16. Kembali 🖤

5.1K 312 8
                                    

" Kita pindah! "

Faqiesha mengalihkan pandangannya ke arah Quzairi yang berdiri berhampiran tingkap wad.

" Tak. "

" Kenapa Ish? Ini dah kali kedua tau tak? "

" Tak, ini dah beratus kali. " Balas Faqiesha.

Quzairi menoleh, mata mereka bertentangan.

" Apa maksud Ish? " Soal Quzairi, serius.

" Tak ada apa apa. Ish akan tetap dengan perndirian Ish yang Ish takkan pindah. Okay? "

Quzairi terduduk dikerusi wad. Dia meraup wajahnya.

" Demi keselamatan Ish, kita pindah. Please. "

" Tak! " Tanpa sedar Faqiesha meninggikan suara.

Pintu diketuk. Segera Quzairi membuka pintu saat melihat Hazwan di luar wad.

" Assalamualaikum uncle Hazz ganggu ker? " Soalnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

" Taklah, Hazz masuklah uncle ada kerja kena pergi. " Balas Quzairi. Padahal dia terasa dengan Faqiesha.

Hazwan masuk dengan sebuah senyuman yang manis.

" Hai Hazz, awak okay? "

" Hai, aku okay aje. Kau tu? Okay tak? Sakit lagi ker dahi kau? "

Faqiesha menggeleng sambil memicit micit dahinya yang terbalut.

" Tak sakit sangat pun, doktor aje melebih siap kena stay dekat sini lagi haa. "

" Ish, apa kata kau jadi macam bunga mawar? "

Faqiesha senyum rapat ke telinga. Hazwan ni nak bagi pink pick up line ker apa?

" Maksud Hazz? " Tanya Faqiesha, tidak sabar menunggu lanjutannya. Wajah Faqiesha mula memerah.

" Yela, jadi macam bung mawar. Cantik dan orang tak berani nak sentuh sesuka hati, takut kena duri. "

Faqiesha tersenyum hambar. Ingatkan Hazwan mahu mengorat tadi.

" Jadi diri sendiri lagi baik. Arghh! Harapan palsu sungguh. " Bisik Faqiesha lalu membaringkan tubuhnya dikatil.

Mereka berdua tidak sedar, ada seseorang perhatikan mereka dari luar. Rasa bersalah menguasai diri bila dia tidak mampu memberanikan diri untuk meminta maaf.

×××××

Siang sudah bertukar malam. Hazwan masih belum dapat melelapkan matanya. Seketika dia jeling ke arah Faqiesha yang lena tidur.

Hazwan mengusap lehernya yang mulai dahaga. Botol mineral diambilnya perlahan lahan supaya tidak kedengaran.

" Kosong? " Bisiknya. Dia jenguk keluar bilik, suasana sedikit suram. Bukan penakut cuma malas. Namun kerana terlalu kering tekak, terpaksalah dia pergi juga.

Pintu dibuka, Hazwan menjenguk keluar. Hanya ada seorang jururawat di kaunter sedang tersengguk sengguk.

" Sunyi betul hospital ni. " Getusnya lalu melangkah ke arah mesin Coway yang telah disediakan.

Punat yang menunjukkan simbol air suam ditekan, Hazwan meletakkan botol dibawah pancuran air yang turun. Matanya meliar saat menunggu botol itu penuh.

Hazwan bernyanyi nyanyi bagi menghilangkan rasa sunyi seorang diri. Saat mengalihkan pandangan ke arah taman permainan kanak kanak, dia ternampak seseorang berdiri memandangnya.

" Buat buat tak nampak. Buat buat tak nampak. " Gumamnya sendiri sambil melangkah dengan cepat.

Ketika Hazwan masuk ke dalam, Faqiesha sedang duduk bersila di atas katil. Terkejut Hazwan dibuatnya.

" Kenapa Hazz? " Tanya Faqiesha bila sedar wajah Hazwan begitu cemas.

" Err.. Tak ada apa apa. Saja, nak cepat. "

" Yeke ni? Ker jumpa hantu dekat luar tu? " Usik Faqiesha dengan sebuah senyuman yang menyeringai. Boleh pula dia bergurau waktu waktu macamni.

" Banyaklah kau punya hantu. "

Kebetulan jendela wad Faqiesha cerah sedikit dan boleh nampak sekiranya ada sesiapa diluar. Jelas ada seseorang sedang perhatikan mereka.

" Hazz pergi ambil air ker? Ni kan dah ada air dalam termos ni. " Faqiesha menggapai termos yang diberitahunya tadi.

" Aku nampaklah, saja keluar sambil sambil ambil angin. " Dalihnya.

" Kau kenapa tiba tiba bangun ni? Tadi elok aje tidur. " Soal Hazwan. Matanya masih memandang ke luar wad untuk pastikan masih ada orang atau tidak.

" Tadi ada orang ketuk pintu. Ish bangun jer tak ada, perasaan aje kot. "

Hazwan perhatikan Faqiesha. Wajahnya tenang sekali. Dia tidak nampakkah orang diluar wad itu?

[C] KEMBALI 🖤Where stories live. Discover now