8. Kembali 🖤

5.5K 318 3
                                    

Faqiesha membuka buku komsas bahasa melayu untuk dibaca bagi menghilangkan sedikit rasa gugupnya terhadap Aerin. Pandangan ditundukkan, tidak berani mahu menghadap muka Aerin dan Zarra yang hampir sama dengan ikan piranha.

“ Kecil besar kecil besar jer la aku tengok betina ni. ” Ujar Aerin. Dia masih tidak berpuas hati jika dapat menarik rambut saja. Sudahlah bajunya bertukar menjadi warna koko.

“ Betina? ”

Terkejut Aerin dan Zarra saat mendengar suara garau itu. Laju mereka berpaling ke belakang.

“ Ha? Eh awak rupanya. Tu dia tu yang duduk sebelah awak tu, gatal. Haritu kena tangkap dengan guard duk berpelukan dalam kelas. ” Bisik Aerin.

“ Siapa betina yang sebenarnya ya? ”

Aerin mengerutkan keningnya, dia tidak faham apa maknanya soalan yang dilemparkan.

Pelajar baharu itu hanya memberikan jelingan dan melangkah pergi ke mejanya meninggalkan Aerin dan Zarra yang masih terkial kial bertanya sesama sendiri tentang maksud soalan itu.

Kerusi sebelah Faqiesha ditarik keluar. Air mineral dihempas dihujung meja berhampiran Faqiesha.

“ Hai. ” Hazwan menoleh ke arah Faqiesha sambil tersenyum.

“ Ha.. Hai.. ”

“ Maaf pasal semalam. ” Ujar Hazwan.

Faqiesha mengangguk angguk. Satu perkataan pun tidak mampu dia ungkap, lidahnya kelu.

×××××

Tepat sahaja 3.00 petang, loceng berbunyi menandakan waktu belajar hari itu telah tamat. Hanya 2 kelas sahaja yang pulang pada 3.00 petang iaitu kelas 4 Sains dan 5 Sains.

Buku buku belajar yang berada diatas meja dan dibawah meja dimasukkan kedalam beg. Faqiesha cuba bereaksi tenang walaupun tidak selesa kerana Aerin dari tadi lagi memandang tajam kearahnya.

“ Hai awak. ” Ujar Aerin dari mejanya yang berada dihadapan. Beg sekolah Faqiesha direbut Zarra dan dicampaknya kedalam tong sampah.

“ Wah, berseri seri muka erk? Bahagia sangat tu boleh duduk dengan budak baru. ”

“ Aku kena balik. Banyak kerja. ” Balas Faqiesha sambil berjalan ke tong sampah.

“ Haah memang banyak pun. Nah ni kerja rumah. ” Aerin melemparkan beberapa buku latihan ke kaki Faqiesha.

“ Aku banyak kerja lainlah. Maaf kali ni aku tak boleh siapkan kerja rumah korang. ”

Tangan Faqiesha ditarik kasar dan ditolak ke sudut dinding. Aerin mencengkam leher Faqiesha dan menolaknya rapat ketingkap.

“ Sakitlah. Lepas! Sakitlah Rin ” Rayunya dengan nada perlahan. Dia tidak pernah melawan apa yang dilakukan Aerin padanya.

“ Berani kau tolak arahan aku? Kau siapa? Esok aku nak kau siapkan. Kalau tak, siap kau aku kerjakan. Kalau kau berani nak bagitau cikgu, teruk lagi kau kena. Ingat! ”

Faqiesha mengangguk laju. Dia tidak tahan lagi, belakangnya sudah pedih bergesel dengan paku yang berada ditingkap. Tengkuknya yang dicengkam pula membuat dia sukar bernafas.

“ Sakit? Ala siannya ”

“ Manja, sikit sikit nangis ” Ujar Aerin dalam ketawa. Dia masih tersenyum saat melukakan rakan kelasnya sendiri.

Aerin melepaskan tangannya yang berada dileher Faqiesha. Terduduk gadis itu dilantai, terbatuk batuk.

Pap Pap!

Bunyi derapan tapak kasut dari luar. Pintu yang cerah dengan cahaya matahari menjadi gelap. Memantulkan bayang seorang budak lelaki dipintu.

“ Kau selesaikan, aku nak budak baru tu tahu yang dia sebenarnya tak baik pun. ” Arah Aerin pada seorang pelajar lelaki.

“ Tak, jangan Rin. ”

“ Zarra, tolonglah aku. Aku merayu sangat sangat, lepaskan aku kali ni. Tolonglah. Aku nak balik. Zarra, aku janji dengan kau aku akan jauhi budak baru. ” Rayunya sambil memeluk betis Zarra.

Tanpa berkata apa apa Zarra menendang tubuh Faqiesha hingga jatuh terbaring di lantai. Sakitnya Tuhan saja tahu.

“ Hahaha! Sian dia. Bye bye! Enjoy your day. ” Ujar Aerin dan keluar meninggalkannya.

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now