57. Kembali 🖤

4.8K 245 4
                                    

“ Aamiin ya rabbal a'lamiin. ” Masing masing meraup wajah setelah tamat doa yang dibaca Hazwan tadi.

Baru nisan bertulis Nur Dalia Zarra diusap perlahan.

“ Terima kasih, Zarra. Kau selamatkan aku. ” Ucap Faqiera. Kalau Zarra tiada haritu, pasti dia sudah arwah sekarang.

“ Semoga kau tenang dekat sana. Aku maafkan segala salah silap kau pada aku. ” Faqiesha pula bersuara.

Hazwan, Hazimi dan Syafzan berdiri di belakang mereka bertiga. Biasalah, perempuan. Mesti beremosi sedikit.

“ Ish, Ira, jom? ” Ajak Nara.

“ Nak balik dah? ” Tanya Faqiesha.

Nara angguk. Matahari pun sudah semakin tegak di atas kepala.

“ Kak Ish. ”

Lantas Faqiesha menoleh saat namanya dipanggil. Seorang remaja lelaki berbaju melayu duduk di pintu pagar kubur.

“ Eh, Zahier? Kan? ” Balasnya. Perlahan lahan Zahier mengatur langkah mendekati Faqiesha.

“ Ni, ada surat untuk kak Ish. Kak Zarra yang beri sebelum dia kena.. ”

“ Ooo, terima kasih Zahier. ” Faqiesha memotong laju. Mungkin Zahier tak mampu berkata kata kerana terlalu sebak.

“ Sama sama, kak. ” Terus dia berpaling dan pergi dari situ. Sekilas pun tidak dia toleh ke arah kubur kakaknya. Dia tak mampu menerima kenyataan bahawa kakaknya sudah meninggal.

“ Kesian dia, siapalah nak jaga dia nanti ya? Ayah pula asyik khayal aje. ” Keluh Nara. Selama ini Zarra yang jaga Zahier sekarang ni Zahier perlu jaga dirinya sendiri.

×××××

Bosan.

Itulah perkara yang sedang bermain di mindanya. Beberapa minit berfikir, Faqiesha teringat surat yang diberi Zahier tadi lalu dia ambil.

“ Assalamualaikum, Ish. Disaat kau terima surat dari aku, mungkin saja aku dah pergi. Maafkan aku atas segala yang aku lakukan pada kau. Itu bukan kehendak aku. ”

Perlahan lahan rasa sebak hadir menyelubungi dada.

“ Aku dah berusaha sekerasnya untuk berbuat baik pada kau tapi aku tak boleh. Aku dihasut dengan duit, dengan kemewahan. Seandainya kita bertemu lagi didunia kedua, aku akan buat yang terbalik supaya kau bahagia ada kawan seperti aku. ”

Faqiesha ketawa dengan air mata yang mengalir.

“ Tahniah kepada Nara sebab ada kawan macam kau. Kawan yang membawa dirinya ke arah yang baik. Akhir sekali aku nak bagitau ada cebisan nota di dalam sampul tu. Aku sayang kau. Selamat tinggal, Faqiesha. ”

Lekas Faqiesha menggapai sampul surat itu dan mengambil cebisan nota yang dikatakan Zarra.

“ Awak, nak kawan dengan saya? ”

Air mata mengalir semakin laju tatkala membaca nota itu. Nota yang dia berikan pada Zarra saat pertama kali Zarra masuk tingkatan satu.

“ Kau simpan lagi? ” Bisiknya.

“ Dik? ” Faqiera melangkah masuk ke dalam bilik Faqiesha. Dengan wajah berkerut kerut dia menatap adiknya.

“ Okay tak? ” Soalnya sambil mengusap pipi Faqiesha. Faqiesha mengangguk.

“ Nah. ” Surat itu dihulurkan kepada Faqiera. Beberapa minit dia membaca, terus Faqiera tersenyum.

“ Kakak tahu, Zarra baik. Cuma dia tiada pilihan. ” Ujar Faqiera lalu memaut kepala adiknya ke bahu.

“ Kita doa yang baik baik aje. Sekarang ni, bersiap cepat. Kitorang nak pergi pasar malam. ”

Membulat mata Faqiesha. Seumur hidupnya tidak pernah dia ke pasar malam.

“ Serius ah? Okay Ish bersiap sekarang. ”

Hampir 10 minit menunggu Faqiesha. Sesekali Hazwan melirik ke arah jam tangan. Lambat! Getusnya.

“ Kawan kawan, sorry. ” Cepat cepat Faqiesha berlari turun.

“ Kalau tunggu perempuan bersiap, sempat tau kira bulu kucing. ” Perli Hazwan.

“ Hehehe, sorry! Eh Syaf pun ada? ”

Syafzan melemparkan senyuman.

“ Aku tertanya tanyalah Syaf. Kenapa ya kau lepaskan aku haritu? ” Soalnya.

“ Aku cuma balas kebaikan orang. ” Jawabnya lalu mengalihkan pandangan ke arah Quzairi.

“ Huh? Tak fahamlah. ”

“ Encik Quzairi tolong mak aku masa dia jatuh haritu. Dia tolong hantarkan mak aku pergi hospital, bayar bil hospital. Kalau dia tak ada, tak tahulah apa yang jadi. ” Jelas Syafzan. Perlahan Quzairi melangkah ke arah Syafzan.

“ Sebab Itulah, hidup ni kena berbuat baik. ” Ujar Quzairi diiringi anggukan dari yang lain.

“ Dah, tadi kata nak pergi pasar malam? Hati hati ya. ”

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now