3

22.6K 1K 18
                                    

NADIRAH merapati mak Jah sebelum dipeluk lengan wanita yang sudah separuh baya itu. Melatah kecil dia dibuatnya, Nadirah tertawa kecil. Kepalanya dilabuhkan di bahu Mak Jah lembut.

"Mak Jah masak apa? Fokusnya sampai Nad panggil tak sedar." Selorohnya, wanita tua itu menggeleng perlahan melihat perangai Nadirah. Suka sangat mengejutkan dirinya. Sempat hidung mancung Nadirah dicuit lembut.

"Mak Jah buatkan ayam goreng buat Nad, Nad kata haritu teringin ayam goreng Mak Jah. Nad baru balik dari berjumpa dengan Elliana dengan Syaqira ke?" Soal Mak Jah, sudip diangkat lalu dikacau ayam yang sedang goreng.

Nadirah tersenyum senang mendengar kata-kata Mak jah.

"Terima kasih Mak Jah! Sayang Mak Jah. Nad memang baru balik dari jumpa Elly dan Syaq. Mak Jah.. Jangan panggil nama penuh Elly, nanti kalau dia dengar ni, bising tau mulut dia.." bisik Nadirah gurau, Mak Jah sekadar menggeleng perlahan. Ada sahaja anak-anak muda zaman sekarang ini. Elok sudah sedap namanya, ditukar-tukar. Apa boleh buat zaman sudah semakin moden. Sempat hati tuanya berbisik sendiri.

"Nad.. Mak Jah nak tanya sedikit," wanita separuh itu bersuara saat kedua mereka beriringan menuju ke meja makan. Nadirah segera memberi perhatian kepada pembantu kesayangannya.

"Nak tanya apa Mak Jah? Hah ni mesti nak tanya pasal Pak Said kan.." segera lengannya dipukul lembut. Nadirah tertawa kecil, bahu Mak Jah segera didapatkan kembali.

"Alolo Mak Jah jangan marah, Nad gurau je. Mak Jah kesayangan Nad ni nak tanya apa?" Mak Jah tersenyum kecil, disuruh gadis yang sudah dia anggap seperti anaknya sendiri itu duduk melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan.

"Mak Jah tengok Nad macam cuba mengelak abah je beberapa hari ini." Kata-kata Mak Jah membuatkan senyuman mekar Nadirah perlahan memudar, dia bukan sengaja hendak mengelak dari abahnya tetapi dia sedang memerlukan masa untuk membuat keputusan yang tepat. Dia tidak mahu menyesal di kemudian hari.

"Mak Jah tahu pasal pinangan tu, Mak Jah nak Nad tahu yang abah buat semua tu demi kebaikan Nad sendiri walaupun Nad rasa macam semuanya terlalu cepat, lagipula Mak Jah tengok keluarga lelaki itu macam keluarga orang yang baik-baik. Kalau Nad minta pendapat Mak Jah, Mak Jah boleh katakan pilihan abah untuk kahwinkan Nad dengan lelaki itu tepat." Nadirah terdiam, nasihat dan pendapat Mak Jah cuba dihadam dengan baik.

"Tapi Mak Jah... Nad sebenarnya bukan apa tapi Nad tak bersedia lagi berkahwin. Di tambah pula, Nad tak kenal dengan Tengku Khalid tu. Kenal tidak, cinta? Lagilah tidak. Macam mana kami nak hidup sebagai pasangan suami isteri tanpa mengenal hati budi masing-masing." Luahnya apa yang dipendam selama ini. Mak Jah segera mencapai tangan Nadirah lalu digenggam erat.

"Macam mana cinta nak berputik kalau Nad taknak cuba untuk menerima kehadiran Tengku Khalid tu? Bukan ke pepatah melayu ada mengatakan tak kenal maka tak cinta." Lembut sahaja nada Mak Jah membalas.

"Mak Jah bukan siapa-siapa dalam hidup Nad, Mak Jah cuma seorang pembantu rumah bagi Nad. Tapi Mak Jah kenal dengan arwah ibu Nad. Puan Naomi pasti bersetuju dengan keputusan abah hari ini untuk kahwinkan Nad dengan Tengku Khalid. Percayalah cakap Mak Jah." Tambah Mak Jah lagi membuatkan Nadirah terdiam. Setiap bait kata Mak Jah dicerna dengan baik.

Segera senyuman dicarik tipis.

"In Sya Allah Nad akan fikirkan dengan baik keputusan Nad. Terima kasih Mak Jah sebab sudi mendengar luahan dan memberi nasihat kepada Nad. Lagi satu, berapa kali Nad nak pesan pada Mak Jah. Jangan gelar diri Mak Jah sebagai pembantu bagi Nad. Nad tak suka tau, Mak Jah ibarat ibu kedua bagi Nad setelah arwah ibu pergi." Bahu Mak Jah dipeluk mesra, Mak Jah tersenyum pendek. Pelukan Nadirah dibalas kembali.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now