21

16.3K 951 32
                                    

AWAL pagi mereka hanya kedengaran bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan kaca, Nadirah dengan dunia sendiri. Fokus menikmati pancake buatan pembantu rumahnya manakala Tengku Khalid sekadar menyisip kopi hangat sambil membaca surat khabar online.

Notifikasi telefon Nadirah berbunyi membuatkan kedua-dua mereka terhenti dari fokus masing-masing. Nadirah pantas mengangkat telefon pintar yang diletak ke atas meja sebelum pesanan yang dihantar dari Elliana di dalam grup chat dibuka lalu dibaca. Tengku Khalid sekadar memerhatikan tindak tanduk isterinya yang terlihat sedang tersenyum kecil.

Pantas dia berdehem kecil menarik minat sang isteri.

"Awak cuba tengok ni." Gambar Elliana yang sedang tersengih bersama coklat Nutella di gigi ditunjukkan ke arah Tengku Khalid sambil dia tertawa lucu. Terhibur dengan swafoto yang diberikan oleh Elliana.

Tengku Khalid berkerut kecil. Hanya sekadar gambar seperti itu sudah membuatkan isterinya terhibur?

"Lawak kan? Elly suka tangkap gambar buruk-buruk lepas itu hantar dalam grup." Ceritanya bersama tawa halus. Jarinya masih laju menari di atas papan kekunci membalas semula pesanan Elliana serta Syaqira.

Tengku Khalid menggeleng kecil.

"Perempuan memang suka benda tak berfaedah eh?" Soalnya, roti Gardenia yang sudah dibakar serta bersapu dengan mentega diambil lalu digigit sambil memandang wajah isterinya lama.

Nadirah memuncungkan bibir. Tengku Khalid suka mempertikaikan perkara yang selalu dilakukan dengan sahabat-sahabatnya. Apa lelaki itu tidak mempunyai kawan-kawan rapat untuk melakukan perkara-perkara di luar akal? Bercerita tentang kawan-kawan, Tengku Khalid tidak pernah menceritakan perihal kawan-kawan yang rapat dengan lelaki itu. Cuma dia pernah melihat Tengku Khalid berbual dengan beberapa orang lelaki ketika majlis nikah mereka tiga bulan yang lalu.

"Siapa cakap tak berfaedah? Berfaedah lah awak sebab nanti kalau waktu nak sambut birthday dia, boleh post muka buruk dia dekat media sosial." Bidas Nadirah, pancake yang sudah siap dipotong diangkat lalu disumbat ke dalam mulut. Wajah tidak beriak milik suaminya dipandang tidak puas hati.

"Tak berfaedah," Tengku Khalid masih tegak dengan pendiriannya.

"Eee berfaedah!" Begitu juga dengan Nadirah, lama dia merenung wajah suaminya sebelum Tengku Khalid bangkit. Kain napkin digunakan untuk mengelap sisa yang terasa melekat di bibirnya sebelum tangannya dihulurkan ke hadapan Nadirah. Gadis itu sekadar menyambut baik lalu disalam tangan itu penuh hormat.

"Dua hari aku tiada dekat rumah sebab aku ada urusan dekat Johor. Jadi, kalau kau nak apa-apa barangan dekat Johor. Chat sahaja aku, nanti aku belikan." Tengku Khalid bersuara, sempat tali leher yang menjerut lehernya dibetulkan. Wajah isterinya kembali dipandang. Terlihat gadis itu seakan berkira-kira hendak bersuara.

"Kenapa Husna?" Soalnya serius.

"Uhmm.."

"Cakap lah," briefcase yang dihulurkan Rose segera diambil lalu fokusnya kembali dibuang kepada Nadirah yang sedang mengigit bibir bawahnya pelan.

"Boleh tak kalau esok saya nak keluar? Nak jumpa dengan Elly dengan Syaq." Pintanya perlahan, wajah suaminya dipandang penuh berharap bahawa lelaki itu akan mengizinkannya.

Lama Tengku Khalid menyepikan diri.

"Boleh tapi dengan syarat kau tak boleh pulang lewat. Sebelum pukul tujuh, kau dah kena balik. Lagi satu, Azman akan hantar dan jemput kau balik." Tegas Tengku Khalid memberi syarat, Nadirah mengangguk senang. Senyuman lebar terhias di wajah jelita tersebut.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now