15

16.1K 864 17
                                    

JAM yang dikunci menjerit meminta dimatikan menyedarkan lena Nadirah, segera dia bangkit dan mengeluarkan telefonnya lalu dimatikan alarm yang dikunci. Sempat dia meregangkan seluruh urat tubuhnya dengan kelopak mata yang masih tertutup memandangkan itu merupakan tabiat biasa yang dilakukan setiap kali terbangun. Namun di saat fikirannya sudah kembali jernih, dia segera membuka kelopak mata dan melihat kawasan sekeliling. Di manakah dia?

Figura Tengku Khalid yang sedang memeluk tubuh sambil tertidur lena menangkap pandangan matanya. Jadi, mereka sudah tiba di hotel tetapi Tengku Khalid tidak mengejutkannya sebaliknya rela mengangkatnya sehingga ke bilik? Malah lelaki itu lebih rela tidur di atas sofa berbanding berkongsi satu katil dengan dirinya?

Entah mengapa Nadirah dipalu rasa bersalah. Sudah lah Tengku Khalid jauh lebih penat jika hendak dibandingkan lelaki itu dengan dirinya tetapi dia sering kali menyusahkan lelaki itu. Selimut tebal yang menutup tubuhnya dilepaskan lalu kakinya diatur menuju ke Tengku Khalid.

Kelihatan wajah Tengku Khalid yang tertidur pulas membuatkan Nadirah semakin rasa bersalah. Perlahan lengan Tengku Khalid ditepuk sehingga lelaki itu tersedar, pantas Tengku Khalid bangkit lalu duduk. Lama dia mendiamkan diri dek kerana masih mamai.

"Pukul berapa dah? Sorry aku tak sedar." Lehernya sedikit diurut perlahan, mungkin pegal dek kerana tidur di atas sofa.

"Pukul 6 pagi dah. Uhmm saya minta maaf sebab saya banyak menyusahkan awak." Tengku Khalid menghentikan perbuatannya mengurut leher, wajah Nadirah yang terlihat rasa bersalah dipandang.

"Kau memang banyak menyusahkan aku." Balasnya senada. Tulang punggung diangkat lalu Tengku Khalid sempat merenggangkan urat-urat di tubuhnya yang terasa sengal. Keluhan lega dihela.

"Saya minta maaf." Nadirah masih mengutarakan maaf, dia langsung tidak terasa dengan kata-kata Tengku Khalid kerana apa yang lelaki itu katakan adalah perkara benar.

"It's fine. Kau mandi lah dulu sementara aku turun ambil beg kita berdua. Lepas itu kita solat subuh sebelum bergerak ke sungai Inki tu." Nadirah mengigit bibir pelan sebelum dia akur.

Kepergian Tengku Khalid dari bilik hotel membuatkan Nadirah mengeluh perlahan.

Selalunya lelaki itu akan memberinya sesuatu setiap kali Tengku Khalid ingin memohon maaf. Jadi, Nadirah bertekad. Dia akan mencari apa-apa sahaja hadiah yang boleh diberikan kepada Tengku Khalid sebagai tanda minta maaf walaupun dia langsung tidak tahu menahu apa-apa barang kegemaran Tengku Khalid. Meskipun itu merupakan perkara berasaskan makanan.

Kaki diatur menuju ke tandas yang sudah siap lengkap disediakan lalu tudung yang masih melekap di kepalanya ditanggalkan. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia masih boleh terlelap dengan bawal yang masih kemas membalut kepalanya ini. Rambut dilepaskan lalu disagul tinggi serta wajahnya dibasahkan mengunakan air paip.

Sementara menunggu begnya, Nadirah sekadar membasahkan wajahnya bagi menghilangkan rasa kantuk yang tersisa.

KEADAAN di dalam kereta pasangan suami isteri itu sekadar sepi, hanya bunyi radio sahaja yang bercoleteh tanpa henti. Sejak masuk ke dalam kereta, Tengku Khalid sekadar diam. Wajahnya juga tegang, tidak seperti selalu.

Nadirah mengemam bibir perlahan.

Patutkah dia bersuara? Soalnya sendiri.

MRS TENGKU KHALIDWo Geschichten leben. Entdecke jetzt