50

16.9K 934 71
                                    

TENGKU KHALID sekadar mengikut langkah isterinya yang sedang sibuk memilih ayam mentah untuk dimasukkan ke dalam plastik, jari-jemarinya mengetuk pemegang troli yang berada di hadapannya. Sudah hampir 10 minit dia menunggu namun masih tiada tanda wanita jelita itu sudah menjumpai ayam mentah yang mengenai seleranya.

Kerana Nadirah teringin hendak memasak sendiri buat Tengku Khalid, diakurkan sahaja keinginannya. Hasilnya, dia mengambil cuti sehari semata demi menemani Nadirah untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan.

"Sayang lama lagi ke?" Bagai sudah terbiasa menggelar panggilan tersebut terhadap sang isteri membuatkan Tengku Khalid tidak lagi segan silu memanggilnya sayang.

Nadirah pantas membalik memandang wajah Tengku Khalid yang terlihat bosan.

"Sabar sekejap je husband. Saya masih fikir ayam mana yang lagi elok, ini ke ini," dua ekor ayam yang hampir sama saiz ditunjuk, wajahnya jelas terlihat runsing hendak memilih di antara dua ayam mentah tersebut.

Tengku Khalid segera merapati isterinya. Lama dia merenung dua ekor ayam tersebut sebelum tangannya menunjuk ayam mentah di bahagian kanan.

"Ayam ini lagi nampak elok dekat aku." Nadirah sekadar akur dengan pilihan sang suami, tanpa membuang masa segera ayan diangkat lalu dimasukkan ke dalam plastik.

"Kan senang. Kalau dari tadi kau tanya pendapat aku, tiadanya kita duduk dekat bahagian ni sampai 10 minit." Tengku Khalid bersuara membuatkan Nadirah sekadar mencarik senyuman kecil.

Langkah Nadirah yang hendak menapak pergi segera ditahan.

"Orang ramai beratur tu, biar aku sahaja aku beratur. Kau pergilah cari barang-barang lain dulu," putus Tengku Khalid. Plastik di tangan Nadirah digapai, wanita itu sekadar mengangguk akur.

"Troli tinggal sahaja di situ, nanti aku datang cari kau." Tambah Tengku Khalid lagi.

"Terima kasih husband," pergi sahaja suaminya, Nadirah menapak menuju bahagian tenusu memandangkan tiba-tiba sahaja dia teringin hendak minum susu berperisa strawberi.

Ralit tangannya memilih di antara satu jenama susu yang beratur kemas di dalam peti ais tersebut. Tatkala tangannya hendak mengapai kotak susu yang menarik minatnya, muncul satu tangan kekar yang turut ingin mengambil kotak susu yang sama.

"Oh maaf, encik boleh ambil itu." Nadirah bersuara mengalah memandangkan stok susu itu masih banyak. Dia bisa sahaja mengambil susu yang di bahagian belakang.

Tatkala mereka bertentangan mata, Nadirah tersentak seketika.

"Tak sangka terjumpa sister in law dekat sini," lelaki itu segera menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya lalu tersenyum sinis.

Nadirah sekadar tersenyum canggung.

"Farid, tak sangka jumpa Farid di sini." Sempat dia mengerling ke arah Tengku Khalid namun lelaki itu masih beratur di barisan panjang.

Keluhan dihela perlahan.

Tengku Farid merapatkan kedudukan mereka sebelum merenung dalam wajah Nadirah. Lama dia memerhatikan wajah jelita itu sehingga wanita itu merasa tidak selesa, Nadirah pantas melangkah ke belakang sehingga jarak mereka berbeza beberapa inci.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now