39. Kembali 🖤

4.1K 242 0
                                    

Sebulan kemudian..

Hazwan yang baru saja melangkah keluar dari tandas berhenti seketika. Mengambil nafas dalam dalam.

Sudah sebulan Faqiesha hilang. Namun kehilangan Faqiesha masih menjadi tanda tanya. Kemana dia pergi sebenarnya? Adakah dia akan kembali lagi?

“ Hazz! ” Satu suara lembut memanggilnya.

Hazwan menoleh, dia kaku memandang gadis dihadapannya sekarang. Matanya membulat.

“ Faqiesha? Ish.. Kau dah balik? ” 

Faqiesha hanya tersenyum manis di hujung tangga itu.

“ Aku rindu kau. Mana kau pergi Ish? ”

“ Maafkan Ish. Jangan kecewa, jangan patah semangat. Okey? ” Ujar Faqiesha sayu.

“ Kau pergi mana Hah? Aku tunggu kau lama tau tak? ”

“ Hazz akan kekal dalam hati Ish, teruskan hidup Hazz. Lalui hidup seharian Hazz seperti Ish tak pernah ada. ”

Tanpa sedar air mata sudah membasahi pipi. Air mata lelaki jatuh lagi gara gara gadis bernama Faqiesha!

“ Jangan tinggalkan Aku. Tolong. ” Rintihnya dengan air mata yang terus mengalir tanpa diseka.

“ Aku rindu. ”  Rintihnya lagi.

Faqiesha semakin jauh, dia sudah melangkah pergi tanpa berpaling sesaat pun.

“ Jangan! ” Hazwan bingkas bangun dari lenanya. Matanya liar ke memerhati keadaan sekeliling. Semua pelajar memandangnya, pelik.

“ Kau okey tak ni? ” Hazimi bertanya. Tersentak juga bila Hazwan menjerit.

“ Aku.. Okey. ” Jawab Hazwan. Dia meraup wajahnya. Dia tidak mahu mengakui bahawa dia bermimpi tentang Faqiesha.

“ Alah! Entah entah bunuh diri. Bukan boleh caya sangat. Siapa nak culik dia? Kalau jual pun tak laku. ” Kata Aerin sambil menempek bedak di wajahnya.

Hazwan memandang kearah Aerin. Zarra sudah tertunduk ketakutan saat melihat Hazwan menghampiri mereka.

“ Aerin! ” Jerit Hazwan. Semua pelajar didalam kelas itu memandangnya.

“ Pehal ni? Gila eh? ” Marah Zarra.

Hazwan menarik lengan Aerin hingga menghadapnya.

“ Apa kau kata tadi? Ulang balik. ”

“ Apa? Aku kata mungkin dia bunuh diri. Siapa yang nak culik dia. Tak laku lah! ”

“ Kalau bunuh diri pun sebab kau! Dia stress sebab kau selalu ganggu dia kan? Macam mana kau tau dia bunuh diri? Memang kaulah punca dia hilang kan? ”

“ Kenapa aku jadi puncanya? Kenapa aku perlu kotorkan tangan aku untuk betina tu? Suka hati dialah nak hilang kemana pun. ”

Aerin merentap tangan Hazwan dan melangkah pergi. Hazimi pula menangkap lengannya, tidak puas hati lagi berbahas dengan gadis itu.

“ Memang kau tak buat dengan tangan kau tapi kau upah orang lain. Macam haritu, kau hantar orang suruh langgar Ish dekat lorong Dahlia kan? ”  Hazimi pula bersuara.

Wajah Aerin berubah. Dia mulai cemas. Bagaimana Hazimi tahu?

“ Semua rahsia kau, dalam genggaman aku Aerin. Tapi Itulah, mak aku tak ajar buka aih orang. ” Bisik Hazimi sambil tersenyum sinis. Puas hatinya bila lihat reaksi Aerin ynag terkejut.

*******

“ Tolong handle semua mesyuarat. Saya tak sedap badan. "  Ujar Quzairi kepada Hamdan naib pengerusi FQ Dress. Juga sahabat karibnya.

“ Okey, aku harap kau bersabar. Semua jadi atas kehendakNya. ” Hamdan memberi sedikit kekuatan.

Panggilan ditamatkan. Kepala di sandar pada sofa ruang tamunya. Terngiang ngiang gelak ketawa Faqiesha ditelinga.

“ Apa aku akan kehilangan dia sampai bila bila? YAALLAH.. Sesungguhnya aku belum bersedia dengan kehilangan. ” Pintanya bersungguh sungguh. Tetapi jika benar Faqiesha sudah tiada, dia tidak mampu berbuat apa apa selain redha.

“ Tuan nak air? ”  Mak Jah bertanya.

Quzairi menggeleng lemah. Tidak mampu dia menelan makanan tatkala Faqiesha entah dimana.

“ Tuan, Tuan kena makan. Sesuap pun jadilah. Asalkan Tuan ada tenaga. ”

Quzairi tetap menggeleng. Tekaknya terasa pahit. Kerongkongnya terasa tersekat, tidak mampu menelan sebutir nasi pun.

“ Kalau Ish tau Tuan tak makan, mesti dia sedih juga. Kita yang masih hidup perlu teruskan saja hidup kita Tuan. ” Mak Jah cuba memujuk lagi.

Quzairi diam dan memejamkan mata. Celik saja pasti terbayang wajah anaknya.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now