23. Kembali 🖤

4.5K 256 5
                                    

Suasana padang sekolah itu agak riuh dengan pekikan dari pelajar lelaki yang bermain bola sepak.

Diruangan lapang atas pula jeritan dari pelajar perempuan yang agak membingitkan. Faqiesha hanya duduk dikerusi batu di tebing padang, merenungkan nasib.

“ Hai, duk teringatkan pakwe ker? ” Hazimi menegur.

Faqiesha tergelak kecil.

“ Tak ada lah. Saja termenung sambil menghirup udara segar. ” Katanya dengan senyuman yang tidak lepas.

“ Nah air, Jimiy belanja. ” Hazimi menghulurkan sebotol yakult.

“ Susu? Ish tak minum susu. Tak suka lah. ” Faqiesha memberitahu. Dia memang tidak boleh dengan bau susu.

“ Tak suka susu? Patutla tak tinggi, tak minum susu rupanya. ” Perli Hazimi.

“ Nah, minum air ni. ” Tiba tiba Hazwan datang menghulurkan teh air ikat tepi.

“ Hazz.. Susah susah aje. ”

Hazwan mengalihkan pandangannya kepada Hazimi. Dia angkat kening sambil menayangkan wajah berlagak.

“ Ish tak minum susu, kau tengoklah dia. Pendek, ketinggian terbantut sebab tak cukup susu. ” Ejek Hazwan. Mentang mentanglah dia tinggi macam tiang eletrik!

“ Hm, yelah. ” Jeling Faqiesha.

Hazwan tersenyum memandang Faqiesha. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Memang cairlah Faqiesha bila Hazwan senyum.

“ Ehem. Uhuk! Sakitnya tekak. ” Hazimi berdehem. Rasanya bagai patung cendana di situ.

“ Kenapa tak main bola? ”  Soal Faqiesha. Rakan kelas yang lain masih ligat berlari di atas padang.

“ Malas. ” Serentak Hazimi dan Hazwan menjawab.


“ Kenapa kau ajuk aku? ” Bentak Hazwan.

“ Siapa yang ajuk kau? Kau tu ajuk akulah. ”

Hazwan menjulingkan matanya keatas dengan memek muka menyampah. Ganggu betul si Hazimi ni! Datang sini belum sebulan dah cari gaduh.

“ Kau ni aku cili mulut kau nanti. ” Marah Hazwan. Baru nak bermanis manis dengan Faqiesha. Belum sempat nak manis, dah masin balik.

“ Err, maaf ya korang, Ish nak pergi tandaslah. Bye "  Faqiesha terus berlari kearah tandas. Malas layan Hazwan dan Hazimi yang bergaduh.


Wajah Hazimi ditatap dengan menyampah. Lelaki dihadapannya ini seperti meminta penampar pula.

“ Apa? Apa tengok tengok? Peluk kang! ”

Hazwan berdecit.

“ Aku masih teruna. ” Ujar Hazwan perlahan.


Kring! Kring!

Loceng berbunyi menandakan bermulanya waktu rehat. Hazwan berdiri membetulkan seluar treknya dan kolar baju.


×××××

“ Faqiesha. ” Suara Hazimi antara dengar tidak dengar.

Faqiesha kelihatan seperti mencari seseorang. Meninjau ninjau keadaan disekitar. Hazimi merendahkan badan disebalik tangki air yang agak besar itu. Tidak mahu gadis itu melihatnya.

Tiba tiba Aerin datang dan menariknya masuk ke bilik kemahiran. Pada waktu rehat begini, sudah pasti semua pelajar mengisi perut dikantin. Tiada orang.

“ Kenapa tu! ”  Bisiknya.

Hazimi mengekori mereka. Terbongkok bongkok dicelah celah pasu bunga besar yang tersusun rapi.

“ Aerin, ada apa? ”  Faqiesha tersenyum kelat.

“ Ni, Cikgu Izwan suruh kau pergi stor sukan lepas balik sekolah. ”

“ Pergi stor? Buat apa? Kenapa dia tak bagitau aku terus? Baru je tadi aku jumpa dia. ”  Balas Faqiesha. Dia tidak boleh terus percayakan kata kata Aerin.

Aerin dan Zarra berpandangan.

“ Alah.. Dia lupa lah tu. Tengok ni, kunci ada dengan aku. ”  Zarra meyakinkan Faqiesha berserta anggukan dari Aerin.

“ Hmm yelah. Nanti aku pergi. Tapi Aerin, kenapa dia tak suruh kau dengan Zarra aje. ”  Soal Faqiesha agak kurang percaya.

“ Dia suruh, tapi aku ada kerja. Aku kena balik awal harini. ”  Jawab Aerin.

Faqiesha hanya mengangguk sambil mengangkat keningnya.

“ Stor sukan? Ah! Lantaklah. ” Gumam Hazimi.

Faqiesha melangkah keluar dari ruang bilik kemahiran itu tanpa berfikir dan mengesyaki apa apa. Nyaris nyaris terlanggar Nara yang melintasi pintu bilik kemahiran.

“ Eh Ish, apa kau buat dekat sini? ”  Nara menjengah ke dalam bilik sunyi itu.

“ Aku.. Aku hantar kedatangan dekat Cikgu Niya. Kau dari kantin ker? ”  Faqiesha berdalih. Mana mungkin dia akan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Tatkala mendengar kata kata Faqiesha, Nara mengerutkan dahinya dengan wajah kurang percaya.

“ Iya ker ni? Ke kau tengah date? ”

Faqiesha ketawa kecil. Nak date?  Lelaki pun tak berani nak dekati dia.

“ Merepeklah kau ni. ”

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now