2. Kembali 🖤

7.1K 390 4
                                    

Nara mencebik. Kecewa bila namanya berada pada kelas ekonomi manakala Faqiesha pula di kelas Sains.

" Nak sekelas dengan kau! Nanti nak membawang cemana? "

" Hisy! Fikir membawang aje. Tak apa, nanti rehat kita jumpa. Membawang sampai berbuih mulut. " Pujuk Faqiesha.

" Tak apalah, aku nak masuk kelas. Nak cari tempat duduk aku. "

" Yela, bye. Eh kalau Aerin ganggu kau, bagitau aku. Biar aku pijak dia. "

Kring!

Bunyi loceng menandakan tepat 8.30 pagi. Semua pelajar perlu berada dalam kelas dan belajar.

Perlahan lahan Faqiesha melangkah sambil membaca setiap nama yang telah dilekatkan pada meja. Dari hadapan dia mencari namanya tetapi tiada.

" Nuratie Faqiesha.. Siapa Nuratie? " Tanya seorang gadis yang berada di meja belakang.

Perlahan Faqiesha mengangkat tangan dan mendekati gadis itu.

" Takkanlah aku duduk belakang? " Gumamnya. Tidak salah apa yang Faqiesha katakan, namanya tertera dimeja belakang.

" Oh kau rupanya. Hai, aku Delly dari kelas 3 geografi. " Ujar gadis itu sambil menghulurkan tangan.

" Ehem, tepi boleh tak? Aku rasa aku nak duduk sini. " Tiba tiba Aerin bersuara.

Mereka berdua berpaling. Aerin dan Zarra berdiri dengan senyuman kejam mereka. Maka bermulalah hari yang buruk bagi Faqiesha.

" Tapi meja ni ada nama aku. " Jawab Faqiesha takut takut.

Terus Aerin melayangkan kaki dan menendang kaki meja. Tersentak Delly yang masih berdiri disitu.

" Kau pehal ni? Ni tempat dialah gila. " Marah Delly.

" Kau diam! " Jerkah Aerin. Pantas jemarinya mencengkam rambut Faqiesha dan menolak gadis itu hingga terhantuk pada rak buku.

" Rin.. Sakit.. " Rintih Faqiesha.

" Aerin! Lepaslah. " Jerit Delly.

" Jangan sibuk boleh tak? Kau budak baru tak tahu apa apa. " Pekik Aerin. Kepala Faqiesha dihentak berkali kali di almari kayu.

" Dengar tak apa yang aku cakap? Pindah tempat lain! "

Faqiesha mengangguk laju. Kepalanya sudah sakit tak tertahan.

" Bagus, dah pergi depan sana. "

Faqiesha yang kelam kabut mengambil beg galasnya dari kerusi membuat mereka geli hati. Aerin dan Zarra ketawa melihat Faqiesha yang kalut dan ketakutan.

" Good job kawan. " Bisik Zarra.

×××××

Setelah Cikgu Zarif melangkah keluar, Aerin dan Zarra kembali lagi. Entah apa lagi mahu mereka kali ini.

" Ish, nak makan? " Soal Aerin.

" Aku tunggu Nara. "

Tiba tiba Aerin mencengkam kuat dagu Faqiesha. Berkerut kerut Faqiesha menahan sakit. Hendak di suruh lepaskan takut membuat Aerin semakin marah.

" Ke.. Kenapa ni? " Soal Faqiesha tersekat sekat. Dia tidak tahu apa salahnya hingga Aerin buat begitu.

" Saja, nak tengok kau puas puas. Lepasni hilanglah title budak baik kau tu. "

Apa maksud Aerin? Faqiesha semakin takut. Air matanya sudah tidak dapat dibendung lagi.

Pang!

Satu tamparan hingga dipipi Aerin membuat gadis itu terduduk. Berdesing telinganya.

" Setan betul kau ni! Tak ada hati perut. " Segera Nara mendapatkan Faqiesha yang menangis teresak esak di kaki meja.

" Argh! Tak guna punya betina. " Aerin sudah menyumpah seranah. Lalu Zarra mengheretnya keluar dari kelas.

" Okey tak? "

" Aku okay. " Jawab Faqiesha sambil mengusap dagunya.

" Tadi aku nampak Syafzan nak masuk kelas kau, cepat cepat aku datang. Ni mesti si Aerin tu nak buat sesuatu. " Teka Nara.

" Hm, dahlah. Jom rehat? " Ajak Faqiesha. Lagaknya seperti tiada apa apa yang berlaku.

" Nak makan bubur? "

Faqiesha memandang Nada dengan wajah berkerut. Bubur? Kenapa pula nak makan bubur, desisnya.

" Makan roti jelah. " Jawabnya.

" Okay ke? Aku takut rahang kau takkuat nak gigit roti. "

Faqiesha ketawa kecil. Takkanlah sampai patah rahang hingga nak makan bubur.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now