30

18K 1K 19
                                    

AZMAN sudah mengaru kening tatkala Nadirah berkeras hendak menguruskan pakaian buat majikannya meskipun sudah berulang kali ditegah.

"Tapi kalau tuan marah macam mana puan?" Soal Azman kesekian kali. Nadirah yang sedang memeriksa kemeja suaminya dipandang. Nadirah mencarik senyuman kecil.

"Takpe Azman. Saya boleh uruskan tentang tu." Azman mengeluh perlahan.

"Kalau macam itu, saya nak naik atas dulu. Nanti awak boleh suruhkan siapa-siapa untuk hantarkan iron dengan board dekat saya. Letak sahaja depan pintu bilik." Pesan Nadirah sebelum menapaki tangga bersama beberapa helai kemeja milik Tengku Khalid yang kelihatan berkedut.

"Baik puan."

Hendak atau tidak, Azman akur juga. Segera kelibat Susan dicari memandangkan wanita itu yang selalu menguruskan berkenaan barangan elektronik di rumah agam tersebut.

SYAQIRA mengetap bibir kuat memandang ke arah seorang lelaki tua yang sedang tertidur pulas di hadapan rumah sewanya bersama botol arak di tangan. Lama dia merenung sekujur tubuh yang masih lena itu sebelum kaki lelaki itu disepak.

"Bangun!" Suaranya sedikit keras namun langsung tidak membangunkan lelaki tua tersebut. Syaqira berdecit kesal. Dia pasti tujuan lelaki itu datang ke rumah sewanya ini kerana duit. Sudah menjadi tabiat lelaki itu memintanya duit setiap kali duitnya habis dibelikan arak.

"Bangun! Berambus dari rumah aku." Motor EX5 ditongkat kakinya sebelum besen berisi air hujan yang ditakung semalam kerana atapnya bocor diangkat lalu dicurahkan ke wajah lelaki tua tersebut. Tercungap-cungap lelaki itu bangkit dari tidur, wajahnya segera diraup kasar. Matanya kelihatan merenung Syaqira tajam.

Botol kaca yang dipegangnya dicampak sehingga bunyi pecah kedengaran.

"Aku datang sini bukan nak merempat rumah engkau. Aku datang sini nak minta duit! Bulan ni kau tak bagi aku lagi." Syaqira yang sedang membuka pintu pagar rumahnya termati perbuatan tatkala mendengar kata-kata ayahnya.

Bibir ranum berwarna merah delima itu mencarik senyuman sinis.

"Bukan merempat rumah aku? Habistu kau tengah buat apa ni? Berambuslah! Aku bukan anak kau lagi nak tanggung kehidupan kau." Halau Syaqira, lelaki separuh baya itu bangkit lalu anak perempuannya didekati sebelum rambut perang Syaqira direntap kuat.

"Bukan anak aku? Memang anak derhaka! Susah penat aku jaga kau dari kecil, ini balasan kau? Sepatutnya waktu mak kau lahirkan kau dulu, kau ni aku bunuh. Menyusahkan!" Herdiknya, rambut anaknya masih ditarik kuat sehingga terasa seakan hendak tercabut dari akarnya. Syaqira pantas memberontak dan melepaskan genggaman lelaki separuh baya itu di rambut perangnya.

"Memang sepatutnya kau bunuh aku dulu! Takde seksa hidup aku dapat ayah macam kau! Kau cakap aku menyusahkan hidup kau? Kau pula? Siang malam cuma arak je kau tahu! Arwah emak aku mati pun sebab kau! Kau jantan sial yang sepatutnya mati." Tengkingnya kembali. Tidak dipedulikan lagi dosanya kerana berbicara kasar sebegitu kepada ayah kandungnya sendiri.

Hidupnya sudah cukup terseksa.

Dari dulu lagi, dia bekerja kerana harus menanggung ketagihan ayahnya terhadap alkohol. Setiap hari dia berpulun kerja demi mendapatkan wang untuk ayahnya agar tidak dipukul. Jika tidak, tubuh badannya akan menjadi mangsa lelaki separuh baya itu.

Serik. Muak. Benci.

Tiada lagi kata-kata dapat menjelaskan perasaan Syaqira terhadap lelaki separuh baya tersebut. Kalau boleh, dia tidak mahu mengaku lelaki itu sebagai ayahnya.

"Dasar anak tak kenang jasa!" Baru sahaja tamparan hendak diangkat, muncul jiran sebelah. Syaqira didapatkan lalu bahu gadis itu dipeluk.

"Sudah-sudahlah Hashim kau menganggu anak kau ni! Qira ni tiada duit lagi nak beri pada kau. Pergilah!" Ujar Puan Soraya, memandangkan dia kenal dengan Syaqira. Jadi, dia serba-serbi kehidupan gadis itu dia ketahui. Sejak Syaqira berpindah di rumah sewa di sebelahnya, sudah beberapa kali dia menyaksikan gadis itu dipukul oleh bapa kandungnya sendiri.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now