51

15.1K 904 98
                                    

[FLASHBACK]

Tahun 2015,

SATU kotak air bunga yang dihulurkan ke hadapannya membuatkan gadis itu mencarik senyuman lebar sehingga melupakan fokusnya pada buku diari yang sedang sibuk dituliskan sesuatu lalu diletakkan buku diari tersebut ke sisinya. Namun, saat pandangan mereka bersatu, Nadirah terkejut.

Jantung yang awal berdegup biasa seketika berubah rentak. Kedua belah pipinya rasa memanas, sarafnya bagai kaku untuk memberikan tindak balas. Hasilnya gadis itu sekadar merenung huluran tersebut.

"Kau Nadirah Husna kan? Kawan kau minta aku hulurkan sebab ayah dia dah sampai." Tatkala suara itu memasuki telinganya, Nadirah pantas mengangguk kecil lalu menyambut huluran air kotak tersebut. Segera wajahnya yang berona menahan malu dipalingkan dari memandang ke arah jejaka tampan itu.

Apa nasibnya terserempak dengan crush?

Sempat dia kutuk kawannya yang sengaja memberikan minuman yang disuruhnya untuk beli kepada lelaki yang dipujanya dalam diam.

Suanasa sepi di antara mereka, hanya bunyi kereta yang lalu-lalang sahaja kedengaran. Langit sudah terlihat berwarna jingga menandakan hari sudah senja namun kelibat kereta Saga milik abahnya masih tidak muncul.

Nadirah mengetap bibir, air kotak yang masih terasa dingin dipandang. Sekali-sekala lelaki yang sedang mengambil tempat di sebelahnya dipandang mengunakan mata ekor.

"Ayah kau masih tak sampai?" Tubuhnya sedikit terhinjut saat lelaki itu kembali bersuara.

"Belum tapi selalunya abah dalam perjalanan." Lelaki itu sekadar mengangguk kecil sambil berpeluk tubuh, matanya memandang ke arah Nadirah sekilas namun cepat-cepat gadis itu memusingkan kepalanya seakan takut hendak menatapnya.

"Kenapa? Kau tak selesa ke aku duduk sebelah kau?" Nadirah menggeleng menafikan tatkala lelaki itu sudah berura-ura hendak bangkit untuk ke tempat duduk jauh sedikit darinya.

"T-tak, awak boleh duduk je dekat sini." Perlahan sahaja Nadirah bersuara, Tuhan sahaja tahu bagaimana malunya dia tika ini kerana dapat berbual dengan lelaki itu. Sudahlah selama ini, Nadirah hanya meminati lelaki itu dari jauh sahaja kerana dia sedar perbezaan yang di antara mereka. Lelaki itu datang dari keluarga berada manakala dia cuma gadis biasa dari keluarga biasa.

Nadirah diam-diam menyukai lelaki itu sejak pertama kali melihat lelaki itu mengambil anugerah cemerlang di atas pentas. Awalnya, dia sekadar menjadikan lelaki itu sebagai model untuk membakar semangatnya untuk belajar dan menjadi pelajar contoh seperti lelaki itu. Namun, lama-kelamaan hatinya menjadi tertarik kerana kepribadian yang dimiliki lelaki itu.

Sudahlah rupawan, berkebolehan, pelajar contoh malah berjaya dari segi akademik dan kokurikulum.

"Sementara papa aku belum sampai, aku teman kau di sini sampai abah kau sampai." Mendengar ucapan lelaki itu, perut Nadirah terasa berbunga-bunga. Semakin berona merah kedua belah pipinya, rasa senang cuba dikawal sebaik mungkin.

"Tak susahkan awak ke?"

"Tak, papa aku pun dalam perjalanan sekarang ni."

"Oh, kalau macam itu terima kasih."

Suasana menjadi sunyi sepi semula.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now