2

25.9K 1K 20
                                    

NADIRAH menguis-guis lantai marmar putih yang kosong tanpa sebarang corak mengunakan ibu jari kakinya, langit malam dipandang lama sebelum keluhan dilepaskan. Kejadian semalam kembali berulang di fikirannya membuatkan fikirannya kembali buntu.

Angin malam yang mengenai tubuhnya segera membuatkan Nadirah merinding kesejukan. Nadirah pantas berpeluk tubuh, cardigan yang dipakai langsung tidak membantunya kerana sejuk yang dirasakan terasa sehingga tulangnya.

Kehadiran seseorang di sisinya membuatkan Nadirah sedikit beranjak, keadaan menjadi sepi di antara mereka. Wajah Nadirah berubah kelat seperti biasa tiap kali melihat insan yang sedang duduk bersebelahan dengannya. Lama Puan Aisyah mendiamkan diri sebelum mencuba bersuara.

"Husna tak tidur lagi? Umi tengok macam ada masalah je?" Soal Aisyah lembut, wajah kelat anak tirinya ditatap kasih. Meskipun Nadirah tidak melayannya seperti dahulu namun Puan Aisyah redha. Dia memahami perasaan Nadirah yang marah akan dirinya kerana salahnya sendiri.

"Nad tak rasa nak berbual dengan sesiapa sekarang ni makcik, makcik boleh tinggalkan Nad sendiri?" Puan Aisyah segera mencarik senyuman tipis walaupun Puan Aisyah sudah berkahwin lama dengan Encik Nazmi sejak gadis itu berusia 14 dan sekarang sudah berusia 22 tahun tetapi tetap sahaja kehadirannya tidak diterima oleh Nadirah. Kecewa? Iya, Tuhan sahaja tahu perasaan kecewanya.

"Umi risaukan keadaan Husna sebab dekat luar ni sejuk sangat. Nanti kalau Husna demam, umi khuatir." Nadirah segera bangkit, wajah Puan Aisyah yang tertutup disebabkan niqab yang dipakai dipandang lama sebelum keluhan dilepaskan.

"Berapa kali perlu Nad ingatkan makcik supaya berhenti panggil Nad dengan gelaran Husna? Tolong berhenti panggil Nad sebegitu kalau makcik rasa makcik boleh hormat pendirian Nad." Meskipun nadanya tidak kasar namun jelas kedengaran tegasnya di situ.

Puan Aisyah segera bangkit. Tangan anak tirinya digenggam.

"Tapi umi dah terbiasa... tapi kalau Husna tak suka, umi akan usaha ubah." Nadirah segera menarik tangannya yang berada di dalam genggaman ibu tirinya.

"Nadirah.." baru sahaja dia berura-ura hendak pergi, suara Puan Aisyah menghentikan niatnya. Wajah wanita separuh baya tersebut segera dipandang.

"Tentang perkahwinan tu, umi harap Nadirah dapat fikirkan dengan baik keputusannya. Umi nak Nadirah tahu, abah lakukan segala yang terbaik untuk Nadirah sebab Nadirah satu-satunya anak perempuannya." Kata-kata Puan Aisyah membuatkan Nadirah semakin buntu, keluhan dihela perlahan.

"Kalau makcik dah tiada apa-apa nak dicakapkan, Nad minta diri dulu." Tanpa menunggu balasan, kakinya segera diatur pergi. Kepergian anak tirinya dihantar dengan sorotan mata, Puan Aisyah terduduk kembali di atas kerusi.

Langit malam bersama bintang malam dipandang. Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir. Sembilan tahun dia berusaha untuk mengambil hati Nadirah namun Nadirah masih enggan menerima kehadirannya, setiap hari dia sentiasa berdoa semoga Tuhan melembutkan sekeping hati milik anak tirinya.

"Akak Naomi.. maafkan Aisyah kerana masih tidak bisa menjadi ibu yang terbaik buat Husna. Maafkan Aisyah kerana masih tidak dapat menunaikan janji Aisyah pada akak."

KEDUA-DUA mereka segera menjerit kuat, terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh Nadirah. Segera bahu Nadirah dicengkam kuat sehingga gadis itu menepuk tangan Elliana kuat.

"Sakitlah Elly," segera lengannya digosok perlahan selepas dilepaskan oleh Elliana.

"He he sorry, aku terlebih terkejut." Ujar Elliana seraya membantu Nadirah mengosok lengannya yang terasa sakit kerana cengkaman kuat Elliana.

"Kau seriouslah Nad.. ada Tengku nak berkahwin dengan kau?" Soal Syaqira membuka semula topik utama mereka, Nadirah mengeluh perlahan lalu kepalanya dijatuhkan.

MRS TENGKU KHALIDWhere stories live. Discover now