur mulai memenuhi ruangan tersebut. Membuatkan perut-perut yang ada terasa berkeroncong meminta diisi.

"Sedapnya bau,"

Nadirah menjatuhkan kepalanya berulang kali bersetuju dengan ucapan sang suami.

"Okay bersedia, abang nak suap. Prajurit kena buka mulut cepat," usik Tengku Khalid yang membuatkan Nadirah tertawa sekali lagi. Namun, mulutnya tetap dibuka. Akur pada arahan Tengku Khalid.

"Chu chu chu kereta api nak datang~" Sudu yang sudah ada bubur bersama sedikit isi ayam segera dilayangkan ke udara sebelum disuap ke dalam mulut isterinya dengan selamat.

"Yeay selamat sampai ke destinasi."

"Abang ni." Sekali lagi, dia terhibur dengan jenaka suaminya. Mungkin nampak seakan tidak lawak namun kerana dirinya yang sedang memerlukan penghibur tika ini punca utama dia jadi mudah terhibur.

"Cepat-cepat kereta api ni nak datang dah."

"Destinasi seterusnya mulut puan Nadirah Husna." Intonasi suaranya dibuat seakan-akan suara kru kereta api yang sedang membuatkan pengumuman untuk destinasi seterusnya. Lengan suaminya dipukul manja, lelaki itu sekadar menayang sengihan. Dia sanggup menahan dipukul asalkan tiada lagi wajah sugul terlakar di wajah jelita itu. Isterinya layak menerima perkara yang membahagiakan sahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now