11. Kembali 🖤

5.4K 308 2
                                    

“ 4 Sains di minta tunggu sebentar, pesanan dari Cikgu Zarif. ” Pesan Ketua Pengawas sebelum menamatkan majlis perhimpunan pagi.

Test test test! Semua dah ada? ” Soal Cikgu Zarif sambil memeriksa mikrofon. Matanya meliar kearah para pelajar kesayangannya.

“ Hai, Assalamualaikum semua. Saya ada berita untuk diberitahu. ” Kata Cikgu Zarif.

“ Pada bulan 7 nanti, akan diadakan perkhemahan luar sekolah. Jadi, sesiapa yang nak ikut serta boleh tulis nama dan hantar kepada saya. ” Tambahnya lagi.

Semua pelajar nampaknya mahu menyertai perkhemahan itu, siapa saja yang tidak suka berkhemah dihutan dengan suasana yang tenang. Ditambah pula pergi mendaki bukit beramai ramai.

Join eh? ”  Ujar Delly dengan nada teruja.

“ Hmm, entah. ” Balasnya. Kalau Aerin pergi memang malaslah dia mahu ikut sama.

“ Ala Ish, aku dah tulis nama kau ”

Faqiesha memandang Delly, wajah gadis itu penuh harapan. Terpaksalah dia mengiyakan saja.

“ Yela yela. ” Balas Faqiesha tidak mahu menghampakan gadis itu. Yang penting Nara juga turut sertai.

“ Aku nak ikut jugaklah, ni nama budak baru tu ada jugak! ”  Ujar salah seorang dari kumpulan gadis gadis Tengku Pangeran.

“ Huh? Pergi sebab Hazwan pergi? What the fish, mana istimewanya lelaki tu. ” Bentaknya.

Baru saja mengalihkan pandangannya dari gadis gadis itu, mata Faqiesha menangkap pula tubuh seorang lelaki yang tinggi. Pelajar itu sedang perhatian dia. Siapa lagi kalau bukan Hazwan!

“ Ehem hem. Argh sakit pula tekakni. ” Faqiesha mengalihkan pandangannya.

““ Tengok tu bibir dia. Argh aku cari beb! ” Faqiesha menjeling kearah suara itu. Ah! Gedik sungguh, mahu bernanah telinganya.

“ Tengok mata dia, bentuk separuh bulan! Memang taste aku. ”

Faqiesha membuat reaksi mahu muntah. Kalau boleh biar muntah betul betul dan terpercik ke gadis gadis itu.

×××××

“ Ish, aku nak kau datang tempat ni sekarang. Jangan bagi alasan! ” Segera Aerin menamatkan talian setelah meninggalkan pesanan pada Faqiesha.

Faqiesha mengeluh. Baru saja beberapa minit dia buka buku matematik untuk ulangkaji.

“ Nak apa lagi dia ni? ” Bisik Faqiesha. Tanpa menunggu lama, dia terus bersiap untuk ke tempat yang diberitahu Aerin.

“ Kenapa aku rasa tempat ni macam ganjil erk? Macam tak kena aje. ” Monolognya sambil menempek bedak ke wajahnya.

Pintu dibuka, serentak itu Faqiesha menoleh.

“ Eh, nak pergi mana cantik cantik ni? ” Soal Quzairi.

Faqiesha teragak agak mahu menjawab.

“ Ish nak keluar sekejap. Nak beli barang sikit. ” Harapan Faqiesha moga moga Quzairi tidak tanya lebih lebih dan membenarkan dia keluar.

“ Hm yelah. Baba panggil Pak Mat sekejap. ”

“ Eh baa! Tak apa, Ish dah panggil grab. ”

Quzairi diam seketika lalu mengangguk. Faqiesha melepaskan nafas lega. Nasib baik tidak banyak soalan Quzairi padanya.

Turun saja kebawah, grab sudah ada di pintu pagar. Wah! Bagus, cepat dalam bekerja.

“ Bang, saya nak pergi Jalan Dahlia bang. ” Ujarnya. Pemandu grab menoleh ke arah Faqiesha.

“ Jalan Dahlia? Maaf ya nak tanya, kenapa nak pergi sana ya? ”

Faqiesha diam membisu. Dia mula terfikir, pasti ada sesuatu di Jalan Dahlia. Kalau tidak, pemandu grab itu takkan bertanya.

“ Err, saya nak jumpa kawan. ”

“ Kawan? ”

Faqiesha mengangguk.

“ Oh, baiklah. ”

Faqiesha bermain main dengan telefon bimbitnya. Dia menjengah ke tingkap, Jelas suasananya semakin redup. Mesti hari akan hujan, fikirnya.

“ Lepasni balik dengan apa? ” Pemandu grab itu bersuara.

“ Naik grab.

“ Owh.. Kalau macamtu, abang tunggu kau dekat area sinilah ya? Kalau ada apa apa nanti senang, panggil aje. ”

Pesanan pemandu grab membuatkan Faqiesha curiga. Apa yang membuatkan pemandu grab itu tiba tiba ambil berat tentangnya?

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now