32

16.8K 1K 33
                                    

SETELAH menunggu hampir sejam kek yang dibakar siap. Tengku Khalid sekadar memerhatikan wajah teruja isterinya yang sedang memotong kek supaya sama tinggi sebelum Nadirah begitu lincah menyapu cream frosting cheese cream di setiap satu permukaan kek yang sudah siap dipotong kepada beberapa bahagian.

Dalam diam, Tengku Khalid memuji kepakaran Nadirah dalam membuat kek. Dia tidak sangka Nadirah memiliki bakat terpendam di dalam diri gadis tersebut.

"Awak─" lamunannya terjeda tatkala suara teruja Nadirah memasuki gegendang telinganya.

Satu pinggan berisi kek yang sudah dipotong menjadi bentuk segi tiga diletakkan di hadapan Tengku Khalid.

"Cuba rasa, sedap tak?" Sudu digapai lalu diambil sedikit kek red velvet buatan Nadirah. Lama dia mendiamkan diri sebelum terangguk-angguk kecil. Sedap, harus dikatakan walaupun dia bukanlah pengemar benda manis tetapi kek ini benar-benar lazat.

Nadirah sudah mencarik senyuman lebar tatkala suaminya menyukai kek tersebut.

Baru sahaja dia hendak memotong kek lain buat dirinya, Tengku Khalid menyuakan sudu yang terdapat kek ke hadapannya. Dia terkedu dengan tindakan Tengku Khalid.

"Makanlah, aku suap." Kata-kata Tengku Khalid membuatkan dia merasakan seakan-akan rama-rama berterbangan di dalam perut. Lambat-lambat kek huluran Tengku Khalid disambut, wajahnya sudah semerah tomato.

"Nak lagi?" Laju Nadirah mengangguk. Tengku Khalid terus menyuap Nadirah sehingga gadis itu kekenyangan. Separuh dari kek sahaja sudah selamat memasuki kedua perut mereka, Tengku Khalid lebih banyak menikmati kek tersebut berbanding dari sang isteri. Disebabkan itu, Nadirah tidak mampu menahan rasa gembiranya.

Baru sahaja dia hendak bersuara, deringan telefon Tengku Khalid yang menjerit-jerit meminta diangkat membuatkan Nadirah mematikan niatnya. Tengku Khalid pantas mengapai telefonnya selepas sahaja meletakkan sudu yang dipegang.

"Hello─"

Nadirah sekadar memperhatikan tindak-tanduk Tengku Khalid.

"I dekat rumah, I cuti hari ini. Hari ni ahad kan?" Mesra sungguh nada Tengku Khalid membuatkan Nadirah sedikit memuncungkan bibirnya. Selama bersama, Tengku Khalid tidak pernah lagi semesra ini dengannya.

"I tak lupa Hana tentang hari jumaat ni. Iya, I tak lupa. Jangan risau," terhenti perbuatan Nadirah hendak mengambil segelas air sejuk tatkala sebaris nama tersebut meluncur dari bibir suaminya. Bibir diketap, muncul perasaan cemburu kerana suaminya sedang berbual dengan Tengku Hana.

Jumaat? Kenapa dengan hari jumaat? Pelbagai persoalan negatif muncul di dalam fikiran Nadirah membuatkan dirinya tidak senang duduk.

"Jap, I share failnya. You tengok," Tengku Khalid bangkit membuatkan Nadirah berpura-pura menikmati kek yang masih tersisa di dalam pinggan.

"Husna, aku nak naik ke bilik kejap. Kek lebih ni kau simpan je kalau kau dah taknak makan." Nadirah sekadar mengangguk akur, riak wajahnya yang sedang berubah cuba dikawal sedangkan perasaan kecewa sedikit mencengkam hatinya.

"Iya, I buat kek dengan Husna. Nak sikit? Jangan harap Hana. Ha ha ha," tawa Tengku Khalid yang kedengaran membuatkan hatinya semakin kecewa. Di tambah lagi, perasaan sakit bagai mengulit sekeping hatinya. Kek dipandang tidak berselera, dia sudah tidak seteruja tadi.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now