9

15.6K 921 28
                                    

TENGKU KHALID meletakkan briefcase miliknya di atas sofa, keadaan rumah yang sunyi sepi membuatkan lelaki itu berkerut perlahan. Selalunya Nadirah akan meluangkan masa di depan televisyen setiap kali dia pulang tetapi kali ini bayangan gadis itu langsung tidak kelihatan. Langkah diatur ke dapur, Susan yang sedang menyediakan makan malamnya diseru.

Susan pantas menghulurkan segelas kaca berisi air putih sejuk buat Tengku Khalid memandangkan sudah menjadi tabiat lelaki itu untuk minum air putih sejurus pulang ke rumah.

Gelas bertukar tangan.

"Mana isteri saya?" Soal Tengku Khalid, air putih diteguk sehingga licin.

"Oh puan... puan masih di kebun." Mendengar jawapan Susan membuatkan Tengku Khalid berdecit perlahan. Sudah hampir angka 11 malam tetapi isterinya masih meluangkan waktu di kebun?

"Alright, awak sediakan dua pinggan untuk saya dan wife saya." Susan mengangguk akur. Batang tubuh majikannya yang melangkah ke pintu belakang dihantar dengan sorotan mata, gelas yang sudah kosong diambil lalu diletakkan ke dalam singki. Fokusnya dibuang kembali pada masakan yang sedang mendidih di dalam periuk.

Seusai daun pintu dibuka, figura isterinya yang sedang duduk di hadapan pasu-pasu bunga dipandang. Tubuhnya disandarkan ke pintu sambil tangannya berpeluk tubuh. Dia tidak memanggil Nadirah malah sekadar memerhatikan tingkah laku Nadirah yang sedang fokus dengan pekerjaannya. Sekali-sekala mulut gadis itu bergerak-gerak seakan sedang bercakap dengan tanamannya.

Tengku Khalid menggeleng perlahan.

Macam-macam sungguh perangai isterinya ini.

Manakala Nadirah pula sudah mengukirkan senyuman puas hati, peluh yang sudah merenek di atas dahi dihapuskan menggunakan lengan bajunya. Nadirah bangkit dari duduknya lalu bajunya dikibaskan sedikit bagi membuang sisa kotoran yang melekat sebelum penyiram di sisinya diambil lalu disiram kesemua pasu bunga yang berada di situ.

"Hidup elok-elok tau bunga-bunga sekalian. Kalau korang hidup, arwah mama Khalid pasti gembira. Aku janji hari-hari aku akan siram dan pastikan korang dapat baja secukupnya." Ucapnya sambil menyiram pasu bunga yang terakhir. Keluhan lega dihela, akhirnya tugasnya menanam bunga baharu sudah selesai. Dia tidak sabar untuk melihat hasil benih yang ditanam barusan.

Dua hari lalu dia gunakan untuk mengemas seluruh kawasan kebun. Dia lah yang menembas semak-samun yang memenuhi kawasan tersebut, dia lah yang mencabut akar-akar tanaman lama yang masih ada sisanya, dia juga yang mencuci semula lantai-lantai yang sudah berlumut. Semuanya dilakukan sendirian meskipun beberapa pembantu rumahnya sudah menawarkan bantuan.

Hari ini pula, dia luangkan waktunya seharian untuk menanam benih-benih bunga yang dibelikan Tengku Khalid ke dalam pasu bunga yang sudah dibersihkan.

Saat tubuhnya dibalikkan, Nadirah tersentak melihat figura Tengku Khalid yang sedang memerhatikan dirinya. Dada diurut perlahan, hampir sahaja dia terkena serangan jantung.

Kaki diatur menuju ke stor simpanan barangan kebunnya.

"Awak ni.. kenapa tak panggil? Saya terkejut tau." Ucapnya, sisa-baki peluh segera dihapuskan. Malu berhadapan dengan lelaki itu dengan keadaannya yang sedang selekeh saat itu.

"Aku malas nak ganggu dunia kau." Wajah jelita Nadirah sudah ternoda dengan kesan tanah dipandang. Bibir diketap rapat bagi tidak mencarik senyuman.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now