BAB 1

8.4K 157 2
                                    

Alarm Telefon yang berdering di sebelah katil tidurku cepat-cepat ku tutup.Mengganggu sahaja aku nak tidur pagi buta ni.

1 Jam 30 Minit dah berlalu lalu aku pun membuka mata dan melihat telefon.
"8:30?!! Alamak aku dah lambat nak interview!!"

Macam mana aku boleh lupa yang hari ini aku ada interview dekat syarikat besar idaman aku.
Bila dah sedar baru kau ingat.Tadi waktu jam berdering tak ingat pulak kau.

Selepas sahaja mandi aku bergegas menyarung baju kemeja berearna putih dengan seluar slack berwarna coklat nude dan menyempurnakan pakaian aku dengan kot yang juga berwarna coklat nude untuk sesi interview.

Aku menurun tangga dengan lajunya.Nasib baik tak jatuh.Kalau jatuh memang dalam mimpi je lah aku nak dapat kerja dekat situ.

"Aaira sarapan lah dulu." Dhia mempelawaku untuk bersarapan.

"Weh,aku dah lambat nak interview ni."  laju sahaja tangan aku mengambil cawan yang berisi air milo dan meneguk dengan lajunya.

Tanpa membuang masa aku  pun melajukan langkahku untuk ke tempat temu duga tersebut.

Aku mempercepatkan langkah aku masuk ke dalam MRT.Kereta memang aku tak delah.Terpaksalah aku menapak jauh-jauh semata-mata nak pergi sana.

Alamak tinggal lagi 30 minit sempat ke aku sampai ni?  Harap-harap sampailah.Nasib baik perjalan aku nak kesana mengambil masa 15 minit sahaja dengan menaiki MRT.Kalau aku bangun awal tadi mesti takkan jadi macam ni.

Mata aku tak lekang dari memandang jam di pergelangan tangan aku.Terpaksa aku berlari sambil tengok jam supaya aku tidak lambat.

Lampu isyarat telah menunjukkan warna hijau bagi orang yang ingin berjalan kaki.

Baru sahaja aku ingin melintas jalan sebuah kereta mewah Range Rover telah melanggarku dan menyebabkan aku terjatuh seperti nangka busuk di depan kereta besarnya.

"Aduhh kaki aku..sakitnyaa dah lah aku lambat ni." aku memegang kaki aku yang sakit membisa akibat kemalangan yang baru berlaku tadi.

Lelaki tersebut menghonkan keretanya bertubi-tubi sehingga mrmbuatkan ku hilang sabar dengan sikapnya.Belagak sungguh!

Mamat ni memang cari nahas betul dengan aku.Aku terus bangun menuju ke arahnya walaupun sakit yang tak tertahan ni.I have to give this man some lesson!

Aku  mengetuk cermin keretanya dengan kuat.Kalau pecah lagi bagus!

"Hoii mamat gila kau ni tak pandai nak bawa kereta ke? Tak nampak aku tengah jalan? Nasib baik cedera sikit tau!"

"Sorry , did you just blame your own fault at me?" katanya dengan muka yang sombong.Eh,eh belagak sungguh mamat ni.Nasib baik penumbuk aku ni tak melayang dekat muka dia.

"Harap kereta je besar.Kereta mewah tapi kalau otak dekat lutut takde guna.Thanks  to you i'm now late for my interview." kataku sambil menyilangkan tangan.Dia ingat aku ni patung ke apa? Sesuka hati je nak langgar anak dara orang.

"Kau ingat kau sorang je ke yang lambat? Aku ni? Aku ada meeting kejap lagi.Disebabkan perangai clumsy kau aku dah lambat.I had no time to deal with you" Dia membuka cermin mata hitamnya.Not bad juga muka mamat ni.Hensem sungguh! Terkesima aku lihat kehenseman wajah dia.

Lama aku terpesona dengan ketampanan wajahnya tapi perasaan itu aku buang jauh-jauh.Benda itu tak penting apa yang paling penting sekarang ini aku nak marah dia cukup-cukup.

"Oh, really?  Do you think I care? Kau ingat kau sorang je ke lambat aku pun dah lambat lah!! Dah terang-terang lampu tu merah yang pergi jalan juga buat apa?!" balasku tak puas hati.

Aku P.A Si Dingin Itu!Where stories live. Discover now