61

20.6K 964 26
                                    

ALUNAN surah Yassin yang disedang dibaca merdu terganggu saat terasa bahunya disentuh. Pantas Tengku Khalid mengangkat wajahnya, bibir merah delima yang terlihat pucat itu pantas mencarik senyuman saat mengenali insan tersebut.

"Mama..." pantas tangan Tengku Farina disalam dengan penuh hormat seusai buku Yassin yang dipegang diletak ke atas meja di sisi katil isterinya.

"Mama ada bawakan lauk untuk kamu. Papa cakap sejak kebelakangan ni kamu jarang sangat makan, bila makan selalu tak habis. Kalau nak bersedih sangat pun, fikir dulu tentang kesihatan diri sendiri." Mangkuk tingkat di tangannya dihulurkan ke hadapan Tengku Khalid. Keadaan Tengku Khalid selama seminggu ini membuatnya hati ibunya risau.

Jelas nampak tubuh badan lelaki itu mengalami penyusutan yang ketara.

"Terima kasih mama. Khalid okay je cuma Khalid tak berapa selera. Selagi Husna tak buka mata selagi itu Khalid rasa tak berselera nak makan." Mangkuk tingkat diletakkan bersebelahan dengan thermos berisi air panas yang diberikan ayah mertuanya semalam.

"Khalid dah check ke cctv masa hari kejadian? Macam mana dengan laporan polis?" Soal Tengku Farina. Meskipun sebenarnya jauh di sudut hati, dia tidak ingin bertanyakan hal itu namun wanita itu tetap pernah mengandungkan cucunya.

"Sudah. Tapi masa hari kejadian, pekerja Khalid laporkan ada masalah dengan cctv. Jadi, langsung tiada rakaman yang terakam. Mengenai pihak polis pula, diorang kata kes masih di dalam siasatan memandangkan tiada bukti yang kuat." Suara garau itu terdengar sayu. Wajah yang selalu terlihat bahagia itu kembali keruh. Sama seperti anak lelaki yang dia kenali dahulu.

Tengku Farina pantas menepuk bahu anaknya lembut.

"Sudahlah jangan difikirkan. Serahkan sahaja pada Allah SWT." Pujuk Tengku Farina lembut. Hatinya benar-benar risau dengan keadaan anak lelakinya itu. Dia takut sekiranya emosi Tengku Khalid terganggu jika tidak diperhatikan tetapi dia bersyukur kerana selama seminggu ini, Tengku Khalid tidak menunjukkan sebarang sifat yang negatif. Hanya sahaja lelaki itu mengalami perubahan dari segi sikap dan seleranya sahaja.

"Mama nak kena pergi dulu ni. Dania ajak mama pergi ke rumah dia," Tengku Khalid sekadar mengangguk.

"Mama hati-hati di jalan raya."

"Iya. Khalid makan jangan tak makan pula." Sekali lagi tangan yang sudah terlihat kedut halus itu disalam penuh hormat sebelum batang tubuh yang terlihat masih anggun itu dihantar pergi dengan sorotan mata.

Saat diyakini Tengku Farina sudah pergi, Tengku Khalid segera mengangkat tangan sang isteri yang bercucuk dengan infus penuh berhati-hati sebelum dikucup sekilas tangan tersebut. Saban hari, bibir dan hatinya tidak berhenti mendoakan agar Nadirah bangkit dari koma. Hatinya benar-benar meruntun melihat keadaan sang isteri begini.

Sehinggakan di saat sujud, dia memohon agar yang Maha Esa mengantikan tempat Nadirah dengan dirinya. Biarlah dia yang menanggung semua perit yang sedang dialami Nadirah. Dia sanggup. Dia sanggup menerimanya asalkan Nadirah tidak terluka sedikit pun.

"Abang rindukan sayang. Abang rindukan tawa sayang. Abang rindukan gurauan sayang. Abang rindukan harum wangian sayang. Abang rindukan sentuhan sayang. Abang rindukan cinta dan kasih dari sayang. Abang rindukan cinta hati abang. Bahkan kata rindu tidak mampu nak mengungkap rasa rindu yang menggunung terhadap sayang sekarang ini. Sayang... abang mohon, bangunlah untuk abang sayang." Begitu sayu nadanya tika ini. Jelas terlihat air matanya yang mengenai sedikit kulit sang isteri.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now