12

16.6K 880 13
                                    

MUNCUL sahaja kereta Range Rover milik suaminya, Nadirah pantas melabuhkan punggung di tempat duduk bersebelahan dengan suaminya. Wajah tampan Tengku Khalid dipandang sekilas. Seperti biasa, tiada langsung senyuman manis terlakar di wajah dingin tersebut. Selama mereka kenal belum pernah sekalipun Nadirah melihat Tengku Khalid tersenyum.

Radio yang sedang rancak bercoleteh yang memenuhi ruang sepi di antara mereka. Tengku Khalid dan Nadirah sama-sama di dunia masing-masing.

"Seronok dapat berjumpa dengan kawan-kawan kau?" Soal Tengku Khalid selepas lama mendiamkan diri. Fokusnya masih pada pemanduan, sekali-sekala wajah Nadirah dikerling sekilas.

"Seronok. Lama tak jumpa diorang." Balas Nadirah bersama senyuman tipis. Tengku Khalid tidak membalas sebalik berdehem kecil.

"Bual tentang apa je?" Soal lagi.

"Uhmm tentang kehidupan masing-masing je." Balasan Nadirah membuatkan Tengku Khalid berdecit perlahan. Pantas wajah tanpa riak suaminya dipandang.

"Bosan." Ucapnya sepatah namun membuatkan Nadirah membulatkan mata.

"Bosan awak cakap?" Soalnya tidak puas hati.

"Iya. Aku cakap bosan. Kenapa? Kau marah ke kalau aku cakap apa yang kau lakukan sepanjang hari dengan kawan-kawan kau tu membosankan?" Nadirah segera berpeluk tubuh. Rasa kesalnya untuk Tengku Khalid muncul semula. Sekali sahaja dia ingin merasakan aman tanpa dikutuk oleh Tengku Khalid tetapi perangai Tengku Khalid sukar diduga.

"Mana ada bosan! Normal lah perempuan berjumpa lepastu cerita tentang kehidupan masing-masing, dengar luahan masing-masing atau berkongsi gosip. Awak tu lelaki Tengku Khalid.. memang lah awak anggap semua ni bosan." Bidasnya geram. Wajah tenang suaminya dipandang tepat.

"Jadi, tadi kau ada berkongsi ke kehidupan kau sebagai isteri kepada aku?" Soalan drastik dari Tengku Khalid membuatkan lidah Nadirah terkedu. Nadirah pantas menurunkan tangannya yang sedang berpeluk tubuh, air liur yang ditelan terasa seakan berpasir.

Tengku Khalid pantas memandang wajah gusar isterinya. Dia sedar dengan perubahan isterinya, Nadirah terlihat seakan-akan cuak.

"Kenapa diam? Tadi cakap aku tak faham. Cuba cerita balik apa kau berbual dengan kawan-kawan kau. Mana tahu aku faham?" Tambah Tengku Khalid. Nadirah segera menggeleng. Pandangan dibuang ke luar tingkap. Tidak keruan dia saat bertembung pandangan dengan Tengku Khalid.

"Uhmmm s-saya mengantuk lah. Saya nak tidur boleh?" Tanpa menunggu, tubuhnya menyenget sedikit ke tepi. Tengku Khalid yang perasaan Nadirah cuba mengelak menjawab soalannya sekadar mencarik senyuman tipis. Ada sahaja tingkah isterinya seorang ini.

Tengku Khalid sekadar membiarkan sahaja Nadirah yang cuba mengelak daripada menjawab persoalannya. Sebenarnya dia suka setiap kali Nadirah kalah berlawan mulut dengannya dan setiap kali itu, wajah gadis itu akan terlihat kesal dengan dirinya.

Kereta segera dipandu menuju rumah banglo miliknya di saat terdengar dengkuran halus dari sang isteri. Kepalanya diggeleng perlahan. Mudah sungguh Nadirah terlelap di dalam kereta padahal baru sebentar tadi gadis menyandarkan kepalanya di tempat duduk kulit tersebut.

Dibiarkan sahaja Nadirah tidur di sisinya sambil fokusnya dibuang ke arah jalan raya.

PESANAN dihantar kepada sang isteri mengatakan dia akan pulang lewat. Semuanya kerana Tengku Farina memintanya singgah ke rumah agam keluarganya memandangkan wanita itu bilang sudah lama tidak melihatnya.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now