53. Kembali 🖤

3.9K 232 11
                                    

Kereta yang disewa sudah tiba disebuah flat. Mujur ada alasan yang bernas dapat Faqiera berikan pada Quzairi. Kalau tidak, tak bolehlah dia keluar hari ini.

Tanpa berlengah, Faqiera terus naik ke tingkat rumah flat.

“ Tolong! ”

Langkah Faqiera terhenti. Dia cuba mengamati jeritan yang dia dengar tadi. Namun hanya sekali itu saja.

Bila teringatkan Faqiesha, terus Faqiera melangkah naik tangga dengan laju. Sebaik saja sampai di pintu rumah flat, pintu rumah itu terbuka.

“ Dik! Faqiesha! ” Teriaknya memanggil Faqiesha. Namun tiada sahutan. Rumah itu kosong.

“ YA ALLAH.. Ish! ” Panggilnya lagi.

Faqiera melepaskan nafas dengan wajah yang risau. Tercungap cungap mencari nafas. Faqiera duduk dikerusi, lantas mencari nombor telefon Hazimi.

“ Hisy! Angkatlah! ” Desisnya. Berkali kali Faqiera mendail nombor Hazimi tetapi dia tetap tidak menjawab. Mungkin Hazimi masih terasa dengan Faqiera.

“ Jimiy! Tolonglah angkat. ”

Baru saja Faqiera bangun untuk keluar, tiba tiba kepalanya dipukul dengan kuat hingga dia jatuh di lantai. Sempat dia memegang kepalanya, mujurlah tiada darah yang keluar. Namun rasanya begitu sakit.

“ YA ALLAH.. Sakitnya. ” Rintih Faqiera. Dia hanya sempat melihat kasut yang di pakai oleh orang yang memukulnya lalu pengsan.

×××××

Quzairi yang leka melakar fesyen baju di buku sketch tersentak saat terdengar nada dering telefon bimbitnya. Dia yang terkejut tergapai gapai mencari telefon bimbitnya hingga terlanggar gelas kaca di hujung meja.

“ Astaghfirullah.. ” Quzairi mengucap panjang. Gelas kaca yang pecah berderai itu diperhatinya. Terasa seperti ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Telefon bimbitnya kembali berdering. Pantas dia mengambil telefon itu dan menjawab panggilan.

“ Hello. Siapa ni? ” Tanya Quzairi.

“ Tolong! ” Jeritan itu terdengar di pembesar suara telefon bimbitnya. Jantungnya seperti terhenti. Adakah itu anaknya? Apa pula dugaan kali ini?

“ Siapa ni? Jawablah! ” Gesa Quzairi.

“ Hai uncle, saya kawan Ish. ”

“ Kawan?. ”

“ Ya. Saya pinjam anak uncle sekejap. Bye. ”  Panggilan terus di tamatkan.

Quzairi kaku. Fikirannya kosong tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

“ Tuan, kenapa ni? Tuan okay ker? ” Tanya Mak Jah. Dia terus berlari naik sebaik saja Pak Mat memberitahu kedengaran sesuatu di bilik kerja Quzairi.

“ Mak Jah tolong cuci semua ni. Err saya nak keluar. ” Ujarnya lalu bergegas pergi. Sambil itu tangannya ligat mencari nombor telefon Hazimi. Takut takut kalau Faqiesha bersama Hazimi.

“ Assalamualaikum, ada apa Uncle? ”

“ Ish ada dengan kamu ker Hazimi? ”

“ Eh tak ada. Saya dekat rumah ni. ”

Rasanya seperti tiada lagi darah di tubuhnya. Quzairi terduduk disebelah keretanya.

Uncle? Kenapa dengan Ish? ” Tanya Hazimi.

Uncle rasa, Ish kena culik. ”

Terus Hazimi mematikan talian. Dia tahu dimana Faqiera pergi. Tanpa menunggu lama terus Hazimi pergi ke flat yang diduduki Faqiesha. Nombor telefon Faqiera didail berkali kali. Tetapi tidak dijawab.

“ Kenapalah aku bodoh sangat tak jawab panggilan dia! Merajuklah konon. Tengok? Apa dah jadi. YA ALLAH.. Lindungi dia. ” Doa Hazimi dalam rasa sebak.

“ Bang tolong cepat sikit boleh bang? ” Pinta Hazimi. Lambat pula rasanya hendak ke flat Faqiesha, selalu sebentar saja.

Setibanya dia di flat, terus Hazimi naik ke atas. Kelihatan Faqiera sedang terbaring di lantai.

“ Faqiera! ” Lantas Hazimi mendapatkan Faqiera. Air mata lelaki akhirnya jatuh melihat Faqiera lemah dilantai.

“ Ira, bangun Ira. ” Hazimi menampar pipi Faqiera berkali kali. Namun gadis itu tidak sedar. Dia menoleh pula ke arah meja, ada sebotol air mineral.

“ Ira tolong bangun Ira. ” Pintanya sambil merenjis air mineral ke wajah Faqiera.

“ Ish! ” Pantas Faqiera bingkas.

“ Ira.. ” Perlahan lahan Hazimi mengesat air mata.

“ Ish! Ish kena culik. Jom. ” Pantas Faqiera menarik tangan Hazimi dan keluar.

“ Eh sekejap. Kau okay ker? Kenapa kau terbaring dekat situ? ”

Faqiera menggosok belakang kepalanya. Mungkin kerana terlalu cemas hinggakan terlupa tentang kepalanya di pukul.

“ Aku kena pukul. Dah nanti aku cerita, kita kena cari Ish. ”

[C] KEMBALI 🖤حيث تعيش القصص. اكتشف الآن