24. Kembali 🖤

4.3K 248 0
                                    

Faqiesha menjengah keluar tingkap, kelihatan langit mulai mendung menunggu takungannya jatuh membasahi bunyi.

“ Ish, baba awak.. ”

Tidak sempat Cikgu Zarif menghabiskan kata katanya Faqiesha membuat isyarat supaya Cikgu Zarif tidak melanjutkan ucapannya.

Faqiesha mengekori Cikgu Zarif yang berjalan keluar dari kelas.

“ Ada apa cikgu? Maaf. ”

“ It's okey girl, ni baba awak pesan balik dengan Hazwan sebab driver awak sakit. ” Jelasnya.

Faqiesha sekadar mengangguk dan berterima kasih.

“ Jom balik? ”  Ajak Hazwan yang masih mengemas buku.

“ Ish ada hal lah Hazz, tak apa Ish balik naik bas. ”  Katanya. Namun tidak sempat Hazwan bertanyakan hal apa, Zarra sudah datang dan mengheret Faqiesha keluar.

“bJom, cepat cepat cepat. ” Ujar Zarra sambil menarik tangannya turun kebawah.

“ Eh. Nak pergi mana dengan Zarra tu? ” Gumam Hazwan. Tiba tiba saja Zarra berbaik dengan Faqiesha.

“ Hm tak apalah. Aku balik dulu. ”

Faqiesha tidak mencurigai apa apa. Dia hanya mengikut saja kata Zarra, dan turun bersama gadis itu. Meskipun hatinya tidak yakin untuk pergi ke stor sukan.

Sempat Faqiesha berpaling ke belakang, memandang Hazwan yang berjalan turun tangga. Tidak sempat pula dia memberitahu Hazwan bahawa dia perlu ke stor sukan.

×××××

Langit yang gelap dipandangnya sekilas. Guruh guruh yang bersahut sahutan membuat Faqiesha tidak sedap hati.

“ Dah sampai. Kau masuklah dulu, aku nak pergi tandas kejap. ” Kata Zarra.

Faqiesha melangkah kedalam stor sukan. Meraba raba di dinding mencari suiz lampu. Dia tidak dapat melihat apa apa dengan suasana yang gelap itu.

Dum!

Kedengaran pintu stor itu ditutup kasar dan dikunci dari luar. Serentak dengan itu Faqiesha berpaling memandang pintu yang sudah tertutup.

“ Za..zarra.. Rin.. ”  Panggilnya perlahan. Pintu itu ditolak, ia benar benar berkunci.

“ Padan muka werk! Bodoh sangat! ” Kata Aerin sambil menjelirkan lidahnya. Kemudian ketawa terbahak bahak.

" Zarra! Aerin! Buka pintu ni lah! Buka! "  Jeritnya. Namun mereka hanya ketawa dan berlalu meninggalkan Faqiesha.

“ Aerin.. ” Ujarnya perlahan. Sebak meniti dihati. Sekuat mana pun dia menjerit, tiada siapa akan mendengarkan dia bahkan pengawal keselamatan sekalipun. Stor sukan itu jauh dari bangunan sekolah dan berhampiran hujung padang.

Terduduk Faqiesha disitu, memeluk dirinya sendiri.

“ Baba.. Ish takut. ” Bisiknya.

Telinganya kemudian menangkap bunyi derapan tapak kasut menghampiri. Faqiesha kaku disitu dengan denyut nadinya yang semakin kencang. Apakah itu?

“ Ish? ”  Terasa ada tangan di bahunya.

“ Jangan apa apakan aku. Jangan! Tolonglah.. ” Jerit Faqiesha, terkejut. Pantas dia merentap tangan itu dan mengundur sedikit. Dia tidak tahu siapa dihadapannya sekarang.

Kilat yang pancar memancar menjadi cahaya. Menyuluh wajah seseorang yang berada dihadapannya kini.

“Jimiy! ” Panggilnya, teruja setelah melihat Hazimi turut ada didalam stor sukan itu.

“ Apa Jimiy buat kat sini? ”

“ Hah? Sepatutnya Jimiy yang tanya Ish apa Ish buat kat sini? ”

Faqiesha terdiam dan kembali memeluk lututnya. Dia mengeluh lemah. Nampaknya dia akan terperangkap disitu hingga seseorang menemui mereka.

“ Maaf.. Sebab Ish Jimiy pun terlibat sama. ” Ucap Faqiesha. Mungkin Aerin dan Zarra tidak tahu bahawa Hazimi berada didalam stor.

“ Eh bukan salah Ish. Memang zimi ada kerja dekat sini, Cikgu Izwan suruh tolong simpan stor esok tapi zimi nak selesaikan harini. ” Dalihnya. Biarpun sebenarnya dia sudah tahu apa yang Aerin dan Zarra rancangkan.

“ Habis macam mana ni Jimiy? Takkan nak duduk sini sampai esok? ”

“ Nampaknya kita akan terkunci dekat sini sampai orang jumpa lah. Kan? ”  Jawabnya. Dia juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia juga buntu jika sudah terkunci begini.

“ Kejap, Jimiy cari suiz lampu. ” 

Dumm!

“ Ah! Baba! ”Jerit Faqiesha terkejut dan pantas memaut lengan Hazimi ke dadanya. Dia terkejut dengan dentuman guruh yang kuat itu. Seperti mahu pecah gegendang telinga Faqiesha.

Tidak sampai beberapa saat, Faqiesha sudah tersedar dengan kelakuannya.

“ YAALLAH.. Maaf. ” Ucap Faqiesha dan menolak lengan Hazimi menjauhinya.

“ Suiz ni tak boleh buka lah Ish. ” Kata Hazimi, masih menekan punat suiz.

“ Tak apalah Jimiy. Kita duk situla. ” Dia sudah cemas dalam kegelapan itu. Tak ada lampu pun biarlah, asalkan ada seseorang berhampiran dengannya.

[C] KEMBALI 🖤Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ