52. Kembali 🖤

3.9K 230 6
                                    

Kaca kaca bertaburan di lantai bilik. Segalanya yang ada diatas meja solek habis berterabur di lantai. Aerin membuka pintu tandas lalu masuk dan duduk dilantai sambil memeluk lutut.

“ Macam mana Zarra boleh mati? ” Jeritnya. Dinding tandas ditendangnya berkali kali.

“ Sayang, kenapa ni? ” Pintu bilik diketuk berkali kali. Sugar daddy nya dari tadi lagi cuba memujuk.

“ Zarra, maafkan aku. ” Rintihnya. Dia telah membunuh sahabatnya sendiri!

Ting!

Pesanan ringkas dihantar kepadanya. Aerin membuka lalu membaca artikel yang dihantar tadi.

“ Dikehendaki? ” Wajahnya terpacul di skrin telefon itu. Ini bermakna dia dikehendaki oleh pihak polis dan sekarang dia tidak boleh ke mana mana!

“ Apa semua ni! ” Teriaknya lalu melempar telefon bimbitnya hingga terlerai.

Aerin berdiri memandang cermin seketika. Meskipun cermin itu memantulkan wajahnya namun wajah Faqiesha yang dia nampak.

“ Kenapa kau bunuh aku, Aerin? Apa salah aku? ” Faqiesha muncul dengan bibir dan hidung yang berdarah. Aerin yang terkejut terus menoleh ke belakang namun tiada sesiapa.

“ Kau jangan nak main main dengan akulah Ish! ”

“ Kenapa Rin? Hahaha! ” Suara Faqiesha kedengaran di telinganya. Turun naik dada Aerin menahan marah.

“ Bunuh dia sekali lagi. Apa yang susah sangat? ” Ada suara jahat yang berbisik. Aerin ketawa.

“ Ya! Aku perlu bunuh dia! ”

“ Zarra memang patut mati. Kau buat keputusan yang paling bijak, Aerin. ” Suara jahat itu berbisik lagi. Aerin senyum menyenget.

×××××

Hazwan yang duduk dikerusi menunggu dihampiri. Wajah Hazwan yang kusut itu diperhatinya. Baru saja Hazimi mahu membuka mulut, doktor sudah keluar.

“ Dah boleh melawat dia cuma jangan biar dia banyak bercakap. ” Kata Doktor. Hazwan mengangguk angguk.

“ Hazz mana.. ” Tanpa sempat Hazimi bertanya, Hazwan terus masuk.

Dengan langkah berat Hazwan melangkah masuk, wajah polos Faqiera ditatapnya.

“ Eh Hazwan. ” Faqiera tersenyum, dia cuba bingkas namun Hazwan melarang.

“ Kau okay ker Ish? ” Tanya Hazwan dengan lembut.

“ Aku okay, terima kasih hantar aku ke hospital. ”

“ Baba kau dalam perjalanan balik. ” Beritahu Hazwan.

Tuk Tuk Tuk!

Hazimi melangkah masuk lalu berdiri berhampiran Faqiera.

“ Kau.. Okay? ”

Faqiera hanya mengangguk namun tidak menoleh. Gadis itu hanya memandang Hazwan saja.

“ Kau nak makan? Aku boleh belikan. ” Tanya Hazimi. Faqiera tidak menjawab malah terus berbual dengan Hazwan.

“ Kau kenapa ni? Apa salah aku? ” Hazimi meninggikan suara. Dia geram Faqiera tidak menghiraukannya.

“ Apa? ” Balas Faqiera dengan reaksi malas.

“ Kau ingat aku tunggul ker? Aku cakap dengan kau ni. ” Balas Hazimi.

“ Dahlah tu Jimiy. Takyahlah nak tinggi tinggikan suara. ” Hazwan bersuara juga walaupun dia tidak mahu masuk campur. Hazimi mendengus.

“ Tak aku cuma nak tau kenapa dia nak marah aku? Apasal aku bercakap dia tak layan? Bagitaulah apa yang aku dah buat. ” Jauh di sudut hati, Hazimi tahu ini pasti berkait dengan hal Faqiesha.

Hazwan bangun dan cuba membawa Hazimi keluar. Lelaki itu memakukan dirinya lalu merentap tangan Hazwan.

“ Apa aku dah buat? ” Soalnya lagi dengan suara yang sayu. Nada suaranya terse kat sekat.

“ Keluar! Keluarrr! ” Jerit Faqiera.

“ Dahlah Jimiy, jom keluar. ” Hazwan cuba memujuk.

“ Eh lepaslah! ” Bentak Hazimi. Dia menarik lengannya dari genggaman Hazwan dengan kasar.

“ Kau halau aku? Okay aku pergi. Tapi kau ingat, lepasni kau jangan cari aku lagi. ” Wajah Hazimi benar benar bengang. Dia pun tidak pasti kenapa Faqiera begitu marah? Apa salah dia?

“ Kau blah la! Aku ada Hazwan! ” Jawab Faqiera membuatkan Hazimi makin terasa.

“ Eh dah dah, kau tu sakit. ” Hazwan cuba menahan. Faqiera merengus kasar.

“ Aku cuma nak bagitau kau yang Hazimi tu gila gilakan Ish. Diorang sempat bercinta tau. ”

Kata kata Aerin masih terngiang di telinganya. Walaupun itu sukar dipercayai namun hatinya tetap berkeras agar percaya.

[C] KEMBALI 🖤Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα