21. Kembali 🖤

4.8K 284 1
                                    

“ Buat kerja rumah tu yer? Ingat, sekurang kurangnya 5 muka surat ”  Pesan Cikgu Nadia sebelum melangkah keluar dari kelas. Lima muka surat? Biasalah tu, siapa suruh duduk kelas depan.

“ Nah! Aku nak dua dua siap. Kalau tak, kau tahu nasib kau. ” Aerin melempar helaian kertas ke muka Faqiesha.

“ Apa kau ingat kau raja? Semua benda arahkan orang untuk buat. ” Delly mencelah.

“ Eeii.. ” Belum sempat Aerin membalas kata, Faqiesha sudah memotong.

“ Okey tak apa. Aku buat, Delly tolong jangan gaduh ” Faqiesha mengusap lembut gadis itu. Cuba menenangkannya.

“ Betina ni melampau la Ish. Asyik nak suruh orang ikut kepala dia aje. ”

“ Wah! Aku tak tahu kenapa semua orang backup sangat perempuan ni. Apa yang lebihnya dia? Hah! ”

Suasana kelas itu sunyi sepi. Semuanya hanya diam, tidak berani menjawab.

“ Dahlah Aerin. Aku janji aku buat ” Rayu Faqiesha.

“ Tengok? Aku yang menang. ” Bisik Aerin sambil menayangkan wajah sombognya.

Delly terus menggeleng geleng.

“ Mengalah tak semestinya kalah. ”

×××××

Perpustakaan yang sunyi itu sedikit sebanyak memberikan ketenangan pada Faqiesha. Pensil yang berada ditangannya diletakkan sebentar untuk mengambil nafas.

Faqiesha memerhatikan jemarinya yang mulai merah kerana menulis terlalu banyak. Dia bingkas dan menuju kearah rak buku bahasa melayu. Dia sudah kering idea memikirkan ayat untuk karangan.

Buk!

Sebuah buku dengan tenang mendarat dikepalanya.

“ Aww! Sakitnya! Dari mana pula datang buku sejarah dunia ni? Aduhh. ”

“ YAALLAH.. Maaf, sakit ker? ” Satu suara menjengah. Faqiesha berpaling kearah suara itu. Dia terpaku, sepasang mata berbentuk separuh bulan sedang memandangnya sekarang.

“ Saya.. ”

“ Laa, kau rupanya. Ingatkan siapa. Memang patut pun buku tu jatuh atas kepala kau. Siapa suruh jadi pendek? ”

Halah! Halah! Kacau betul si Hazwan ni. Baru saja Faqiesha mahu berangan sebentar.

“ Dia ni lah kan. Lain kali ambil buku tu hati hati. Sakit tau tak! Nasib baik buku ni nipis. Kalau 600 muka surat, tak pasal pasal masuk hospital. ”  Marah Faqiesha.

Hazwan tersenyum. Faqiesha kalau marah memang tak nampak marah!

“ Yelaa pendek! Hmm.. Sakit sangat ker? ”

Hisy! Buat muka kesian pula. Tengok mata dia, wajah dia, mana tidaknya gadis Tengku Pangeran tak jatuh hati?

“ Sakit.. ” Faqiesha mencebik.

“ Olololo, nak cakap kesian ke padan muka eh? Padan muka lah sesuai sikit. ”  Ujar Hazwan dan berlalu pergi. Tak romantik langsung! Sekurang kurangnya mintalah maaf.

“ Eeii dia ni lah. Sabar sabar. ” Nafas ditarik dan dilepaskan. Geram sungguh dengan Hazwan ni, boleh darah tinggi kalau layan dia.

Faqiesha menoleh keluar tingkap. Melihat sekawan burung layang layang berterbangan bahagia. Seandainya dia bebas dari Aerin dan Zarra, mungkin rasanya seperti kawanan burung yang berterbangan.

Tap!

Terangkat bahu gadis itu, terkejut kepalanya dijentik. Apa pula kalini? Dia memalingkan wajahnya melihat perut seorang lelaki. Arghh! Lupa pula, dia perlu mendongak untuk melihat siapa itu.

“ Kacaknya! ”  Faqiesha terpaku lagi.

“ Pendek! Nah coklat ” Hazwan menghulurkan beberapa biji gula gula kepada Faqiesha.

" Pendek.. Pendek.. Saya ada nama.. Okey? "  Gumamnya dalam hati.

Faqiesha mengecilkan matanya. Pandangan matanya tepat menembusi anak mata Hazwan yang menggodakan itu.

“ Taknak? Taknak aku makan semua ni. ”

“ Nak pujuklah tu. Nak lah! ” Tolak tuahlah namanya kalau Faqiesha tidak mahukan gula gula itu. Sudahlah dia gemar makan.

“ Lupa nak bagitau, terima kasih untuk jam ni. Cantik. ” Hazwan mengangkat tangannya menunjukkan jam tangan.

“ Sesama. ” Jawab Faqiesha malu malu.

Nara mengintai dari bawah meja pustaka. Sweet pula Faqiesha dengan Hazwan ni.

“ Eii! Masih dibawah umur! ”

Terkejut mereka berdua bila disergah Nara. Bila masa pula dia ada dibawah meja tu?

“ Kau ni kenapa? Pehal main bawah meja ni? Kau skodeng orang erk? ”

Nara memukul mukul bahu Faqiesha.

“ Banyaklah kau punya skodeng. Aku cari pen aku hilang semalam, ternampak korang tengah sweet sweet ni. Elok aku panggil tok kadi aje. ” Usik Nara.

“ Aku tampar senget gigi kau nanti. ” Jeling Faqiesha.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now