40. Kembali 🖤

4.3K 243 2
                                    

Tombol pintu dipulas perlahan. Quzairi melangkah masuk. Bilik itu dipenuhi perabot ringkas, buku buku tersusun rapi dan kemas.

Mungkin sudah hampir 4 tahun dia tidak jejakkan kaki ke dalam bilik Faqiesha.

Dinding bilik yang tertampal gambar Faqiesha dan kawan kawannya diusap perlahan. Dia tahu, walaupun Faqiesha tidak melayannya seperti seorang ayah
tetapi anak gadisnya itu amat menyayanginya.

“ Ish, harini genap 33 hari Ish hilang. Sama ada Ish masih hidup atau tidak, baba doakan moga Ish di temukan. ” Bisiknya sendiri dan merebahkan punggung dibirai katil.

“ Baba tak kuat! Baba perlukan Ish dalam hidup Baba! Baliklah Ish. Cukuplah dahulu baba sakit dengan sebuah kehilangan. ”

Quzairi tertunduk, menangis. Bagaimana dia mahu melalui hidupnya tanpa Faqiesha?

Poketnya bergetar, telefon bimbit berdering membuatnya tersentak. Lekas dia menyeka air mata yang mengalir dipipi.

“ Hello? Ini Encik Quzairi ker? ”

“ Ya. Saya. Ini siapa ya? ”

×××××

Hazwan menolak laju pintu kaca hospital itu. Pantas dia berlari mencari Quzairi. Dia benar benar bahagia saat diberitahu bahawa Faqiesha sudah ditemui dan sekarang di rawat.

“ Dik tunggu! ” Fazwan menjerit. Tidak dihiraukan lagi semua orang yang memandang mereka. Dia tercungap cungap mengejar Hazwan.

“ Zamir! ” Panggilnya lagi.

Lelaki itu langsung tidak mempedulikannya yang memanggil manggil, mujur tidak terkeluar anak tekak.

“ Hazz! ” Panggil Quzairi yang berada ditempat menunggu.

Hazwan berpaling, terus dia berlari kearah Quzairi dan memeluknya.

“ Betul ker apa yang saya dengar? Betul ker ni uncle? ” Soalnya benar benar teruja.

Quzairi mengangguk sambil tersenyum. Namun riak wajahnya sedikit berubah, kelat. Nak kata bahagia pun tidak, nak kata sedih pun tidak.

“ Kenapa uncle? Kan dah jumpa Ish? ”

Quzairi diam. Dia mendongak memandang Fazwan yang berdiri kaku disebelah Hazwan.

“ Cuma.. ” Bicara Quzairi terhenti. Wajahnya mula merah menahan tangis.

“bCuma apa uncle? ” Pantas Hazwan memotong kata kata Quzairi. Tidak sabar lagi menunggu penjelasan.

“ Dia hilang ingatan. ” Sambung Quzairi dan tertunduk menangis.

Hazwan terduduk. Sungguh tidak dapat percaya dengan apa yang Quzairi katakan. Faqiesha hilangan ingatan? Tak mungkin!

“ Tak mungkin uncle. Tak mungkin. ” Bentaknya.

Quzairi mengusap perlahan belakang Hazwan. Dia tahu, pasti Hazwan tidak akan percaya. Sama saja sepertinya saat tiba awal tadi.

“ Mana Ish? Hazz nak jumpa dia. Hazz nak tengok dengan mata Hazz sendiri. ”

“ Bilik 204. Tingkat 4. ”

Terus Hazwan berlari ke arah lif. Dia tidak akan percaya sehingga dia melihat dengan matanya dan mendengar dengan telinganya sendiri.

Punat lif bernombor 4 ditekannya berkali kali. Keluar saja dari perut lif, dia terus mencari bilik 204 yang diberitahu tadi. Pintu bilik diketuk.

“ Dah sampai? ” Tanya Hazimi. Hazwan terkedu, kenapa pula Hazimi tiba tiba ada disitu? Bersama Faqiesha pula tu.

“ Kau buat apa kat sini? ” Wajahnya benar benar serius.

Hazimi memandangnya dan beralih kearah Faqiesha pula.

“ Aku kebetulan datang sini. Terjumpa Ish. ” Jawabnya.

“ Ish. Kau okey tak? Aku rindu kau sangat sangat. Lama kau hilang, aku tunggu kau tau tak. ”

Dahi Faqiesha berkerut. Lagaknya seperti Hazwan itu orang asing yang tidak pernah dia lihat sebelum inj. Dia berundur sedikit, menjauhi Hazwan.

“ Siapa.. Kau? ”

Hatinya seperti ditembak berdas das saat Faqiesha kata begitu. Benarlah apa yang Quzairi kata, Faqiesha hilang ingatan!

“ Tak! Tak mungkin kau lupa aku Ish. Ish ni aku lah, Hazwan. ”

“ Hazz, dia sakit lagi tu. ” Ujar Hazimi sambil memaut lengan Hazwan.

Hazwan merentap lengannya.

" Tak! Tak mungkin. "

“ Keluar sekarang. ” Arah gadis didepannya bersungguh sungguh. Kehadiran Hazwan membuatnya rimas, semakin bertambah sakit kepalanya.

“ Dah Hazz, jom keluar. ” Pujuk Hazimi.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now